First of all, kalo cikjah prasan [sebab kami memang prasan]....sejak akhir-akhir nie banyak jugak kami dok komplen and share with cikjah pasal itu ini. Maaflah...bukan merungut atau kaki komplen mengadu domba, tapi kami cuba mengenengahkan perkara yang tak sepatutnya berlaku dan menimpa kami, cikjah dan sesiapa jua. Harapan kami smoga kita sama-sama dapat iktibar dan kepada yang termakan cabai tu janganlah dok buat benda yang tak sepatutnya kepada orang lain. Apa yang penting pada kami ialah komitmen dan budi bahasa.
Kami ada satu lagi aduan rakyat...heheee
Citer sedih giles! Frust tonggeng pun blum tentu bleh cover the sadness...uhukk!
I went back kampung for 10 days for a wedding feast. Wahh! lamanya cuti cikjah. Kenduri 7 hari 7 malam ker hapa? hahaa...
Kebetulan my bff birthday falls one day before the wedding date. Nasib baik cik gayah tu dah rsvp awal-awal nak attend the kenduri siap volunteer nak cuci periuk belanga bagai. So, dapatlah kami plan a surprise party and celebrate ramai-ramai kat kampung nanti. Yeyyy!!!
Two weeks sebelum balik kampung, kami dah survey kedai kek paling best and meletop-letop kek ciptaannya. Maklumlah, kalo kat KL ada banyak kedai kek dan pelbagai pilihan. Tapi kalo kat Aloq Setaq nun, macam mana? Memang ada kedai kek atau tukang buat kek best, tapi kena survey lar, maklumlah dah hampir 15 tahun jadi orang KL...Ahaks!
Akhirnya, kami jumpa satu kedai kek best. Dalam internet, facebook bukan main dok tepek gambar kek bagai-bagai. Kiranya, kami yang sangat fussy and perfectionist nie terus merasa kagum dengan produk yang dipaparkan. Giles cantik dan harga berpatutan.
Kami pun called and ordered a cake. A special RVC [red velvet cake]. Kenapa special? Ahaa! Special sebab kami customised the cake design. Kelasss ko jah! hahaa. Right after I placed the order, I sent my cake design photo to the baker via MMS. After 1 day, kami pun SMS the baker sebab she didn't reply my MMS. Bila kami tanya dapat ke tak my MMS, dia kata gambar tak dapat tapi yang lain-lain dapat. Meaning she got the text only. Larrrr....dah lar tak dapat, dia dok diam-diam saja. Sebab tu kalo kami buat apa-apa, mesti WAJIB follow up. Tapi my MMS went through though. Maxis ni memang nak kena taw.
Then, kami re-send the MMS and followed up by a SMS to notify her that kami dah re-send the MMS [back up plan in case she didn't receive the MMS]. Tudia! sampai begitu skali....hahaaa.
Mestilah cikjah, kami planned a surprise party. Bukan suka hati party.
Again, she didn't reply me. Kesian. Awatlah orang meniaga nie malas nak layan customer??? Tapi bukan main dok iklan kat internet suruh call atau sms for order....haishhhhh
Oleh kerana kami seorang yang sangat organize, sebaik sahaja sampai ke Alor Setar dari Kuala Lumpur, first thing sebaik turun highway kami pegi kedai kek kakak tu instead balik rumah. Tujuan kami nak tunjuk sendiri gambar design kek yang kami order tu. Dah 3 kali MMS dia kata tak dapat. Nak email lagilah....confirm malas check e-mail. SMS pun malas nak reply.
Bila kami tanya dia dapat ke tak the MMS, dia jawab "haaa...gambar tu akak dapat. So, u nak design macam tu lar yer? okay...kak boleh buat"
Fuhh!!! dapat rupanya. Cikjah nampak dak? Macam nie ka berniaga. Takpalah, tak payah bising-bising. Kami bleh tarik nafas lega untuk seminggu lagi sebab segala persiapan penting untuk surprise party dah settled.
The day has arrived. Party scheduled at 3pm. Chewah! Pukul 10am dah kluar rumah excited bawa keta nak pi amik kek. Lalaaalalaaaa...
Tiba-tiba my tepon berbunyi. Trutt! truuttt!! truuttttt!!!
Me: Hello
Akak baker: Hello. Hari tu masa mai kedai akak, ada buka order memo tak untuk RVC?
Me: Tak. Saya pi kedai akak hari tu sebab nak tunjuk design kek jar sebab akak tak reply SMS and MMS saya.
Akak baker: OOooo...tak buka ehh?
Me: Kenapa kak? Saya sekarang on the way nak pi amik kek nie.
Akak baker: Kek depa tak buat sebab haritu u tak buka order memo.
Me: Apa nie kak? Dua minggu lepas saya called dari KL and placed an order, akak kata confirmed. Patutnya akak lar yang buka memo order kat sana. Pesepa nak tunggu saya pi kedai. Saya tak kata nak pi kedai untuk place an order pun. Akak pun tak dak cakap apa-apa langsung pasal kena buka order memo.
Akak baker: Tu lar...akak lupa. Takpa...lar nie lagu nih. Kek dah ada cuma nak kena buat icing. Boleh dak mai amik kek lepas sembahyang jumaat. Pukul 2.30pm macam tu.
Me: Saya ambil pukul 1.30pm. Sebab esok ada wedding, saya ada banyak benda nak settle hari nie. Banyak tempat nak pegi dan kat rumah pun banyak benda nak kena buat.
Akak baker: Oooo...pukul 1.30pm. Boleh..boleh..
Me: Kek red velvet dah ada ker kak?
Akak baker: Oooo....u order RVC noooh...kena bakar kek dulu lar. Yang ada sekarang sponge kek jer lah.
Chaitt!!!! nie yang buat kami nak carutt nie.....EeeeEEeeeeeeiiiiiii geramnyer!!!!!!!
Tadi cakap kek ada, cuma tinggal nak buat icing jer. Sekarang cakap kek takdak plak, yang ada cuma sponge cake. Kalo sponge kek, akak bagi makan itik jerlah. tak hingin saya buat surprise party makan sponge kek...uh!
Budak kecik celebrate 1 year birthday pun makan chocholate cake taw!!!!
EeeEeeeeiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Terbakar, koyak rabak bagai dirobek-robek. Hancur segala plan. Jadi mala petaka jadinya. Awat lar jadi lagu nie? Macam mana nak buat surprise party kalo takdak kek? Alahai. Awatlar orang yang berniaga nie susah sangat nak bertanggungjawab, amanah, jujur, dan berdisiplin. Customer dah order, jangan lar ambil sambil lewa. Lupa atau terlupa is absolutely NOT in the dictionary of orang yang berniaga! Kami order plak bukan pagi nak amik petang on the same day. Kami order 2 minggu awal. Siap SMS, MMS, tepon dan to make it perfect, dari KL kami pi kedai kat Aloq Setaq nun!! Tak cukup lagi kar segala effort yang kami lakukan to make my plan berjalan dengan lancar dan jayanya???
Bayangkan, kalo cikjah di situasi kami dan nak pulak cikjah tempah kek spiderman kar, barbie kar untuk anak cikjah yang kecik tu? alahai! kesian dan hampa anak cikjah. Hanya yang menanggung paham akan maksud kami.
Kami persembahkan, inilah cake design yang kami special request tu. Tengok gambar jer lar...................sebab ended up kami cancelled the order!
Peniaga macam tu tak layak dapat duit kami atau peluang berniaga dengan kami. Uh!
Boleh jar kami nak disclose nama kedai, alamat, no tepon bagai kedai akak baker yang tak bertanggungjawab tu tapi biarlah....biarlah...orang macam tu bisness tak lama kot.