.
Jul 30, 2012
10 Ramadhan. Masih bertahan tidak berkunjung ke pasar ramadhan [param]. Seperti kebiasaan, on weekdays kami beli lauk berbuka di restaurant sahaja. Kalo balik office lambat, kami call restaurant suruh bungkus lauk dan kami pick up later. Malass betul nak ke param bila memikirkan tentang parking, nak berjalan mengatur langkah sambil menjeling-jelingg pilih lauk pauk dan beraneka kuih muih di atas meja yang belum tentu sedap, yang pasti memang mahal.
On weekend kalo tak sempat masak sebab kluar sopping, langkah pun panjang dan dapatlah pegi ke restaurants yang jauh sket. Contohnya Restoran Azira kat Shah Alam nie. Fuhhyooo!!!
Memang kami selalu makan di sini kalau berada di SA. Pertama sebab lauk dia ada banyakkkk sangattt, bersih dan sedap. Kalo cikjah mai sini during Ramadhan, tudia! seawal 3.30pm orang dah ramai dok bungkus lauk. Ada beratus-ratuss jenis lauk-pauk dan kuih-muih. Tapi Awas! jangan sampai tertewas dek kerana nafsu okie :) Belanja berpada-pada.
Ada dua tingkat para makanan penuh disusun lauk sedap memikat selera kiri dan kanan....tudia! pilih-pilih! gantung periuk ler kita...hahaa
Paling best, ada sayur, kerabu, ulaman dan sambal belacan. Mee, bihun, kueteow dan macaroni goreng pun ada. Gado-gado dan nasi bariani juga tersedia.
Susunan meja berbentuk U-shape penuh dengan pelbagai jenis kuih-muih moden dan tradisional.
Juga terdapat laksa johor, laksa asam, aneka jenis bubur, ikan bakar, roti canai, air dan macam-macam lagi.
Kami suka beli juadah berbuka di one stop centre macam nie. Teduh berbumbung dan dingin berkipas angin. Tak perlu bersesak-sesak di param. Tapi of course lar kalo sempat, kami masak sendiri di rumah :)
Paling kami meluatt di param ialah hampir semua peniaga tidak mempamerkan tanda harga. Mereka lebih rela menjawab setiap kali pembeli nak beli. Walopun 1000 kali. Tapi bila menjawab untuk ke-1001 kali, mula lar tarik muncung panjang---dah letih menjawab....huh! Satu lagi perangai pelik peniaga param nie, tak bersedia dalam menyediakan duit tukaran kecik. Ada kar patut, dia suruh kita pi beli kat tempat lain dulu supaya bleh pecah duit kecik pastu baru mai beli kat tempat dia. Minta lauk RM2, tak mo jual, suruh beli RM3! Pada kami senang saja nak layan 'peniaga yang nak kaya cepat' lagu nie. Tak payah beli langsung! Walk away from the stall. Ada yang setengah tu pulak, berniaga sekadar melepas batuk di tangga. Lauk tak sedap dan berkualiti tapi letak harga tahap diva. Berniaga biarlah ikhlas dan mengikut cara yang betul supaya berkat rezeki yang diperoleh. Wallahhua'lam.
Sebab tu lar kami suka beli juadah berbuka di restaurant yang kami familiar saja. Sedap dah tentu, harga pun berpatutan setimpal dengan apa yang ditawarkan. So, kalo cikjah penin nak beli juadah berbuka, mai lar sini. Mai jangan tak mai cikjah noo...heheee
- Author name:
- Pienkcat
- Publish date:
- Monday, July 30, 2012
- Categories:
- Eating around
fasting
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"