Yeyy!! kawan kami blanjer buka puasa kat luar. First time kami makan di Island BBQ Steamboat di Kampung Melayu Subang. Tak sangka sungguh dalam kawasan kejiranan kampung tetiba ada restaurant steamboat yang bertemakan garden. First time jugak kami mai kawasan nie. Kalo parking yang disediakan dah penuh, bleh jar parking kat depan rumah orang kampung...Ahaks! Tapi parking elok-elok taw jangan main sedap perut ikut hati nurani sendiri plak. At least bertimbang rasa pada yang lain dan yang penting tuan rumah tu okay.

Oleh kerna kami terlalu kagum dengan dikyam dan kakyam yg ramai, kami tak dak selera nak amik gambar kawasan sekitar. Nikmati gambar dari Google ini.

Kawasan-nya agak kecil dan terhad tapi nampak bersih, tersusun dan garden-nya agak comel. Hidangan utama di sini ialah steamboat. Selain itu juga tersedia makanan lain seperti set nasi lemak, set nasi minyak, kuewteow goreng, laksa, kuih dan buahan. Pilihan bahan-bahan untuk steamboat agak variety berbanding Steamboat Nelayan. Paling best, bukan hanya steamboat, tapi juga tersedia grill ala-ala korea...Aww! Disebabkan tarikan grill ala Korea nie lar yang membuatkan ramai dikYam dan kakYam berpusu-pusu ke sini secara berkumpulan.

Minuman pun sedap. Setiap meja disediakan satu jag kosong. Amiklah ayaq banyak mana cikjah mau. Semua makanan di-refil secara berterusan. Mengikut standard piawai kami, kami puji mutu servis layanan di sini. Bagus ibarat kecik-kecik cili api. Tak macam Nelayan steamboat, sekarang ayaq ais kosong segelas dah charge 5kupang. Penah skali tu kami minta satu lagi set periuk sup steamboat, sambil lalu the Manager cakap "aaa...tambah periuk sup kena tambah bayar RM15" What the heck?!! Tak payah cakap pun kami taw lar, tak kan you ingat I nak makan pree kot? Kitchen helper baru naik pangkat jadi Manager kar? Uh!

Dari makluman kawan-kawan kami, Island BBQ nie dulu pun servis-nya diklasifikasikan sebagai teruk jugak. Namun, tahun demi tahun, depa dah improved. Bagus lar macam tu. Belajar dari kesilapan dan bersedia menerima kritikan. Kami first time mai sini pun dah bleh label this place bagus mengikut kelas-nya iaitu 3star mengikut piawaian kami...heheee. Not bad okay.
My favourite ialah sayuran. Celup-celup sayur dalam sup steamboat pastu makan dengan grilled beef cecah sos...Fuhh! luar biasa lazat!!

Cuma yang tak kelasnya, tetamu yang datang. Dikyam yang jarang-jarang ber-steamboat dan grill bila datang sini pulun amik makanan sampai tak tercapai dek akal untuk dihabiskan. Membazir sudahnya. Ada yang setengah tu plak, ambik 6 jenis sos steamboat dicampur sumernya di dalam satu mangkuk termasuklah dengan minyak! Owhh my!

Nikmati gambar dari Google

Abang John, dikYam dan  kakYam seperti hilang arah pabila melihat timbunan makanan yang banyak hingga akal tidak dapat memproses untuk beratur dan menunggu mengikut giliran ketika mengambil makanan di kaunter. Kesian....
Bersimpang siur tangan hang aku menyilang menyenduk makanan.....kesiannn...
Kena balik belajar lagi cara-cara dan protokal serta adab ketika makan secara buffet...Aww!

Kepada parents yang bawa baby & toddler plak tolonglah consider bahawa baby serta toddler nie tak sama seperti adult. Ada kar plak, letak baby on baby chair mengadap periuk steamboat dan grilling pan??? Think moms and dads. Please! Sepanjang 2 jam makan, meraung-raung baby tu on and off. Terjerit melolong serta taknak duduk diam disebabkan haba panas serta asap yang berkepul-kepul di meja. Mak Pak buat derk jer... kot lar nak hangkat baby tu letak position lain or bawa jenjalan kat kipas ker kan....entahlah....kesian baby.


Makan sedap, perut dah kenyang dan harga berbaloi jangan pulak tinggal meja bersepah yer cikjah. Please! Kami memang pantang kalo orang pompuan terutamanya lepas makan tinggal meja bersepah tunggang langgang. Muka segak, baju bergaya, handbag mahai tapi tinggal meja macam ahli kongsi gelap lepas makan tengahari. EEeiiii...Uwek! Takdak kelass taw. Patutnya rasa lar malu sket dekat orang sekeliling. Paling tidak pun, rasalah malu pada pasangan anda tu...cik abang suami ker, cik abang boipren ker....iskkkk....kesian betul. Cer tengok meja kami nie, bukan berpeluh ketiak pun nak susun pinggan kotor macam nie.  Susun lar elok-elok, bukannya suruh basuh lepas makan pun. Mata tengok pun selesa. Tak dak lar rasa geli gelimann....uh!

Mungkinkah kami kembali ke sini lagi? Jawapannya ialah YES. Tapi kami akan bawa satu tupperware daun bawang kami sendiri sebab dalam bahagian sayuran takdak daun bawang. Cikjah mesti try patah-patah daun bawang celup dalam sup steamboat....marvelous!