Last weekend, after office hour kami terus bergegas ke Skypark to catch my flight to Alor Setar. Yeehooo! balik kampung. Sekejap jar balik. Sesaja for weekend.


Berpusu-pusu kenderaan di atas jalan raya selepas jam 6 petang. Sapa lar tu yang tersepit di dalam kesesakan lalu lintas. Ahaks! Kami dah fefeeling balik kampung atas flight....hehee


First time kami menggunakan khidmat penerbangan Malindo. Okay lebih kurang macam Fireflyz saja. Both fokker kan. Cuma interior Malindo aircraft nampak lebih baru, moden dan ergonomik maka ia menjadikan keadaan kabin sedikit luas. Dapat light refreshment sekutt inti jem strawbery made in Indonesia & drinking water.


Indah permai negeri Jelapang padi nun di utara sana. Ketika ini cuaca sangat hangat berdengunggg. Paling best, musim menuai padi telah tiba!


Sawah kekanda pun sudah sedia untuk dituai.



Memang nyaman berada di tepi sawah. Angin plak bertiup kuat. Memang musim main wau.


Tahukah cikjah, sebutir buah padi akan menghasilkan serumpum pokok padi sebegini? Serumpun pokok padi mengadungi lebih kurang 14 batang pokok padi. Dari sebutir padi, terhasil beratus biji padi. SubhanAllah. Hebat kan!


Kami diberitahu oleh kekanda, ketika ini padi di hampir seluruh negeri Kedah sedang dilanda penyakit misteri. Puncanya masih dalam siasatan jabatan pertanian. Padi yang terkena penyakit misteri ini akan menjadi perang, layu, buruk dan kelonsong padi menjadi kosong. Impaknya, para petani mengalami kerugian kerana tiada beras yang terhasil. Moga-moga masalah ini dapat diselesaikan segera. Kesian para petani yang membanting tulang di bawah terik mentari namun tiada pulangan.


Pokok nenas kekanda yang baru pertama kali berbuah.


Awal pagi kekanda masakkan sarapan hebat. Pulut ikan masin! Oooolallaaaaaa


Untuk tengahari, kekanda masak laksa pulak. Owhhhhh best! Kekanda kami memang hebat!! heheee
Balik KL sila tidoq di gym okay...hahaa