Sejak cik water hyacinth berada di taman sari, dah banyak kali ia berbunga. Kebetulan musim hujan. Walopun bunganya tak tahan lama sekadar 1-2 hari, tapi sangat santek! Best jugak bila taman sari yang sumer hijau tu ada kaler sikit sini sana.


Mungkin sebab gembira, water hyacinth tukang kebun sudah agak bushy after 3 months. Alhamdulillah.


Akar water hyacinth macam ulat bulu! Skali tengok geli, tapi takdak apa pun. Ahaks!



Pokok Thai Basil pun dah berbunga. Sengaja tukang kebun biarkan ia berbunga untuk stok biji benih. Setakat nie takdak pula keperluan tukang kebun nak masak-masak guna daun basil, Tukang kebun amik buat ulam saja. Bila daun lebat, cik serangga dan ulat memang suka hati. Lubang-lubang daun basil. Uh! Pokok basil tak sesuai disembur dengan DIY pesticide yang mana ingredient-nya adalah cuka, lada hitam dan sebagainya. Abes melecur daun. 


Memang sedap tengok daun Thai basil nie, terus teringin nak makan Thai green curry!


Pokok cabai melaka dah boleh harvest. Lama jugak tukang kebun tunggu cabai nie jadi merah. Dah boleh petik sebab tukang kebun nak goreng bihun satgi. Stok cabai melaka dalam fridge dah abes. Nasib baik tanam pokok. Ahaks!


Saiz cabai melaka yang tukang kebun tanam nie sangat besaq. Demok dan pejal berkilat-kilat. Tukang kebun tanam dari biji benih. Cabai melaka beli kat kedai, tukang kebun keringkan dan amik biji. Nak tunjuk betapa demoknya cabai ini, tukang kebun letak sbelah iphone 5....hahaaa. Boleh bayangkan?



Ha! Bihun goreng lazat dah siap! Tukang kebun guna 2 biji cabai melaka tanam sendiri saja. Tukang kebun suka masak bihun goreng putih macam nie. Just guna udang kering, cabai melaka dan bawang.


Kalo goreng bihun, tukang kebun lebih suka guna sayur tau miu [sweet pea sprout] berbanding taugeh. Krup! Krup! bila geget walopun digoreng agak lama.


Projek terbaru tukang kebun sekarang ialah menyemai biji benih Italian Parsley dan kucai. Walopun tukang kebun tak berapa suka makan kucai, tapi tukang kebun suka tengok pokok kucai yang bushy dalam pasu. Tapi, lawak pulak rasanya bila tengok anak pokok cik kucai yang kecik potet nie. Kurus keding macam lidi. Ahaks!  Doa tukang kebun semoga projek ini berjaya. Amin. Lepas nie, bleh goreng bihun letak kucai tapi bila makan tukang kebun kena pilih-pilih kucai letak tepi...heheee