.
Jul 9, 2012
Apakah??!!!
Berdegup jantung kami bila dalam kepeningan membuat kajian dan mencari fesyen baju raya 2012 di laman maya, suddenly I came across about this! A limited special collection of Baju Raya by Malaysia's most famous fashion designer; Rizalman. Without hesitate kami terus block the important date in my diary ----the release date of this collection...Yeyy!!
Sempena 20 tahun kerjaya Rizalman, beliau telah berkolaborasi dengan Tesco untuk memasarkan rekaan khas beliau yang dinamakan '20 by Rizalman' di 20 outlet Tesco terpilih di seluruh Malaysia sempena Raya 2012. Namun koleksi rekaaan yang dijual adalah terhad dan kalo tak silap kami sebanyak 12 pilihan sahaja dalam pelbagai saiz. Mengikut sumber-sumber di internet, release date untuk rekaan ini agak mengelirukan. Some published 7th July while others did publish 9th July. Huh!! Biasa lar for those bloggers yang gila koser, tanpa selidik dan kaji betul-betul terus publish information dengan confidentnya. Padahal wrong info! Itu namanya blogger tak bertanggungjawab!
FYI, kat blog Rizalman memang published 7th July.
Tarikh yang dinanti tiba. Tepat 8am on 7th July kami terpacak di depan Tesco. Hari ini dalam sejarah sebab first time in my life jadi orang pertama masuk Tesco...hahaaa
Semangat! Siasat punya siasat tak nampak pun kaunter Rizalman. Lantas kami pun tanya kat floor manager on duty yang sibuk dengan walkie talkie-nya mundar mandir sini sana. Dia pun macam blur-blur. Kami sebut nama Rizalman pun dia kerut dahi macam tak kenal.
Pastu dia tepon sini sana [checked with his staff/subordinates maybe] then dia cakap "saya pun tak pasti, tapi saya ada baca circular e-mail says that the release date is 9th July."
Me: "Really? but on the internet most of the blogs and news published said it is on 7th"
No reply from him. The conversation ended just like that. Tanpa keputusan muktamad yang meyakinkan. Tiada maklumat tepat dari pihak Tesco sendiri. Sebab tak puas hati, skali lagi kami round kat dalam Tesco namun memang 8ribu kali konfirm memang takdak kaunter Rizalman bagai :/
Maka, tiadalah apa-apa tangkapan istimewa pada hari itu. Kami pun pulang :(
Dengan penuh kehampaan tahap gaban................................ T___T
9th July tiba jua. Kebetulan on 9th July kami ada emergency. Some personal matter need to be taken care. So, sebelum kami uruskan my personal matter tu, sempat lar kami terpacak pukul 8am depan Tesco sekali lagi. Berlumba-lumba dengan ah soh yang nak beli ikan dan sayur...hahaaa
Or else, I thought maybe sempat kalo terjah Tesco during lunch time jar.
Jeng! jengg!! It is there! The counter is there! The beautiful baju are there! Yeeyyy!! Oleh kerana cuma 12 rekaan, maka tidaklah kami pening sangat untuk memilih....heheee
Cuma kami agak terkejut sebab hampir kesemua rekaan menggunakan material jersey. Taktwa lar jersey kar lycra kar. Tapi kalo untuk fahaman mudah orang kampung macam kami nie jersey lar kot. Walopun kami dah dapat mengagak materialnya adalah jersey dari gambar yang kami lihat di internet, tapi tidaklah kami bayangkan hampir 80% koleksi adalah kain jersey.
Erkkk! I never have baju kain jersey lagi. Baju jersey bola kar, baju jersey rumah sukan kar memang kami takdak...hahaaa. Memang sekarang tengah hot pesyen kain jersey, namun, kami kurang berminat sket dengan kain jersey.
Last 2 years pemes baju kain cotton, pun kami tak minat. Berebut-rebut cikjah beli kain cotton buat baju tapi kami tak minat. Kami ada TERbeli sepasang baju cotton readymade sebab my friend beli, so kami pun terbeli skali...hahaaa. Tapi hingga sekarang dah masuk 3 tahun skali pun kami belum pernah pakai. Namun begitu, takkan lah kami nak lepaskan peluang keemasan ini, kami mesti lar beli baju Rizalman nie...heheee. Ada satu design yang menambat citarasa kami. Comel sangat! Eeuuwww :) lalalaaallalaaaa
Terdapat dua rekaan menggunakan material lace tapi lace-nya agak nipis dan berkualiti sederhana. Agak sensitif dan mudah berbulu. Namun, kami puji cutting untuk kesemua rekaan. Memang cantik dan kelass! Rekaannya segar, modern dan sedikit funky.
Sarung jar ke badan, terus rasa runway model...hahaaa
Kerna dah terperasan kununn model, hampir-hampir kami nak beli that sexy lacey kebaya, tapi kami berjaya kontrol dan tepis kemahuan itu. Sebab baju raya tahun lepas pun ada 2-3 pasang tak pakai lagi. This year dah 4 pasang antar kat tailor...huh! Jangan tomakk. So, cukup lar beli sepasang jar.
Pada pendapat kami, apa yang dihasilkan oleh Rizalman adalah setimpal dengan harga yang dikenakan iaitu serendah RM180 - RM250. Cukup murah dah tu kalo dibandingkan dengan baju yang harganya ribu-ribu lemon..Ahaks! Standard lar kalo nak pakai atau guna sesuatu yang berjenama. You have to pay for both product and desinger's name...heheee
Yang kami geram sekali ialah kepada pihak Pengurusan Tesco Mutiara Damansara. Memang tidak effisien dan berkaliber langsung! Bila kami tanya mengapa banyak size yang takder,
Tesco's salesgirl tu cakap: "kitaorang jual dari 7th July lagi kak, sebab tu banyak size dah abes"
Me: OMG! OMG! OMG! WTH! WTF!! [dalam hati menyumpah bagai nak rakkk!!!] I was here at 8am on 7th July, but your manager said the release date is on 9th July. How could this happened?"
Tesco's salegirl: Memang betul kak, sebab ramai customers datang tanya mana baju raya Rizalman on 7th July tu, sebab tu kitaorang decided untuk buka kaunter Rizalman on the 7th July. Pukul 10pagi baru kitaorang set up kaunter..."
Tak paham betul pengurusan Tesco nie, kat aku korang cakap 9th July walopun on 7th July aku terpacak depan floor manager korang siap cakap hidung to hidung lagi untuk dapatkan kepastian. Tup-tup korang simply buka kaunter bila dah gabra dan tak tentu arah dengan asakan pengguna walopun secara rasminya the release date [pada korang] is 9th July. Huhh! memang takdak integriti langsung. Ada 2 designs baju yang totally sold out! Nasib baik aku dapat baju idaman dengan saiz yang sesuai. Kalo tak..........................................................ggrrrrrrrrr. Ada baju yang size dah mixed up pun ada. Baju size lain, kain size lain. Huh! Perangai customers tak bertanggungjawab lar tu! Tapi Tesco kena pantau lar sama kan.
In future, Tesco need to be more careful and organized when dealing with something rated as Malaysia's most yada...yada...yada... so that they can meet up the standard Malaysia's most yada...yada...yada....
To cikjah, cepat-cepat lar pi Tesco terpilih tu. Pi pilih baju lawa dari Rizalman. Tapi kalo jenjalan time raya nanti tetiba jumpa cikkiah, ciknab, cikjyam pakai baju sama jangan lari nooo...heheee.
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"