Jarang skali kami menumis gulai nangka. Orang tua-tua kata, banyak makan nangka nanti angin. Angin satu badan takpa sebab bleh pakat tentut-tutt...Eeuwww! hahaaa
Jangan kepala hangin sudah...heheee
Sesekali teringin plak nak makan gulai nangka...fuh! best jugak! Paling best terhebat, mestilah gulai nangka tumis darat.
Beginilah keadaannya kalo sesekali kami terlepas pergi pasar malam...hahaaa
Sumer sayur kampung nak beli. Sumer nak masak. Sumer nak makan. Pucuk ubi, pucuk paku, pucuk geti, batang keladi, daun selasih, nangka dan segala macam ulaman...haishh!
Tapi Awas! cikjah jangan tamak haloba, pulun beli sampai ada yang tak sempat masak. Ahaks!
Kalo cikjah nak tumis gulai, kualiti gulai kena jaga taw. Takmo berminyak sangat, takmo merah sangat, takmo pucat sangat dan takmo kuning sangat. Tengok warna gulai santek pun dah taw sedap! Ahaks!!
Tumis darat nie maksudnya selepas gulai dah masak, tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari di dalam kuali berasingan hinga kuning keemasan dan wangi. Lepas tu immediately tuang ke dalam gulai. Fullamak!! Nak tambah dramatik sket, tumiskan skali dengan serai ketuk. Gerenti bila makan tangkap lentukk...hahaaa
Siap dah gulai kami yang terhebat itu. Aiceh!
Pastu kami buat kerabu pucuk paku plak. Mudah dan sangat sedap!
Jom pektis potong-potong tomato, bawang besar, serai, bunga kantan dan cili padi.
Rahsia mudah kami untuk buat sos kerabu ialah blend sambal belacan. Satukan daun pakis yang sudah dicelur bersama bahan hirisan. Gaul bersama sambal belacan. Tambah gula, garam & jus limau nipis untuk dapatkan rasa yang mantap.
Siap. Enak disaji ketika sejuk.
To double up the awesomeness, sajikan bersama grilled beef. Fuh!!! Bitara!
Amboi! Sedapnya. sapa masak nie? Ahaks!