Sekejap jar dah lapan hari puasa. Alhamdulillah sumernya dalam keadaan yang baik. Paling penting berada dalam kesihatan yang tiptop untuk terus menunaikan rukun Islam ke-tiga dan mengerjakan ibadah-ibadah sunat yang lain.


Seronokkk dapat berterawih dan bertadarus setiap malam di surau dekat rumah. My target is to khatam Al-Quran skali lagi sbelum berakhirnya Ramadhan. InsyaAllah. Yakin boleh! Yeeyyy! :)
Sekarang kami tengah marathon tadarus; lepas Zuhur kat office, lepas Asar kat rumah dan sebelum Isyak kat surau.


Kami dah organize masa kami. By 8.30pm mesti dah sampai surau. Takleh lambat. Dapat lar duduk sof depan sket dan sempat bertadarus. Surau kami buat 8 rakaat + 3 witir. Lepas tu ada 30 minit tazkirah oleh ustaz jemputan. Bercakap pasal terawih nie, sebenarnya kami cukup kagum dengan pelbagai ragam sebahagian jemaah yang datang. Maklumlah jemaah datin, ala-ala datin, anak datin, CEO and etc. Kami jar kuliketip CEO...hahaaa.  Ada yang setiap lepas 2 rakaat sibuk dok belek-belek smartphone kot-kot ada sms, pastu sibuk dok  send and reply SMS antara rakaat. Ada yang qalit dok browse fb. Ada yang dok kilek ipad main game dan ada jugak yang datang surau bawa english novel??! Errrkkk! Apa kes nie yer?.....urrmmmmm.........
Zaman sudah beredar cikjah. Kami datang surau bawa tumbler ayaq jar....hehee


Balik terawih sekitar 10.30pm. Time nie pun best jugak. Best sebab bleh sambung makan....makan kuih muih jerr pun...tapi suker! heheee. Makan-makan sambil tengok my fav tibi series "Keluarga Iskandar" [repeat]. Satu lagi my fav drama series is "Geng Surau", airing time pukul 7.30pm. Sambil berbuka jeling-jeling jugak lar kat tibi tu..hehee. Kami memang suka Geng Surau dan  "Geng Mengaji". Superb drama series yang memberi pengajaran secara ringan dan komedi.

Juadah berbuka agak simple, yang penting ada sayur. Nasi plak cukup sekadar sebesar penumbuk kami [bukan penumbuk gorilla okay] untuk tenaga. Mesti minum banyak ayaq.  Satu tumbler bawa pi terawih abes! Berliter-liter ayaq kami minum sepanjang malam. Berkali-kali jugaklah kami kluar masuk bilik ayaq...letihhh....hehee


Ini stok mineral water kami... 1.5L x 4.5 dozen nie cikjah...hahaaa


To date, kami blum penah masak untuk berbuka lagi. Ahaks! Pecah rahasia ko jah :D
Macam mana nak masak, takdan lar...ngeehhh.  Kami beli lauk kat restaurant jar. Belum pernah pegi pasar ramadhan [param] lagi. Lecehlah nak pi param. Ramai orang, parking susah pastu lauk tak sedap tapi jual mahaii! Kami jarang berbuka di restaurant luar sebab kemungkinan tak sempat nak pi terawih tu sangat tinggi. Sebab tu walopun pegi restaurant, kami bungkus jar.

Satu pesanan kami, kalo sopping lauk kat param tue, cikjah tolonglah bawa basket. Kurangkan penggunaan plastik. Lebih baik lagi, cikjah bleh bawa tupperware sendiri dari rumah.

This is my annual Ramadhan Basket. Bungkus lauk terus masuk basket. Tak kesahlah orang keliling nak kata apa pun bila tengok kami bawa basket, tapi yang penting "ko ado? ko takdak kan?" hahaaaa. Biasalah mulut-mulut sengall. Orang kita memang macam tue, kalo tengok sesuatu yang pelik [sedangkan depa amazed!] mula lar pandang lain macam pastu soksek sokksekk... I don't care all those pollywoppus. What I care most is this is my little effort untuk slamatkan bumi dari pencemaran alam.


Bulan Ramadhan is a no gym workout month for me. Memang tak pegi gym langsung. Tapi tak bererti kami tak workout. Hari-hari kami workout tapi sekejap saja, 15-20 minit. Sepanjang Ramadhan nie, my TRX memang akan tergantung like this kat tangga rumah. Easy for me to workout at anytime. Sebab tu TRX nie sangat owhsemm! 

Doa kami, smoga cikjah pun sehat tip top sepanjang Ramadhan ini untuk banyak-banyak-banyakk beribadah. Makan banyak jangan lupa workout pun banyak jugak okie! :)