Kami taw cikjah sumer pasti akan rasa gelisah dan gundah gulana especially bagi yang ramai ahli keluarga bila tiba bab basuh baju di musim hujan. Uishh! Bukan saja cikjah, kami pun sama. Tak senang duduk jadinya bila baju yang dibasuh tak kering. Rutin laundry kami ialah dua kali seminggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Kami tak basuh baju on weekdays sebab kami tak suka baju kering tanpa sinaran matahari. Kalo kami tinggalkan baju di jemuran lagi tak tenteram. Kerja kat office tapi asik dok tringat baju kat rumah. Mana lar taw, kalo tetiba hujan...[Uh! baju di jemuran lebih penting dari kerja...hahaa].

Perkara ngokngekk pernah kami alami berberapa tahun yang lalu ialah bila my SIL bawa balik 2 bakul besaq gedabak baju busuk tak taw berapa minggu punya koleksi dari KL ke Kedah semata-mata nak basuh. Tak sempat basuh dirumah katanya. Owh my! Macam mana bleh lulus calon menantu pun tak taw...Erkk! Cikjah jangan sekali-kali buat macam tu taw. Kalo kami yang jadi mak mentua, kami jelin-jelin pastu sound direct ketepek kat muka skali...hahaa

Selalunya baju putih kami basuh pada hari Sabtu dan baju hitam dan berwarna pada hari Ahad. Tak bleh basuh serentak sebab tak cukup penyidai. Kami pantang sidai kain kat pagar rumah. Uh!
Lagi pun kami tak campur sumer kaler dan basuh sekali. Mesti basuh asing-asing cikjah. Nanti abes baju putih jadi kelabu. Kesian kat anak-anak dan laling pakai baju sekolah dan kerja warna putih tapi nampak macam kelabu tak kelabu, baju berwarna pula nampak kusam belanchan jar...Eeuww!


Trick kami basuh baju di musim hujan ini ialah dryer! Yes, kami basuh sumer baju kat rumah dan hangkut berbakul-bakul pegi kedai self-service dobby. Settled masalah! Alhamdulillah. Harga pun berpatutan. Tempoh pengeringan selama 24 minit ialah RM4 dengan pilihan suhu low, medium and high. Kalo rasa tak cukup kering bleh tambah lagi 5kupang untuk setiap 3 minit. Tapi awas yerr cikjah, tak sumer jenis material pakaian bleh pakai dryer. Nanti rosak baju. Gunakan pertimbangan wajar dan baca label pada pakaian.


Sampai bleh siap lipat sekali kat kedai dobi. Balik rumah terus susun dalam lemari saja. Sebagai orang pompuan yang cintakan kerja-kerja rumah...Aiceh!, perkara paling best buat kerja rumah ialah dapat lipat kain hot-hot kering macam kerepek selepas diangkat dari ampaian atau pun fresh and warm from the dryer. Uh! Baju dilipat nampak cantik macam di-seterika!


Ada juga kakyam, kakton yang datang untuk basuh baju. Lepas basuh terus keringkan sekali. Anggaran tempoh menunggu untuk dua proses ini ialah 1 jam. Tapi kami lebih suka basuh di rumah sebab sambil mesin berputar, kami bleh kerja rumah yang lain seperti vakum, memasak dan cuci bilik air. Time management...hehee

Namun, pakaian yang bersaiz besar dan berat sangat sesuai dibasuh di sini macam comforter, selimut dan cadar yang tebal dan mungkin baju-baju bushuk selepas balik dari holiday yang panjang. Hah! sangat mudah.


So, bila tiba musim hujan dan fenin kepala memikirkan  baju basuhan yang tak kering, cikjah dah tak perlu risau lagi...Tring!