Kalo cikjah baca entry nie, mesti bergegarr jiwa raga cikjah.
Meruntun qalbu dan kalo buleh nak ajak cik abang pi beli kepah la ni jugak-jugak!...heheeee
Memang menakjubkan dan  sungguh teruja kami dibuatnya. Melihat pelbagai jenis kepah, lala, kerangan dan hasil laut segar bertebaran di meja jualan orang kampung. Haiishhh! 
Mesti beli dan beli dan beli. Bukan selalu dan senang nak dapat hasil laut segar macam nie kat kotaraya. Harga pun bersesuaian plak tu. Sekilo RM6-8. Okay lar kan...

Kami memang berhajat nak buat marinara spaghetti, sebab tu datang sini dengan hasrat murni nak beli clam and mussel.  But it's off season for mussel right now, so kami 'menjala' kepah-kepah saja. Sangat berpuas hati! 


Dah nak balik, tetiba nampak pakcik nelayan tu hantar udang ketak kat kedai kakak tu. Patah balik pegi beli udang ketak sekilo dua...hahaaaa
Harus beli cikjah sebab saiznya besar-besar. Nak makan pun senang.


Satu lagi jenis kepah.


Kepah kat dalam try nie bukan main lagi memancut-mancuttkan air. Macam fountain pun ada. Mula tu kami tak perasan, tapi dah lama-lama terasa baju basah sebab kami standing in front of the tray...hahaaa...comel kepah nie :)


Ini pulak siput sedut versi orang KL. Kalo kat Kedah, kami tak pernah nampak siput pesen lagu nie. Sebab kat Kedah pemes dengan siput paip. Lagi sedap dari siput nie. Buat gulai dengan daun kaduk...adehhhh....sedapnya hingga terduduk!

Size siput nie agak besar dan membuatkan kami tak baper lalu nak beli atau makan sebab isinya ada kaler merah-merah tu. Kalo kat kedai dah siap masak tu kami makan lar pulak...heheee



Haa! inilah kerang buluh yang pernah kami citerkan dulu. Besaq taw...


Ini plak lala atau remis. RM2/kilo.
Memang best tapi kali ini kami tak beli pun sebab nak makan lala nie kena kerja kuat sket. Saiznya comel-comel berbanding kepah,  so agak menguji kesabaran masa makan nasi...hahaaaa
Namun untuk kategori lala,  saiz yang ada di sini memang besar dan puas hati.


Kepah pesen lagu nie kami blum pernah jumpa lagi.


Tudia!! are you ready cikjah untuk  membuat keputusan muktamad?
Hat mana satu nak beli? hahahaaaa


Kami mesti beli hat ni!


Ini namanya siput paha ayam. Besar tapak tangan!


Tudia! belacan kaww!!! hahahaaa
Ini lah Malaysian Cheese. Dalam sumer rumah mesti ada nie. Tak kiralah rumah melayu kar, cina kar india kar, iban kar, bidayuh kar....heheee


Nama pun Pantai Remis, mestilah terkenal dengan remis kan.
Sepanjang pesisir pantai, terdapat ramai orang sedang asyik mencari dan mengorek remis walopun matahari terpacak di atas kepala!


Setiap pencarian mesti ada hasil. Sebab tu lar sanggup berpayung di bawah terik mentari.


Keadaan air surut atau low tide ini adalah  masa yang paling sesuai untuk mengorek dan mencari remis, siput, lala atau kepah.  Para pencari biasanya akan naik bila air laut mula naik.


Masing-masing pulang dengan baldi di tangan. Pakcik dua orang ini, sedang kusyuk membasuh hasil carian mereka dengan air laut sebelum dijual kepada peraih.


Di kawasan berhampiran, di suatu simpang jalan menuju ke arah Sungai Serdang kelihatan ada gerai bawah pokok kelapa jual ikan dan hasil laut. Singgah sat...jom!


 Memang kelabu mata. Hasil laut baru naik ke darat terus dijual di sini. Segar dan besar-besar saiznya.





Alang-alang dah ke arah sana, mesti singgah makan soto best kat Sungai Serdang.
Woowwiee!! Soto mangkuk besar, ayam siat cuma RM4.50 saja!  Sedap sudah tentu dan paling best ayam lebih banyak dari nasi himpit....sedapnya!