Cikjah prasan tak bila lalu kat lorong smartTAG kalo jelin kat keta blakang atau keta depan, sometimes pulun kepala depa dok tertunduk-tunduk dok korek-korek smartTAG yang disimpan entah di mana pastu kalut nak hulur tangan pegang the smartTAG?

Hahaaa....Kadang-kadang memang ada kan kejadian lagu nie :)
Pada kami,  it is so ridiculous to do that. Kenapa nak susahkan diri? Bukankah smartTAG itu memudahkan? Bukannya menyusahkan.

Kami ada a couple of stories about smartTAG yang best nak kami share dengan cikjah.

A friend of mine beli keta baru and it comes with free smartTAG. Tapi hubby dia slalu komplen susah dan leceh nak guna smartTAG. Dan sudahnya, hubby dia lebih redho guna TnG lane rather than smartTAG lane. I knew. It sounds weird and kind of funny too right? Doesn't make any sense. Macam mana smartTAG yang smart tu bleh menyusahkan?  Kata hubby dia, leceh nak korek-korek smartTAG pastu kena pegang. Nak kontrol stereng, nak kontrol minyak dan brek lagi....huh! hahahaaaa. Memang cute kan? There is a reason they named the gadget SMART okay.

Zaman sekarang mana ada orang dok lekat-lekat smartTAG holder kat cermin kereta lagi. 7 years ago okay lar masa zaman smartTAG mula-mula diperkenalkan. Kami plak tak baper suka pelekat smartTAG holder kat cermin depan keta. Nampak huduh. Tiba-tiba jar ada seketoi dok melekat kat cermin keta. Nak pelekat kat keta baru lagi saaaaayang. Keciwi lar katakan...hahaaa

Satu lagi story, a friend of mine takmo guna smartTAG sebab dia takut bila lalu kat smartTAG lane nanti palang tak hangkat! hahahaaaa. Kesudahannya, dia memang tak pakai smartTAG. Cukup sekadar TnG saja walopun memandu kereta mewah with a driver! Owh!! supercute!

Maka oleh yang demikian, kami menyeru cikjah sekalian alam supaya gunalah anti slip mat for car dashboard as an alternative. Murah jar. RM1.90 dapat 2! Tak payah gam, tak payah pelekat, tak payah gantung bagai. Letak saja atas dashboard. Kalo rasa takmo pakai boleh simpan. Kala rasa nak pakai, boleh kluarkan.


Sebab ketegaq takmo guna anti slip mat ataupun takmo pelekat smartTAG holder kerana lebih rela dok huluq tangan manually maka selalulah terjadinya kejadian smartTAG  lane sangkut!  Ada yang lupa nak kluarkan smartTAG, ada yang huluq tangan terlalu lambat....hisshhh!!! dan ada juga puan isteri yang dok terlentang rileks bila lalu kat lorong smartTAG. At least tolonlah encik suami. Cuba tolon check samada encik suami dah letak smartTAG kar belum. Nie mentang-mentang puan isteri tak drive dia dok rileks nganga saja. Jadilah co-pilot yang baik untuk hubby cikjah please. Even, kalo lalu kat lorong tunai atau TnG saklipun, tolong sediakan tiket tol, duit secukupnya, kad TnG dan wind down cermin tingkap encik suami cikjah. Kata suami isteri. Saling bantu membantu. Sehidup semati. Jangan sampai menyusahkan orang lain di atas jalanraya.

Perkara pertama yang kami lakukan bila masuk kereta selepas lock pintu ialah kluarkan smartTAG letak atas anti slip mat kat atas dashboard. Wajib! Then, baru jalan. Bila sampai kat lorong SmartTAG secara otomatik mata terus menjelin ke arah smartTAG just to ensure that the smartTAG is there.

Bila nak kluar dari kereta plak, perkara pertama kami lakukan ialah simpan smartTAG ke dalam bekas atau tempat yang sesuai. Jangan sekali-kali dedahkan smartTAG untuk ketahuan umum di dalam kereta. Nanti jadi mangsa pecah kereta plak. Sekarang nie, smartTAG pun depa nak curi...iskkk.iskkkk.


Kami beli rattan box special dari Bali untuk dijadikan casing smartTAG kami so that my open glove compartment is more organized. Orang pun tak bleh nampak that I keep smartTAG inside the box.

Citer smartTAG nie mungkin dah basi kot, tapi sungguhpun basi, masih ada orang perangai basi yang dok praktikkan tenik-teknik basi menggunakan smartTAG. Kami tulon ingatkan saja.
It is so easy. Sedikit usaha tanpa mengeluarkan setitik peluh pun dapat memastikan perjalanan yang lebih lancar dan happy tanpa sangkut-sangkut ketika membayar tol di plaza tol. Mudah kan :))
Cikjah pun takder lar nak  maki-keji-maki kami kalo kami sangkut kat smartTAG lane depan keta cikjah...heheee