Owh! This is absolutely one of the most popular tourist spot. Rugi kalo sapa tak mai sini. Including this dah 3 kali kami mai sini dan terlalu banyak perubahan yang telah berlaku. Sangat ketara. Namun the terrace rice fields remained intact and gorgeous!

Magnificient rice terraces were touching the soul.The shades of green were cooling the eyes and giving joy.


Perubahan yang kami maksudkan ialah, pembangunan di kawasan sekitar. Sudah ada banyak restaurant dan kedai-kedai menjual pakaian, cenderamata dan sebagainya di sepanjang jalan.  Dulu kosong dan yang ada hanyalah kawasan lapang untuk parking mobil dan bas.


Ceking terrace rice field ini memang SubhanAllah cantik.
Tak jauh dari resort kami. Sekitar 7km jar. Naik speda vroom vroommm 8 minit dah sampai.


Ini bukan longkang taw tapi sungai kecik. Airnya jernih dan sejuk skali.


New local restaurant called Terrace Padi Restaurant. Set on the cliff bank overlooking the stunning view of Tegalalang Rice Terrace with pure nature surrounds it. Memang sangat best!
Dok sini lepak-lepak sambil baca buku sampai tertidoq...hahaaa



Tambah lagi keriangan itu dengan hidangan santek begini! Mohon pengumuman, ini bukan honeymoon vacation. This is typical way of Balinese serving their dishes. Memang santek, romantic dan rasa sangat teruja lagi dihargai. Kami amat suka skali hidangan atau minuman yang ada frangipani. Walopun cuma hirisan buah-buahan dan ayaq nyioq tapi.....uhh! Fabulous!


Sepanjang percutian ke Ubud kali ini, kami banyak spent on makan. Sangat berbaloi dan puas hati tambahan pula layanan memang best. Mesra, lembut dan penuh dengan senyuman.
Kalolah Ubud nie banyak halal food, cafes or restaurants....lagi banyak kami hangout and makan!



Sambil minum ayaq nyioq, mata disajikan dengan pemandangan indah ini.



Don't just stand at the edge...walk it! Boleh turun berjalan hingga ke kawasan sawah padi di bawah atau di seberang sana jika mahu.


Nenek baju biru tu sedang menjual buah manggis. Kesian. Kami tak beli sebab kalo kami beli, nanti ramai lagi yang datang. Rata-rata Ubudian adalah petani yang mengusahkan sawah selain membuat  pertukangan kerja tangan. Size sawah depa tak macam kita kat Kedah. Petak sawah depa sangat kecik lepas tu pulak terletak di kawasan berbukit dan tiada kemudahan jalan yang sempurna. Petani bergantung kepada air sungai dan hujan semata untuk pengairan sawah mereka. Semua kerja sawah dilakukan secara manual dan traditional. Belum ada mesin atau jentera. Kehidupan depa sangat susah namun tetap tersenyum. Industri pelancongan di Ubud ini sangat baik, cuma harapan kami agar Ubudian tidak tenggelam dengan arus kemodenan hingga hilang sawah dan tanah untuk resort, hotel serta restaurant. Biarlah Ubud kekal begini. Ubud sudah cukup cantik di hati kami.



Cer cikjah tengok pokok cabai nie. Tumbuh di celahan dinding konkrit tapi subur bukan main. Buah banyak dan demok-demok....haishh!

Kalo cikjah datang ke Ubud, make sure datang sini taw. Wajib!