Semenjak kami buatkan Mieng Kham untuk makan-makan kat office kawan kami, hampir setiap masa kami diajukan soalan "bila nak buat Mieng Kham lagi? Best lar, sedap lar, buat lar lagi" Ahaks!
Asal jumpa jar itu mesti soalan standard. Kalo tak jumpa pun, depa kirim soalan through my friend. Cute!
Bukan nak kata sedap atau kami terer buat [Aiceh!], tapi Mieng Kham memang hidangan unik dan mempunyai kombinasi rasa yang sangat menarik seperti meletup-letup dalam mulut. Tambahan pula, agak sukar dan sangat rare untuk jumpa atau menikmati hidangan terkenal Thai ini at any local restaurants.
Pada kami, nak buat Mieng Kham tak susah, tapi nak dapatkan daun kaduk itu memang susah. Lain lah kalo tinggal di desa kann.
Setiap hari balik kerja, kami memang lalu satu rumah nie. Bukan jiran kami, tapi jiran se-kawasan. Memang jauh rumah dia dari rumah kami. Naik keta, abis rokok busuk pembunuh sebatang.
Entah bagaimana, kawan kami sorang nie, bersemangat waja pi ketuk rumah uncle tu minta nak beli daun kaduk! uh! memang muka tak malu. Kebetulan, uncle tu takdak kat rumah. Tidak berputus asa, kawan kami yang bersemangat itu pi ketuk rumah jiran sebelah plak...hahaaa
Aunty jiran sebelah tu cakap, uncle tu memang jual sayur-sayur kat pasar. Hari ni dia pi meniaga kat pasar Kelana Jaya. Kalo nak jumpa, datang semula after 1pm.
Hahhh!!! pukul 2pm, kawan kami yang hebat itu pun ting tongg rumah uncle tu. After citer-citer, terus uncle tu ajak pegi blakang. Huh! rupanya uncle tu memang suka cucuk tanam. Macam-macam sayur ada. Walopun duduk housing area yang tak banyak tanah, tapi pokok uncle tu banyak!!!
Uncle tu amik pisau dan tolong harvest. Bila nak bayar, uncle tu cakap tak payah, amik saja. WeeeeEeeee!!! Dah lar banyak, daun-nya pulak besar-besar dan subur. Tenkiu uncle! and hats off to my friend yang hebat gaban itu. Tak cuba mana taw kan? heheee
Daun kaduk ada beberapa jenis. Yang kami tanam kat rumah ialah kaduk kampung. Bau dan rasa-nya slightly strong tapi memikat selera.
Yang uncle nie punya maybe kaduk bandar....hahaaa
Daun-nya banyak berurat dan sedikit berkilat. Bau dan rasa agak mild. Tapi kami tak kesah, janji daun kaduk. Pasti sedap!
Kami buat 2 sets saja walopun my friend's office ada 3 floors. Satu floor is MD floor, so takdak orang. Satu set untuk floor bawah dan satu set lagi for upper floor. Kami dok peritil daun kaduk demok 160 helai!
Bahan utama untuk sos ialah gula gerek/kabung. Masak bersama air hinga larut dan pekat. Biar sejuk.
Inilah rahsia untuk buat sos Mieng Kham. Sallots, galanggal and ginger wrapped in aluminium foil dan grill dalam oven about 20 minutes. Super wangi bau dia!
Dah grilled, kupas kulit dan blend bersama sedikit blanchan, sos ikan dan kelapa goreng bersama air gula tadi.
Untuk resepi sila kodek lemari Pienkcat okay ^___^
Kodekk lemari Pienkcat
Siap dah set 1...
... dan set 2.
Hidangan Mieng Kham kami ada 7 various condiments ---- halia, bawang besar, limau nipis, cili padi, kacang tanah, kelapa goreng dan udang kering goreng dihidang bersama sos dan daun kaduk. Abes tupperware kami...hahaaa
Okey, they are good and ready to go. Smoga tak dak yang kempunan bila tiba Ramadhan nanti...heheee
Happy Mieng Kham!