Gulp!

Mouth watering tengok kerang rebus cecah ayaq asam. Dang! Itu baru tengok, blum rasa lagi. Dangg!! Dangg!!
Memang menu lazat untuk lunch. Namun, hidangan terangkatt ini kami buat for dinner. Maklumlah, baru balik beli ikan dari tepi pantai di waktu petang, tak tahan nak menikmati hidangan laut yang super fresh. Walopun malam, apa salahnya dok picit ayaq asam kalo sendiri sanggup nak makan...heheee

Jarang-jarang skali kami makan kerang.  Tak favourite sangat dan maybe sebab susah nak jumpa kerang yang betul-betul segar. Selalu dok jumpa kerang saiz besar bulu mata. Mata kucin itam demok kami lagi besaq...hahaa


Kerang beli di tepi pantai. RM4/kg. Murah kot. Saiz-nya sebesar 2 inci. Memang sedap dan manis.
Kerang dibasuh bersih dan direbus bersama serai ketuk, lengkuas, halia dan sedikit garam. Kerang masak bila kulitnya dah terbuka. Tos.


Kata kunci untuk hidangan ini ialah segar dan sedap.  Kerang segar dan ayaq asam sedap

Ada pelbagai jenis air asam. Ada yang letak kicap dan ada yang tanpa kicap. Ayaq asam Kedah asli mestilah tanpa kicap. Mulanya heran jugak kami, mengapa letak kicap di dalam ayaq asam...hurmm. Bila dah rasa bleh tahan jugak tapi ayaq asam Kedah tetap di hatiku. Nak lagi sedap tambah sket kerisik. Fuh! Lazat.

Air Asam

A. Kisar semua bahan berikut dengan sedikit air [masak/mineral] untuk menjadi pes sambal belacan:

2 tangkai cili merah -buang biji
4-5 tangkai cili padi [ikut citarasa pedas]
2 inci belacan
Secubit asam jawa
1/2 biji limau nipis -kupas kulit, buang biji dan hiris untuk mudah dikisar
Jus dari 1/2 biji limau nipis
Garam dan Gula secukup rasa

B: Rendam 1tbsp asam jawa dengan air [masak/mineral] selama 5-10 minit supaya kembang. Masukkan ke dalam blender. Tambah air secukupnya jika perlu untuk dijadikan kuah bagi air asam. Kisar menjadi jus asam jawa. Jangan lupa buang biji asam jawa jika ada. Asam jawa import spesel dari Kedah takdak biji okay...hehee

C.   Potong nipis bahan berikut dan digaulkan mesra dengan pes sambal belacan dan air asam jawa. Adjust dengan  garam dan gula secukupnya. Biarkan seketika supaya rasa 'develop':

1 ulas bawang besar
1 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
2 biji tomato merah


 Siap! Hidangan lazat pasti membuka selera.


 Sambil-sambil makan kerang cecah ayaq asam, kami tumis lala [panggilan orang Kedah] atau remis [panggilan orang KL]. Wahh!! ini namanya kelazatan berganda. Alhamdulillah.

Urmm....by the way all these without rice okay. I am on low carb meals plan...Ahaks!
Tak dapat dibayangkan kalo dengan nasi...owh tidak!!!! nak tambah nasi lagi!!