Panas sungguh sekarang nie kan...hangat litlit, kalo gardening time sekarang nie confirmed hitam meqelit! hahaa
Namun, Alhamdulillah sejak seminggu nie hujan asik turun jar. Tanah yang kering gersang berdebu dah kembali lembab dan subur tampaknya. Tukang kebun pun dah tak payah siram pokok dua kali sehari lagi. Yeyy!
Paling teruja, pokok terung tukang kebun dah berbunga. Yaahuuu!! Hati gembira skali. As usual geng semut hitam pun dah mula dok mai spy bunga terung. Uh!
Masa tukang kebun beli biji benih, katanya ini Terung Sarawak tapi entahlah. Tak kayak Terung Sarawak pun. Tunggu buah terung kluar barulah sahih. Sebelum tu jangan spekulasi okay. Ahaks!
Tukang kebun tak tanam bunga kertas sebab tak brapa minat. Ini pokok kat rumah kawan tukang kebun. Geram betul!
Pokok Fragipani pun bukan main demok hijau. Tengah berbunga sekarang. Tukang kebun tak pandai amik gambar. Tak nampak bunga pun? hahaaa
Di kebun dapur, kak som [daun kesom] pun sedang hebat membesar. Alhamdulillah. Musim kemarau tak bererti musnah atau mati segalanya. Rajin kita jaga pokok, rajin juga pokok tumbuh.