Mahukan kulit putih  gebu gebass? Putih melepak-lepakk, cekang tegang trang tang tangg?

Aha! Macam-macam dah ada sekarang nie. Yang tengah meletop di carta nombot satu sekarang nie ialah collagen! It has become a trend. Harganya agak berpatutan dan some products dijual dengan agak murah sekali. Memang mampu milik lar. Hence, sumer orang mampu makan collagen dan berebut-rebutlah kakyam menjual collagen. Tapi hasilnya macam mana, berkesan atau tidak, tidaklah kami ketahui dan tidaklah dapat kami sahihkan apa yang depa dok claimed kat internet tu. Mungkin juga betul kulit jadi gebu, putih dan tegang, mungkin juga depa dok tepek gambar edit guna photoshop bagi nampak gebu, putih dan cekang. Entahlah. Kami dok pakai Lancome mahaii dah 7-8 tahun tak daklah sampai dapat effect macam depa dok kata makan dan guna collagen pung....errkk!

Kami tak penah terai. Kami agak kureng kalo kena makan ubat-ubatan nie. Tak kiralah ubat sakit kar, ubat santek kar, ubat kuyus kar...uh! Panadol pun kami takut! Euuuewwww...

Namun, ketika collagen sudah berada pada tahap 80% zaman kegemilangannya di kalangan hati wanita, kami terdetik lar juga nak try....mesti lar kan. Kami nak jugak lawa macam cikjah...hahahaa...tapi kami takut. Takut kesan pada kami jadi sebaliknya.

Persoalannya, sampai bila kami perlu consume certain product collagen to maintain kegebuan dan keputihan melampau tu? Sampai bila-bila? Ada side effect tak? Mana lar taw, tiba-tiba in long term jadi demok kar kan...uh! Sesetengah produk tu takdak certification dari pihak tertentu pun. Ramuan campuran apa pun kita taktaw. Berlandaskan produk marin semulajadi maka kita sumer yakin. Macam kita yakin dengan kopi atau produk tongkat ali. Sedangkan kandungan tongkat ali sangat sedikit berbanding ramuan yang lain. Paling utama, betoi kar rumpai laut tu ada kolagen???? 

Tanpa mencari, kami came accross about sorang retis nie tengah hebat dok pomot product collagen dia. Tak jual kat counter. Belian online melalui ejen-ejen dia saja. Boleh pilih nak COD [Cash on Delivery] atau courier. Harga tetap sama dan berpatutan.  Tapi hakikatnya, kami slalu jugak terserempak dengan retis nis kat shopping mall, kat restaurant dan memang kulit dia putih gebu pun sejak baby. Dah memang keturunan santek :)

Rata-rata ejen pakat dok pomot diri masing-masing. Whatapps or sms. Style zaman sekarang kan cikjah, dah takdak phone call lagi. Main whatapps saja. Free katakan...hahaa.

Ejen 1
Kami pun whatapps lar kat ejen nie. Kami nak COD. Ejen tu replied kena tunggu asben balik kerja...uh! pastu suruh mai amik kat rumah dia yang jauh dan jams tu...uh!-------okay fine. KIV her. Not interested. You advertised ada service COD, but ask customer pi collect sendiri. You silap advertise kar cik kodah?

Ejen 2
Call ejen lagi satu, best! dekat dengan my area. Bleh COD within 1hour. Woww! cepatnya. Fantastic! Bila tanya produk dia set yang mana, dia cakap set A. Alahhh....Set A [lama] kandungan kuantitinya sket. Set B [baru] kandungan kuantitinya dua kali ganda dari Set A tapi cuma tambah RM25 jar. Of course kami nak Set B. Tapi ejen nie licik. She keeps saying repeatedly dua-dua set sama jar. sama jar..sama jar...pastu suruh amik dua kalo tak cukup. Hello! you ingat I tak blajar sejarah kar? Takkan kami nak bayar RM150 untuk dapatkan 600g sedangkan kami boleh beli 600g dengan harga RM100?? Hellooooo! Alasan dia set B [baru] tu tak kluar lagi. Bulan depan baru boleh jual. Ek elehhh!! Nampak sangat muslihatt sebab ejen 1 boleh jar jual kat kami....nie mesti dia nak abiskan stok lama dia. Mesti lar dia takmo rugi. Tak baik meniaga macam tu. Straight away kami said till next time though...baibaii

Ejen3
Hebat betul iklan dia.

Cepat! Set B [baru] sudah kluar. Kandungan lebih banyak. Dapatkan segera. Ramai pelanggan beli dan repeat purchase. Cepat! jangan ketinggalan. Promosi hebat! Terbukti berkesan.

Haaa...lebih kurang begitulah iklannya. Terliurr kami. Peluang bagus nie. Kami pun call.

Kami: Kak, set B akak boleh COD to........bla...bla..bla...
Ejen: Owhh...set B akak tak amik lagi dik. Akak kat kampung sekarang nie......

Larrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.............................cikjah pikir sendirilah. Malas kami nak tulon elaborate. Nyampah!

Ejen 3 dan Ejen 4
Call henpon tak hangkat and never return call.

Ejen 5
Fixed appointment pukul 6pm tapi sampai pukul 6.45pm. Adehhhh!!!!
Nak berniaga tapi asas, moral dan etika berniaga pun tak tahu...macam mana nie?

Demikianlah kesah sedih kami nak beli produk collagen. Bukan nak kata lar kan...tapi inilah hakikatnya bila orang meniaga kita pun nak meniaga. Orang nak santek, kita pun nak santek. Sebab tu kami tak suka online purchase nie. Indah khabar dari rupa. Cakap, sumer orang boleh cakap. Tulis, sumer orang boleh tulis. Sumernya indah-indah belaka. Nak pomot bukan main guna label retis. Letak gambar retis. Tumpang gelama nama retis. Tapi bila nak bagi serbis? Alahaiii......kesian.