Inspired by my favourite dish at Lemon Garden Cafe, Shangri-La, maka terhasillah Golden Blanket Shrimp aka Udang berSelimut keEmasann!!
Hidangan yang ringkas, mudah dan cepat untuk disediakan namun kehebatannya tiada tandingan...Wink! Sudah lama sebenarnya dok terpikir macam mana nak buat kiraian selimut tu, tapi takkan lah nak tanya chef shangri-La tu plak....huhuu...kami malu larr...euwww! Idea menjelma, semasa kami tengah ulang-kaji macam mana nak buat baklava. Sebab elemen utama di dalam hidangan ini selain udang adalah Kataifi ataupun shredded filo pastry. Hahh! itulah rahsianya :)
Kami share ngan cikjah taw, tak kedekut punya, sama-sama belajar okay ^____^
Udang dibersihkan. Tinggalkan bahagian ekor untuk presentasi. Jangan lupa buang sirip tajam kat ekor udang tu taw. Perap udang at least 30minit bersama garam, black pepper, serbuk pati ayam dan etc.
Tips: Sebenarnya, ramuan perapan ni terpulanglah kepada cikjah. Nak tambah soy sauce sket bleh, paprika powder pun boleh, curry powder pun bleh, ikut daya kretiviti masing2 okay.
Haaa! Ini bukan bihun atau tanghun okay...hahaaa
Inilah Kataifi ataupun shredded filo pastry. Cikjah bleh beli kat pasaraya. Kat Tesco ada :)
Tips: Cara penggunaan Kataifi. Simpan di tempat sejuk beku di dalam peti sejuk. Sebelum digunakan, letak kataifi di bahagian biasa di dalam peti sejuk semalaman. Esoknya, di keluarkan dan dibiarkan cair pada suhu bilik di dalam packaging asal sekurang-kurangnya 2-4 jam sebelum digunakan.
Potong kataifi dengan kadar panjang 4 inci atau ikut saiz udang cikjah. Agak-agak boleh gulung udang lar kan.
Tips: Mesti buat dengan pantas yer, sebab kataifi cepat kering. Tutup dengan tuala lembab jika tidak digunakan.
Susun udang di atas kataifi and roll it nicely
Kemudian, bolehlah terus digoreng hingga kuning keemasan. Minyak mesti betul-betul panas baru udang nampak gojes! hahaa
Sedia dihidang bersama sos kegemaran.....wheeewwww!