Putri Bali Spa |
Ini adalah acara wajib. Tak sempurna trip cikjah ke Ubud jika tak pergi spa. Sangat rugi!
Setiap kali ke Ubud, sekurang-kurangnya kami mesti pergi spa 2 kali.
Spa di sini sangat murah. Maksud kami sangat sangat sangat murah dan service tip top!, tempat cantik dan bersih serta free transportation untuk kawasan sekitar Ubud. Bayangkan..... 4 hours spa package cuma RM150! Woww!!
Putri Bali Spa |
Di Ubud, terdapat banyak spa. Kalo cikjah baca reviews kat internet tu....fuh! boleh jadi bingung untuk buat pilihan. Bertambah bingung lagi sekiranya cikjah terus walk in di Ubud. Terdapat beratus pilihan spa di sekitar Ubud. Ada yang tradisional desa, sederhana dan mewah. Cikjah pilih saja. Setakat ini, my fav spa is Putri Bali Spa yang terletak di Jalan raya Sangingan. Ini adalah kali ke 3 kami ke sini. Teknik urutannya bagus dan sedap. Tambahan pula, Putri Bali Spa sekarang dah besar. Dari satu blok rumah spa kini sudah menjadi dua...wah! bisnes maju nampak...hehee
Putri Bali Spa |
My favourite body treatment mestilah Javanese lulur. Kami suka bau wangi rempah. Menyegarkan. Rasa macam nak tumis gulai....hahaaa...kidding!
Putri Bali Spa |
Putri Bali Spa |
Rata-rata spa di Ubud memulakan perkhidmatan seawal jam 9am sehingga 9pm. Personally, kami suka buat pergi spa pukul 5pm ke atas. Ini adalah salah satu cara untuk kami jimat masa. Sebab utama ialah tempoh treatment selalunya sekitar 2 - 5 jam. Kalo kami pergi waktu siang, rugi lar kami tak boleh jalan-jalan atau lepak kat villa. Kalo pergi waktu malam, balik villa terus tidor. Heaven! Sebaiknya buatlah reservation dulu sebelum ke spa. Sebelum ke Ubud lagi kami dah buat reservation melalui e-mail. Mudah dan organized. Lagipun bleh lar kecek-kecek for diskon...hahaaa
Dapat tau 10% off...Wheww!
Pienkcat at Jaens Spa |
Satu lagi spa baru yang kami pegi ialah Jaens Spa.
Nah! 4 jam kami kat sini. Pertama kali kami try facial and hair cream bath di Ubud. Walopun dah 5 kali kami ke Ubud, namun setiap kali pegi spa kami tak pernah teringin nak buat facial atau hair cream bath. First sebab kami takut. Takut sebab kami tak kenal product yang digunakan untuk facial. Second sebab risau kalo-kalo yang elok jadi tak elok atau mungkin juga yang tak elok jadi elok....huh! Paranoid.
Warm lemonade with honey and lemongrass stick. Sedap! |
Setelah mencuba, Alhamdulillah. Tiada apa yang berlaku. Lega! hahaaa
Cuma-nya janganlah cikjah put high expectation untuk facial and hair cream bath ini. Servis-nya biasa-biasa saja. Mutu serta peralatan yang digunakan seperti 10 tahun yang lalu di Kuala Lumpur. Ahaks! Tapi untuk mencuba apa salahnya. Murah lagi pun. Hair cream bath sebenarnya boleh disamakan seperti cuci rambut di salon. Yang beda mungkin ditambah sedikit teknik urutan dan 15 minit hair steam. Hair dryer yang digunakan pun macam kipas angin meja yang ditekan power no. 1....heheeee
Namun demikian, layanan oleh Balinese especially Ubudian memang mesra dan manis. Penuh kelembutan dan senyuman. Kami puas hati.
Jaens Spa |
Jaens Spa |
Pedicure and manicure? urrmmm...kami blum pernah try. Mungkin sama mutunya kerana servis sebegini masih baru dan pretty modern untuk Ubud. Servis sebegini wujud kerna para pengusaha spa cuba menarik perhatian pelancong mat saleh yang tak pernah putus-putus mengunjungi Ubud saban hari. Malah banyak spa di Ubud dimiliki oleh mat saleh dan terkini oleh Korean dan Japanese.
Janganlah cikjah terkejut kalo kami bagitaw bahawa terdapat ramai mat saleh yang amik cuti berbulan-bulan, malah ada yang bertahun untuk datang bercuti dan tinggal sementara di Ubud. Ada yang hantar anak-anak ke sekolah di Ubud sepanjang tempoh percutian tersebut. Tidak kurang juga ramai yang terus menetap di Ubud. Ramai mat saleh buat bungalow dan villa besar di sekitar Ubud. Ubud memang best!
Mungkin suatu hari nanti kami pindah ke Ubud buka cafe laksa, bihun sup dan gulai??? hahaaaa...Amin!