Sejak dua menjak nie, kami suka sangat makanan Thai. Salah satu faktor utama ialah tumbuhnya authentic medium to upscale Thai restaurants di sekitar KL macam cendawan selepas hujan. Kalo dulu nak makan makanan Thai, pi jar makan kat gerai-gerai tomyam atau food court kat tepi-tepi jalan tu kann. Orang Patani yang masak. Kalo nak up sket, makan kat Vichuda lar...hahaaa.


Tapi boleh beda taw antara masakan orang Patani dengan Chef Bangkok. Memang dua-dua adalah chef dan dua-dua pun orang Thailand. Somehow, pada pendapat kami memang agak ketara bedanya. Masakan Patani lebih kekampungan, kurang gaya persembahan, rasanya sedap namun rasa asli Thai sedikit kurang. Kemasaman dan kepedasan pada tahap yang minima. Maklumlah style masak pantas. Ketuk-ketuk bawang terus cheng! dalam kuali. 3 minit dah siap! While chef bangkok agak modern tapi keaslian rasa Thai tetap maintain malah pada tahap yang tertinggi. Rasa masam dan pedas yang sangat super-ummphh! Dua-dua sedap namun mudah dibedakan. Tapi kalo pi makan kat Yala, Hudtyai & kawasan sekitar, masakan Patani memang superbest. Chef Patani kat KL nie mungkin dah kacuk kot. Rasanya kurang power sket. Antara upscale Thai restaurants yg best tahap 5star ialah Erawan dan Ayuthaya. Fancy Thai restaurants kat shopping mall pun dah banyak sekarang nie, tapi some of them, rasanya biasa-biasa saja. Recently, kami makan kat Basil at Bangsar Village. Owh! highly recommended. Memang sedap. Banyak Thai restaurants kat ibukota, tapi hati-hati memilih untuk pastikan status halal.

This round, jom makan kat Bangkok House. These menu memang my favourite. Again, everytime datang, order benda yang sama...hahaa. Pada pendapat kami, my menu combination nie memang  akan rasa puas hati and it's a complete Thai experience sampai nangess berpeluh.


Firstly, meh sini kami nak komen pasal Mieng Kham. Sebab kami dah terer dan slalu buat mieng kham....hahaa
Presentasinya is totally out! Tak best sebab dia dah serve siap-siap atas dauk kaduk macam nie. Kenikmatannya kurang. Sos pun biasa saja.


Green Curry is awesome! Sedap, cukup lemak santan dan pedas yang superb. Kalo makan di Thai restaurant, green curry is a must order menu. Of course lar beef green curry :))


Minced beef with Basil pun lazat! Pedas berapi tapi memang super super super best.  Erkk! kami memang beef fan...heheee


This is my super most favourite dish! I adore Namprik so much. It's a kind of Thai sambal belacan served with blanched vegetables as ulam. Super marvellous. Highly recommended.


Ini pulak, Grilled Beef Salad. Daging dipanggang lembut dan juicy. Pedas sudah tentu :)
Cuma, ia agak kurang kena dengan selera kami kerana adunan cili dan gula merah di dalam kuahnya agak ketara dan terlalu berkuah seperti gulai. Kami dok terbayang jika resepi salad selalunya ia cuma ala-ala basah digaul dengan perahan jus asam limau, garam, gula, serai, bawang dan cili padi. Tetapi sebaliknya. Namun, rasanya memang sedap.


Somtam yang hebat! Pedas sampai berasap telinga. Seriously serious sedap :) Kami suka gaya persembahan somtam nie. Siap ada asam limau dan ulam tambahan kobis dan kacang panjang. Memang asli thai style.


Clear Tomyam. Sedap! Kami bukanlah penggemar tomyam. Tapi kalo order tomyam mesti Clear Tomyam. Tak suka yang ada santan atau kuah yang terlalu merah.


Nasi Goreng Sambal Pedas. Fuhhh!! Highly recommended kalo cikjah nak try ala carte instead of hidang-hidang. Kami suka menu nie sebab selain sedap, ada disertakan steamed vegetables; kobis dan kacang panjang. I do love vegetables with my meals.

Pandai plak kami nie dok citer pasal makan di bulan posa nie....heheee....tengok gambaq jar, bukannya makan pun kan :))