Cikjah pernah dengar perkataan 'mentarang' ?
Mentarang adalah sejenis  siput laut [shellfish].  Kalo tinggal atau kampung halaman cikjah di tepi laut atau kuala sungai, mesti cikjah pernah lihat dan makan mentarang kann.... kampung kami cuma tepi bendang jar, tapi pernah lar lihat mentarang. Cuma belum pernah makan. Sebab dengar nama jar macam dah  suspenn sket...bila lihat wajahnya sedikit nebess....heheee


Cer tengokk! Naik meroyan datang sini. Ada macam-macam jenis siput! Fresh! aaaaaaaaaaaaa...
First time kami jumpa spesis kerang size XL. Besaqq cikjah!  kalo masak maybe kami tak lalu nak makan. Sebab besaq sangat...hahaaa
Kerang tu local panggil Kerang Buluh. Size sebesar 2 inci. Cenkerangnya berbulu-bulu macam batang buluh. Sebab tu dipanggil kerang buluh.


Mussels! Terus terbayang scandinavian recipe --- Mussels in white cream broth. Gulp! lazattt
Tengok clams terus terbayang marinara pasta......oooolalaaaaa


Inilah hasil 'tangkapan' kami di Pantai Remis ----- Mentarang.
Sekilo RM6.  Beli 2kg dapat RM10. Hidup lagi taww. Tapi ini size kecil jar nie, kami penah tengok ada size lagi besar dari nie.

Seeloknya terus dimasak selepas beli. tapi kalo cikjah nak simpan mentarang nie esok baru nak masak, jangan dibasuh dengan air paip. Terus jar masuk kat dalam fridge [bahagian biasa] dengan keadaan asal. Kalo kena air paip, nanti mentarang mati. Nak makan tak sedap, bau pun tak beshhh.  Ataupun untuk lebih selamat, basuh dan rebus dulu kemudian simpan dan fridge. Tahan lama sket sebelum dimasak.


My mentarang dah cuci calatt dah nie. Segak plak rupanya  :)


Cer teka ini apa?
Salah! ini bukan dragonfly....hahaaa
Inilah isi mentarang yang telah direbus. Panjangnya dalam sekitar 2.0 - 2.5 inci. Memang puas makan mentarang. Sebab isi konfirm ada dalam cenkerang dan saiz besar. Sedap dan manis plak tu...ishhhh! memang sedap cikjah.




Oleh kerana kami begitu teruja maka kami cuma rebus dan makan cecah sos saja.  Tak sempat nak buat masak lemak dengan nenas, goreng cili, bakar atau tumis gulai....hahaaaa
Memang rowkkkk abess!