Pernah lihat kuih ini? Haaaa! inilah kuih peluk-pelukk...
....ibarat chentaku tersepitt di celah pelukkan pulut....hahahaa
Nama sebenar  pulut dakap.
Sejenis kuih tradisional masyarakat Melayu. Asal mana kami tak taw tapi strongly believe from Kedah. Kat Kedah pulut dakap memang femess especially kepada tokcik ,tokngah dan toklang. Femess macam Justin Bieber....hahaaa. Kuih lembut, senang nak geget. Sedapp pun sedapp.
Obviously kuih ini dinamakan pulut dakap kerana pulut berinti pisang dibungkus di dalam daun pisang dan diikat berdakapan to each other...eeuwwww ^___^

Kuih ini harus diikat supaya apabila dikukus akan kelihatan isi pulut itu berkatam-katam macam abang berdada 6pack itu....hikhikk. Barulah seksi....heheee


Bahan- bahan:

Beras pulut [1kg makes 24pcs]
600ml santan pekat
12 biji pisang - belah 2 [pisang raja etc] 
secubit garam
Daun pisang [layur]
Tali rafia untuk mengikat


Cara:

1) Beras pulut direndam semalaman untuk mudah dan cepat dikukus.


2) Kukus beras pulut bersama santan dan garam hingga masak.  Waktu nie pulut tu wangi sangat. Dah rasa macam ketupat pulut pun. Kalo ada daun palas confirm kami kona buat ketupat plak...hahaaa. Takpa, stock beras pulut susu ada banyak lagi...inshaAllah


3) Sudu pulut di atas daun pisang dan bentukkan pulut menjadi leper.
Nak buat nie kena kretip sket, kalo kerastangan, nanti shape tak cantik. Uli-uli pulut di dalam daun pisang dengan mengesekkan daun pisang kiri dan kanan bersama. Nanti pulut tu terdampar nipis macam selimut.  Tapi awas!  jangan dapat pulut tergolek macam bantal peluk sudah....hahaaa

4) Letak pisang di tengah.


5) Balutkan pisang dengan hamparan pulut tadi. Potong sket lebihan hujung kiri dan kanan supaya kemas dan cantik.

Tips: Size daun pisang jangan terlalu kecil sebab pulut akan 'membuak' kluar ketika dikukus. agak-agak pulut selesa lar yerr :)



6) Bungkus pulut macam  nasi lemak. Combine 2 pulut yang telah dibungkus dan ikat bersama.
Waktu ikat tu tarik kuat2 dan kemas supaya bila dikukus pulut mengembang dan ikut shape yang diikat tadi. Ingat tujuan kita cikjah, kita nak cari pulut dakap seksi...hahaaa


7) Kukus pulut selama 40minit.


Pulut dakap siap! Sangat lazat dan I'm so proud of myself sebab buat pulut dakap sendiri! owhh yeaahhh!! Masa kecik dulu sekadar tolong mak kat department ikat mengikat jerr, tak sangka akhirnya punya kesempatan buat sendiri.  Lucky me sebab ada chef assistant  tolong kerjasama kat department  'membentuk dan menghampar' pulut di atas daun pisang.  Cantik dan kemass skali kerjatangan chef assistant nie.  Tenkiu!  ^___^

Well, harap lepas nie cikjah bleh cuba buat pulut dakap pula. Asik buat caramel cake,  cupcakes, pies, choc cake, pudding,  macaroon dan bagai... skali skala buat kuih tradisional pulak kann...heheeee.
Kami nie cuma takdak sabut kelapa  jar, kalo dak pakat dok kipas kuih bahulu kat blakang rumah....ahaks!

As usual, mesti bagi jiran sket kann....waktu bagi kat auntie sebelah rumah beliau pun terkejut sebab ini first time beliau tengok kuih seumpama ini...aiceh!  So, sama-sama kongsi sama-sama rasa...lalalaaaaaa