Masak lemak cili api paling sedap kami penah buat! Woowww!!! memang lazat. Slalu buat memang sedap, tapi this round supersedapp! hahaaa. Sebab bahan utama iaitu kepah [atau lala...ikut suka lar nak panggil apa pun] yang sangat fresh itu.


Bahan-bahan:

Kepah
Daun pucuk paku
1/2 ulas bawang besar*
1 ulas bawang putih*
5-6 biji cili padi*
1 biji cili merah*
1 batang serai*
1 inci kunyit hidup*
1 inci belacan*
sedikit hirisan halia & lengkuas [optional]*
1 keping asam gelugor/keping
1 cawan santan pekat
Garam dan gula


Cara:

1) Kisar bahan-bahan*
2) Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan renehkan dengan api perlahan selama 10-12 minit supaya cili masak elok
3) Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Tambah sedikit air [atau santan cair] jika terlalu pekat. Renehkan dengan api perlahan hingga mendidih
4) Masukkan garam dan sedikit gula.
5) Masukkan kepah dan tutup periuk.


6) Bila kepah separuh masak [separuh terbuka] masukkan daun pucuk paku dan tutup periuk semula.
7) Tutup api bila kepah sudah terbuka sepenuhnya. Siap!