Subak - one of my favourite restaurant. This year Subak introducing Ramadhan buffet. Memang best! Makanan enak dikelilingi suasana tropika yang tenang dan damai.
Dah lama tak mai Subak. Merajuk sebab few months back datang untuk sarapan nasi lemak on weekend tapi tutup. Frust you...Ahaks!


Kami sangat teruja sebab crowd yang datang sumernya well-mannered. Takdak yang gelojoh dan tamak. Sopan santun dan senyap-senyap belaka. Pukul 7.15pm baru pakat amik  makanan. Tak macam setengah tempat, 6.45pm dah start timbun makanan dalam pinggan. Erkk!


Suprisingly, boleh dikatakan 70% guest yg datang adalah non-muslim. So, 30% jar yang puasa. Mana yang tak puasa sampai-sampai jar terus minum ayaq kat buffet counter namun terkawal. Ada kat setengah tempat buffet Ramadhan, mana yang tak dak budi bahasa, terus amik makanan dan makan tanpa memperdulikan orang sekeliling yang berpuasa. Memang tak kisah, terpulang lah pada diri masing-masing. Nama pun buffet dan bayar sendiri. Cuma-nya kita boleh nilai lar mana yang tinggi budi bahasa mana yang kurang budi bahasa.

Kurang makan takpa jangan kurang budi bahasa yer...Ahaks!



Dah banyak perubahan di Subak. Pokok-pokok yang dulu-nya kecil sekarang dah besar dan menjalar-jalar rimbun. Dah ada new seating area too.



Makanan sumernya lazat. Presentasi menarik, tersusun, kemas dan bersih.
Cuma porsi yang disediakan agak sedikit dan certain dishes diorang tak tambah-tambah sangat. Kesian kat orang belakang yang senduk lauk guna camca sebab orang sebelum senduk lauk pakai pendayung sampan masuk pinggan. Ahaks!



Area salad dan kerabu. Best!


Highlight buffet di sini ialah masakan melayu kampung. Ada macam-macam sajian enak. Pilih jar.


Pelbagai pilihan menu kerangan.


Karipap sedap!



As usual, Subak menjanjikan kepuasan. Tip top! Dengan harga RM65/pax kami rasa sangat berbaloi sebab kami suka suasana makan yang tenang dan tak kelam kabut serta riuh rendah sumer orang pakat nak cakap. Lousy kan macam tu.

Pesan kami untuk cikjah, jika menghadiri buffet Ramadhan atau apa jua buffet, kawallah diri dan jaga sopan santun budi bahasa. Daaa!