Daun inai segar |
When was last time cikjah pakai inai? Masa kawen dulu? Haaa...dah agak dah. Orang sekarang dah jarang nak pakai inai. Kalo zaman dulu kat kampung-kampung kat Kedah nun, asal nak raya jar mesti pakai inai. Selain tu, tak payah tunggu raya pun memang pakat dok tepek inai jugak. Maklumlah pokok inai belakang rumah jar. Kadang-kadang, kalo kat rumah takdak pokok inai, minta kat kawan atau jiran. Masa kami kat sekolah dulu minta kat kawan. Kawan siap tumbukkan skali. Wah! balik rumah tepek kat jari jar...hahaa. Kalo musim orang balik haji, banyak lar tangan budak-budak pompuan waktu tu merah dengan inai. Inai Makkah tok bawak balik. Owh! sweet sangat. Pastu pegi sekolah cikgu atau kawan-kawan pakat usik kata dah kawen sebab pakai inai...hihiii
Ada skali tu kawan bawakan pokok inai [balik tumbuk sendiri], batang pokok inai tu kami cucuk kat blakang rumah. Tak sangka pokok inai tumbuh dengan jayanya hingga menjadi bekalan inai kami ketika membesar. I was 8 years old macam tu. [Agaknya] kalo memori kami masih baik, pokok inai tu maybe pokok pertama yang kami tanam sendiri. Untill now kami masih ingat kedudukan pokok inai dan macam mana tumbesarannya. Paling tragis, baru sebulan lebih pokok inai tu mula keluarkan pucuk dan daun baru, kami dah gedik-gedik nak petik nak tumbuk inai...hahaaaa...excited ada pokok inai kot.
But then, few years after that, my dad extended our kitchen. So, pokok inai terpaksa ditebang...huuwwaaa...Since that, kami dah tak tanam pokok inai lagi. Itu citer 20 tahun lalu. Tapi my first self planted pokok inai masih segar di ingatan.
Hari ini, kalo nak kawen baru orang pakai inai. Mostly lagu tu lar. So, few days back, kami berkesempatan join kawan-kawan meng-inai-kan pengantin to be. Gigih betul we all, although on working day, lepas Maghrib terus berkumpul kat rumah bride to be. Inai plak amik tepi jalan. Seriously tepi jalan...hahaaa. One of our friend tau kat mana lokasi pokok inai tumbuh liar kat tepi jalan raya. Kat KL nie, ada brapa kerat jar orang tanam pokok inai agaknya kan? Tak main lar we all pakai inai tiub. Proses lurut daun inai, tumbuk daun inai tu yang nak dirasai.
Tapi we all skipped one traditional teknik. We all blend the inai using blender machine instead of tumbuk or giling. Tak larat tumbuk cikjah. Inai banyak. Batu giling plak tak taw pi mana kata mak pengantin. Waktu blend tu jangan jangan jangan masukkan ayaq banyak sangat. Nanti inai cair susah nak pakai.
Mulanya tukang pakai inai pakaikan untuk pengantin jar, tapi tetiba ramai plak nak jadi pengantin including me...hahaa
End up everybody pakai inai! Yang tapau inai bawa balik pun ada sebab nanti nak pakaikan kat anak-anak di rumah. Punya siok berinai kami balik rumah dah pukul 1am. Drive keta with inai di jari [sebelah tangan jar].
Alhamdulillah selamat. Perjalanan selamat, inai di jari pun selamat tak comot...heheee
To cikjah jangan ikut amalan kurang baik nie taw. Kami confident drive with inai di jari sebab dah lewat malam, so keta tak banyak, lagipun keta auto agak mudah sikit dan kami pakai inai kat kuku saja.
Selepas more than 15 years inilah inai yang dipakai dalam kadar yang ketara. Last year pakai masa jadi wedding planner my niece kat satu jari saja [baby finger] tak kira okay.
Dalam erti kata lain pakailah inai di waktu malam [ayam dah tido so confirm takdak ayam bleh nampak]. Waktu malam kerja pun dah tak banyak dan masa untuk berehat. Elok lar tu sambil2 cucuk bunga telur, sambil pakai inai. Balut tangan dengan plastik pastu terus tidoq...krohh..krohhh...