Kami panggil pokok nie "pokok antena" sebab daun yg bulat dan menegak tu tak ubah seperti piring astro...heheee
Kalo cikjah nak taw this is edible pegaga plant walopun kalo kat sekitar kotaraya nie lebih popular as decorative plant. Mula-mula dulu takut-takut jugak nak makan daun pegaga nie. Mungkinkah kerana ianya terlalu cantik?  urmmmm....Tapi bila balik kampung, uisshhh! orang kampung dah riuh rendah dok makan nie sejak berzaman lagi. Orang kotaraya jer yang tak taw.

Kalo kat rumah takdak sayur, kami potong pegaga nie jar buat ulam atau gaul dengan dressing buat salad....uiiii! marbeless. Rasa macam pegaga....hukhukkk
Bebudak matsaleh tu kalo mai rumah kami bukan main lagi excited nampak pokok nie, sebab depa kata salad. Terus cabut makan o.O

Senang jar nak tanam pokok pegaga nie. Dulu kami beli satu pot kecil RM4 sajerr, sekarang dah jadi RM400! heheeee...kidding
Pokok nie kena sentiasa ada takungan ayaq dalam pot tapi awas!  jangan terlebih takung ayaq nanti ada nyamuk okay!


Amboi! cer tengok cik bird of paradise nie, segak noooo. Melentikk bukan main lagi. Warna pun ceria.


Musim hujan nie, kami tak lah kalut sangat dengan 'kebun rahsia' kami yang chomell tu sebab tak payah risau kalo takdak masa nak siram. Hari-hari hujan....Alhamdulillah :)



dan ini adalah my bird nest fern. Adopted since baby dari benih yang tumbuh sendiri kat sekitar rumah kami. Sekarang dah besaq. Kami cukup terharu dan berbangga. Cukup makan pakai ia :)


Yang nie pun sama tapi adopted kat Ikea...heheeee. Dulu kecik besaq bulu  mata jar. RM7.90/pot. Sekarang dah besaq panjang. Tapi tidak semena-semena ada pokok pisang tumbuh kat tengah-tengah rumpun pokok nie....Yang batang panjang kaler koko tu batang pokok pisang lar. kami pun heran macam mana pokok pisang bleh tumbuh kat situ?  Bukan ada rizom, biji benih kar apatah lagi kultur tisu...mueeheeee

Kami syak ini adalah spesis pokok pisang hiasan yang ada jantung pisang pink tercacak ke atas tu. Cuma sebab dalam pasu, pokok pisang tu kuruss kedingg lar sket.  Nak pindah ke tempat lain, kami takut dua-dua fern dan pokok pisang 'kembali ke sorga' plak. Sebab dah lama bersama, maka akar-pokok mesti dah terbelitt sini sana.  So, kami wait and see dulu...jeng! jengg!!

Sebelum berpisah bleh kami pesan sket kat cikjah?
Kami heran taw kekadang bila dengaq orang selalu komplen "panasnya! tak hujan langsung! berpeluh-peluhh!"  atau "eiiii...sejukkknya! abes basah. hujan tak henti-henti! nak jenjalan pun susah"

Ya Allah! panas komplen, hujan pun komplen. Bagi kami plak dari aspek 'cucuk-tanam' ni kan, kalo cuaca panas, jangan merungut, kami siram pokok kami sendiri dengan penuh kasih sayang.  Kalo cuaca hujan dan sejuk, kami tersenyum sendiri. Gembira sebab tak payah jirus pokok bunga...hahaaaaa