.
Jul 24, 2013
Ini cerita teksi di Kuala Lumpur. First hand experience.
Kami nie bukan selalu naik teksi pun. Boleh kira dengan jari berapa kali naik teksi. Nasib baik nak naik flight kena pergi airport, maka merasa jugak lah kami naik teksi bayar RM80 sehala untuk pergi airport di subuh buta...Ahaks!
Pengalaman kami naik public transport memang sangat sket. Ada juga pengalaman naik bas sebab masa mula-mula kerja about 15 years ago blum ada kereta, maka sempat lah naik bas Intrakota dari Subang Jaya ke Damansara Heights. Naik komuter dan LRT ada lar dua tiga kali. Itu pun sebab nak shopping kat KL, malas nak drive dan susah nak parking, maka kami opted naik LRT. Itupun 6 - 7 tahun yang lalu kot.
Sekarang nie, SUSAH betul nak dapat teksi through phone call. Ini adalah beberapa kali pengalaman kami masa nak booking teksi pegi airport dan juga skali dua giving a courtesy gestures to out station clients who had meeting at my office by getting them a cab nak balik hotel. Bila dah call, taxi operator akan suruh kita tunggu and promise to return call. Tunggu 2 minit. Tunggu 5 minit. Tunggu 10 minit pun ada! Teksi operator tak return call pun..... yang kita nie dok melangut tunggu. Clock is ticking...haishh! Pastu, call lagi skali, baru operator tu cakap takdak teksi...uh!
Bukan satu syarikat teksi, tapi a few pun macam tu. Takdak taxi driver yang respond. Kalo cikjah call minta teksi nak pi airport, cepat jar taxi driver nak pi antar!
Memang ada syarikat teksi yang boleh buat booking. Online lar, SMS lar, phone call lar...gimmick jar lebih. Tapi UNRELIABLE. Pernah kami called buat booking a few days earlier [dah nama pun booking], on the travel date, the taxi operator called and said "sorry mem, no taxi". Luruh jantung!
Penah skali tu kami nak pegi 1U. First time ever kami nak naik Skybus untuk pergi LCCT. Kami opted for bus instead of taxi sebab flight kami agak lewat sekitar 6pm. So, kami ada banyak masa dan day light serta tak perlu rushing macam kena ligan hantu nak pegi airport. Lagipun naik bas agak jimat [a lot!]. Kami tak boleh beli tiket Skybus online, sebab kami cuma nak tiket sehala saja. Maka seminggu sebelum flying date, kami pergi kaunter Skybus.
Aiyoh!! Achi kat counter Skybus cakap, "tak boleh booking kak, nanti on the day tu akak datang saja, CONFIRM ada tiket dan seat punya. Mesti ada" sambil angguk-anggukk kapla. Kami pun yakin lah walopun dalam hati sangat ragu-ragu. Tapi dah ticketer sendiri cakap macam tu depan batang hidung kami, mestilah percaya dan yakin kan.
Okay, back to story nak call teksi nak pi Skybus terminal kat 1U. Kami call 4 different taxi companies dan NO taxi driver reply my taxi request!!! Called my regular airport taxi driver, dia pun tengah antar client.
Berfeluhhh kami...tapi maintain gojes. Ketaq ngann, sebab I have flight to catch. Tapi kami masih di rumah lagi. What I need just a taxi ride from home to Skybus terminal at 1U yang jarak perjalanannya tak sampai pun 15 minit. Nasib baik kami bijak. Aiceh! Pengurusan masa kami sangat baik. Setiap time management that involve public transport, kami akan allocate masa kecemasan in case jika berlaku apa-apa di dalam perjalanan terutamanya ke airport.
Setelah 20 minit buang masa dok call taxi sini sana without success, akhirnya kami tak tahan lagi. Can't keep wasting time like this. Kami terus drive kereta pi cari teksi di kawasan kedai behampiran rumah kami. Jumpa satu teksi yang baru saja menurunkan penumpang di tepi jalan. Kami terus block taxi tu dan turun kereta explained to him that I need a taxi but he needs to follow me back home sebab kami kena hantar kereta kami balik dulu lar kan....hahaaa. The taxi driver cakap "Okay, tapi kena tambah RM5". WTH! Aku pi cari ang, tapi nak kena tambah duit plak. Bayar pakai meter jugak. Tapi kami tak kesah sangat lah walopun sepatutnya ia tak harus berlaku. Nasib baik just RM5. Alhamdulillah, akhirnya kami slamat sampai di terminal Skybus 1U.
Kami pun tarik nafas lega. Terus kami ke kaunter tiket Skybus. Alangkah terkejutnya kami bagai kepala jatuh terhempas ke tanah, pastu ditendang-tendang oleh 10 orang pemain bola sepak pastu kutip kepala balik sambung kat badan...........
kaunter tiket Skybus tutup!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kami terus call nombor HP yang tertulis kat kaunter Skybus.
Achi hangkat dan jawab: "Sekarang sudah tak dak bas kak. Hari Sabtu bas sampai pukul 2pm saja"
Me: "Kenapa pula macam tu, hari tu I datang nak beli tiket in advance you cakap tak boleh. Suruh mari terminal memang confirm ada bas. Sekarang you cakap saya, takdak bas dan kaunter pun sudah tutup. Apa nie?"
Achi Skybus: "Saya pun tak taw kak, ini arrangement baru punya kak"
Mau cikjah tak caruttt???!!!
Sungguhpun benar, itu arrangement baru, tampal lar notis. Aku mai jumpa hang last week awat hang tak cakap pun arrangement baru nie sedangkan aku bagitau hang tarikh aku nak beli tiket!!! Babi!
[Forgive my language. Cikjah pasti sentap jika berada di tempat kami].
Immediately, kami call teksi minta satu ke airport. Less than 5 seconds, terus dapat teksi dan less than 3 minit terus teksi sampai depan batang hidung kami. Cikjah nampak tak? Sandiwara pemandu teksi??? Kalo call minta teksi untuk jarak dekat-dekat memang susah nak dapat teksi. Kalo call request teksi to airport...Tring! tak sempat nak masuk jari dalam hidung nak korek taik hidung dah sampai...uh!
Cer tengok jadual Skybus [terkini stakat entry ini di tulis] yang di-tepek and link to Air Asia webpage. Takdak pun tulis bas up till 2pm only on Saturday???!!!
Dari kekalutan ini, kami telah diberi tips oleh seorang pemandu teksi. Kalo call teksi tapi susah nak dapat, please quote to teksi operator yang jawab telepon tu that "I'm willing to pay extra RM5."
Believe me or not, it works! Kami dah try test called teksi to the same destination under same taxi company. Without RM5, no taxi, bila kami call lagi skali with extra RM5, terus dapat taxi. Alahai.....kesian. Pemandu teksi yang takdak maruah sebeginilah yang merosakkan perkhidmatan mutu teksi di Malaysia ni. Tak bertanggungjawab. Pengguna bukan naik free. Bayar. Pasal cekik darah takmo guna meter teksi tak payah cakap lar. Dah berzaman pun.
Cikjah pun maklum kan sekarang nie memang zaman gajet. Smart phone dah jadi satu keperluan. Terkejutnya kami bila jumpa a taxi driver pelekat tab kat steering keta! Sambil driving dia dok scrolling and browsing facebook! Homaigoat! Browsing facebook while driving with passengger at the back? Kalo eksiden macam mana?
Tujuan tab tu pelekat kat steering maybe untuk incoming taxi booking tapi tak praktikal dan selamat walopun cara nampak smart. Sambil driving si taxi driver nie dok type sms reply nak amik booking. Kalo tak reply booking, dia browse facebook!!!
- Author name:
- Pienkcat
- Publish date:
- Wednesday, July 24, 2013
- Pienkcat
- Malaysia
- I don't remember a witch ...but there was a black adorable cat who sat down beside me and told me that "I'm a cat who has strong legs, beautiful heart and the ♥ of thrills, I like to climb things - including hills. I ♥ pink and I ♥ cat and again the black cat told me that I'm a lovely friendly Pienkcat"