Cikjah suka buah naga putih atau merah? Kami suka merah sebab warnanya cantik dan rasanya lebih sedap...nyumm..nyummmm
Selain dimakan begitu saja, this time kami nak jadikan jelly. Mesti cantik sebab warnanya sungguh menggoda...euuuewww!
Kami beli these dragon fruits dekat ladang di Sungai Pelek. 3 biji RM10. Superbig size dan sungguh berpuas hati.
Bahan-bahan:
1 biji buah naga merah (red dragon fruit)
13g agar-agar tali
5 cawan air
2 cawan sugar
Cara:
1) Kisar buah naga hingga halus bersama 1 cawan air masak
2) Agar-agar dimasak bersama 4 cawan air hingga mendidih dan hancur.
3) Masukkan gula. Masak hingga gula hancur.
4) Tapis agar-agar ke dalam mangkuk dan masukkan jus buah naga yang telah dikisar. Kacau sebati dan sejukkan.
Sangat lazat dihidang ketika sejuk.
Cantikkan kaler pink jelly buah naga nie, cantik macam kaler "pienkcat"....heheeee