Cikjah masih ingat hari tu kami ajak cikjah pi 'holiday' kat Taman Negara?
Haah! nie nak ajak pi jenjalan lagi. Sebab kalo pi Taman Negara, OTW balik tu wajib singgah sini sebab dah satu jalan. Dekat jar...jom! kita pi Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah.
Tempat yang sangat hebat! 6star untuk gajah! hahaaa


At East Coast Highway, exit at 816 -- Lanchang


Tapi kalo lepas dari tengok gajah kat Kuala Gandah, kalo cikjah nak pegi rumah Siti Nurhaliza kat Kuala Lipis kami tak kesah....heheee


After toll plaza, turn right. No traffic light here


Go straight all the way. Akan jumpa junction ke Raub dan Kuala Lipis on the left side. Buat tak taw jer...jalan terus jerr.
Lama kelamaan cikjah akan rasa jalan yang cikjah lalu tu macam jalan kampung dan semakin kecik. Maklumlah Kuala Gandah nie memang kampung pun. Hujung kampung betul. Tempat penempatan orang asli dan juga orang kampung biasa :)


3km sebelum sampai Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, ada simpang sebelah kanan menuju ke Deerland - Private mini zoo. Singgah jer lar sebab dah sekali lalu kan. Tiket pun murah jar. RM6 termasuk sebakul ubi keledek untuk jajan rusa.


Tabikkk!!! dalam hutan lepas terbuka luas pun ada signage NO SMOKING!
Inikan pulak bangunan, restaurant dan shopping mall yang tertutup dan berhawa dingin. Tapi tatap matkerbau dan minahsiput nak jugek hisap rokok dan membunuh orang sekeliling....cheesin! tanam sivik sket lar wehhhh....


Cikjah boleh handfeed rusa-rusa di sini.


Ini jenis Rusa Indonesia. Rusa jenis inilah yang digunakan untuk stok daging rusa tempatan.
Di sini ada Rusa Malaysia tapi kurang jinak dan agak aggresif. Asik nak menanduk saja...hahaaa
Saiz pun besar. Dua kali ganda saiz rusa Indonesia. Maklumlah pahlawan gagah perkasa. Sentiasa bersedia mempertahankan negara terchenta! ^___^

Rusa Taiwan pun ada di sini. Comell dan segakk sangat. We call it Bambi...Bambino :)


Rusa jengoii keluar pagar. Dah nampak macam zirafah pun ada...heheee


Cer tengok kaki rusa. Panjat pagar tuee


Mini zoo nie kecik jar, tapi garden di jaga dengan rapi dan bersih.


Cats for sale!



Ayam yang sexy...eeuwww
Jambul terletak seluar yankee....macam Elvis Presley....hahaaa


YeeeY! sampai dah ke destinasi pujaan.
Jaw dropped seketika cikjah. Tempatnya luas, baru, cantik dan bersih sekali. Hebat dan sangat hebat! Congrats to Department of Wildlife & National Park Malaysia! Satu usaha murni dalam memindah dan menjaga kebajikan gajah yang terpisah dari kumpulannya atau hilang arah dan tersesat semasa di dalam hutan. Pusat ini tidak menjalankan aktiviti pembiakkan. The only one of its kind in Malaysia. It was established in 1989 as a base for the elephant relocation team, which began the elephant translocation programme in 1974.

Kami cukup terharu dan tak terluah rasa bangga kami sebab kami pernah melihat dan merasa naik gajah di Thailand. Bezanya seperti langit dan bumi. Gajah-gajah di sana tidak dijaga dengan baik dan bertujuan keuntungan dan perlancongan semata-mata. Tetapi tidak di Kuala Gandah, Malaysia.
Gajah-gajah hutan sesat yang dijadikan gajah angkat sementara dipulangkan semula ke hutan apabila sesuai ini dijaga dengan baik sekali. Kami ter-emosi sekejap........kami pencinta haiwan dan alam okay......


Ruang parking yang luas di sediakan untuk kemudahan pengunjung.


Bangunan utama. Sila masuk ke dalam untuk membuat pendaftaran pakej sebelum melihat gajah.
Jangan terkejut sebab pendaftaran pakej ini adalah PERCUMA!!!!


Ada Pakej A, B & C

Pakej A- Lawatan sahaja. Tidak dibenarkan mengikuti  aktiviti menunggang dan mandi gajah.
Pakej B- Lawatan dan dibenarkan mengikuti  aktiviti menunggang dan mandi gajah. Terhad 150pax/day
Pakej C- Untuk kumpulan besar [special tour]

Tips: Cikjah boleh daftar a few weeks earlier untuk pakej B dan C. Call the Centre at 09-2790391

Kami dapat Pakej A sebab datang waktu cuti sekolah, ramai orang cikjah :D
Waktu daftar pakej nie kena isi borang. So, kena isi nama, alamat, IC dan etc. Kalo datang ramai satu family tu siap sedia lar nak isi butiran peribadi tu yer....

Satu lagi, disebabkan tiada caj masuk dikenakan, sudi-sudilah cikjah menderma untuk pusat ini. Borang akan diberikan sekiranya cikjah ingin menderma untuk gajah-gajah. Derma taw! kami derma woooo....Ahaks! kalo rokok sekotak 7-8 hengget boleh beli, hisap fuhh--fuhhh untuk membunuh diri sendiri dan orang lain takkanlah nak derma untuk gajah demi memastikan kelangsungan hidup gajah dijaga tak bleh plak kannn.........uhukk! uhukk!!


Bilik tayangan video


Segalanya tentang gajah. Bagus untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.


Pusat ini juga mementingkan keindahan alam. Taman sekitar dijaga dengan rapi dan kemas. Nyaman mata memandang. Terdapat sebatang sungai kecil mengalir merentasi pusat ini dan sangat sesuai untuk berkelah.


Tengok makcik sekeluarga tu. Dapat spot picnic baik punya. So, kalo datang sini, cikjah jangan lupa bawa bekal nasi okay. Lepas tengok gajah, boleh berkelah. Lepas berkelah sila buang sampah dengan cara yang betul okay. sama-sama menjaga alam sekitar.


Ramai pelancong dari luar negeri yang berkunjung ke sini.


Laluan masuk ke pusat gajah sungguh  cantik sekali


Bestnya tengok sungai tu...teruja!


Toilet yang sangat bersih dan indah  dengan pohonan hijau.


Lagi sekali. NO SMOKING signage di dalam hutan. Kalo bengap jugak tak faham-faham tak taw lah kami.  Lebih baik disumpah jadi gajah kott...LMAO


Tara! Inilah keadaannya di tempat gajah. Luas dan bersih.


Tempat gajah buat show.


Di sini, gajah-gajah dewasa akan dihantar ke pinggir hutan untuk bermain dan memberi peluang kepada mereka untuk melalui kehidupan semulajadi di dalam hutan sebenar pada sebelah pagi. Mereka akan di bawa pulang  sekitar jam 2petang.

Yang kat atas itu adalah baby gajah. Namanya Mawar dan Siput. Pengunjung bleh hand feed the elephants.

Anak gajah Siput tu dijumpai di Sungai Siput [sebab tu namanya Siput]. Kesian Siput, sebab ditinggalkan oleh kawanan gajah yang lain. Bila penduduk tempatan buat report ke Wildlife, Siput dibiarkan selama beberapa hari di dalam hutan, mana lar taw sat gi mak dia datang cari balik kan. Tapi takdak sapa pun mai nak amik Siput. Maka sebab itulah Siput di-adopt oleh Wildlife di sini. Siput akan dijaga hingga dewasa dan akan dilepaskan semula ke hutan bila sesuai.

Yang Mawar pulak, dijumpai sesat di dalam hutan dengan kaki yang cedera sebab terkena perangkap pemburu haram...cesss! hareem ko wahai pemburu haram!


Naik gajah kat sini free jer. Tapi round dekat-dekat jar lar.


Aktiviti paling best ialah memandikan gajah. Aktiviti bermula sekitar jam 2.30pm



Siapa sangka gajah yang beasr dan demokk tapi adalah perenang terkuat! Subhanallah


Ketika kami mai sini, aras sungai agak tinggi. Maka pengunjung tidak dibenarkan mandi bersama gajah. Tengok jerrr


Gajah dewasa yang di bawa pulang dari pinggir hutan. Mereka akan terus dimandikan di sini. Comel!



Best jadi abang-abang tu. Dekat dan berdamping dengan gajah.


Aiceh! ada kucing plak....meowwww---meowwww


Setelah mandi, gajah-gajah akan buat show sket untuk menghiburkan pengunjung. Enjoy!


Fuhh!!! Best lar lawatan Ke Kuala Gandah nie. Teruja sangat. Banyak ilmu diperoleh dan kesedaran timbul tentang betapa agungnya sang gajah dan kami cukup bangga sekali dengan Department of Wildlife & National Park Malaysia!

Kalo cikjah tak taw nak pergi mana untuk jenjalan, bolehlar bawa family ke sini. Best!

Maka, tibalah masanya untuk pulang ke kotaraya. Singgah sebentar kat durian stall along Karak Highway.  Woww!!! hujan turun dengan selebat-lebatnya, namun itu sama skali tidak menghalang kami berhenti makan durian musang king...hahaaa


Kami makan durian sambil pegang payung walopun makan di bawah khemah. Tempesss...hahaaa
Sekilo musang king RM23.

Kami amik sebijik comel and it cost me RM38....walopun sebijik, cukup kenyang dan puas hati sebab  isi banyak dan sedap!



Well, sekian citer kami. Best kan? kami pun rasa sangat best! wowwwieeee ^____^