This is my favourite dish. My fav! my fav!
Masakan utara dengan sedikit sentuhan siam. Orang Kedah memang suka makan daging lembu, mungkin sebab itu kami lebih gemar  resepi ini menggunakan daging lembu instead of udang, sotong atau ikan bilis.  Rasa terung pipit dan daging lembu adalah sangat matching skali. Lazat!

Kalo kat kampung memang best, pokok terung pipit atau juga dikenali sebagai terung belanda ini, tumbuh meriah  di sekitar kampung. Petik free jer.  Tapi kalo kat kotaraya nie, nak terung pipit kena "petik" kat kedai...heheee....Tempat kami slalu "petik" sayur kampung instead of sayur Hengland is at Village Grocer. Kat sini sentiasa ada jual sayur kampung.  Kami  'petik'  terung pipit, jantung pisang, pucuk labu, batang keladi, ubi kayu  kat sini lar....heheee




Bahan:

Daging lembu
Terung pipit
Cili pes
Bawang merah
Bawang putih
Garam dan gula
1 keping asam keping
Air

Cara:

1) Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2) Masukkan cili pes. Masukkan gula ketika ini untuk mendapatkan warna merah yang cantik.
3) Apabila cili sudah sedikit kering, masukkan daging dan asam keping. Biarkan mereneh seketika.
4) Tambah sedikit air  dan masak hingga kuah sedikit pekat. Perasakan dengan garam.
5) Apabila daging sudah empuk, masukkan terung pipit. Selepas 10-12 minit bolehlah tutup api.  Siap!