Pening juga dok fikir macam mana nak buat bunga tangan yang lawa dan menawan. Se-tema dengan baju, tidak terlalu over dan tidak terlalu simple. Yang penting budget. Uh!
Memang cantik dan lebih terserlah jika kami gunakan bunga-bunga segar, tapi almaklumlah semua perkara DIY dan sumer kontrak kerja kami tender, maka kami tidak mampu untuk menerima apa jua komplikasi sebelum majlis dan berpendapat adalah lebih mudah jika kami gunakan bungan tiruan sahaja. Sebulan sebelum majlis berlangsung, dua bouquets bunga tangan dah siap dan kami boleh fokus kepada perkara-perkara yang lebih major gitu...chewah!
Kami gunakan bunga-bunga yang simple dan berwarna lembut sahaja supaya tak over-shadow baju pengantin.
Kain net digunakan untuk memberi bayangan fantasi...Aiceh!
Rapikan susunan bunga dan ikat kemas supaya bunga kukuh di posisi masing-masing. Maklumlah, bunga tangan nie akan dibawa ke hulu ke hilir. Nanti ada yang tercicir tengah jalan plak....eeuww!
Taraa! siap dah.