Gulp!
Sedapnya gulai kepala ikan merah kami masak nie. Tiada bandingan. Asli gulai Kedah piangg!
Hahaaa...
Masak sendiri di rumah lebih lazat cikjah kann...

Memang tak tahan lar kalo pegi market nampak kepala ikan merah. Mesti teringat gulai. Tak taw lar macam mana jadi kalo tak dapat makan gulai dalam tempoh yang lama. Tak keruan jadinya kot?  Alar, macam abang John lar jugak, asal makan nasi jar mesti lauk ayam. Ayam goreng, ayam goreng, ayam goreng....dah macam ayam dah...heheee.

Ada gulai, ada ulam, ada sambal belacan dah cukup...Erkk! nasi jangan lupa...hehee
Tapi kami tak suka gulai mamak. Apa-apa jua mamak food, kami tak berapa suka. Kalo teringin atau tak ada pilihan sahaja kami terpaksa lar makan.


My favourite always ulaman dan sayuran kampung. Nampak saja Bayam Kampung, fuh! dah gulp! gulp!!


Bayam kampung masak tumis air bersama keledek merah.....eeeuuwww sweet!


Cikjah tahu ini daun apa?

Inilah Daun Ranti (Meranti). Cikjah bleh buat masak lemak putih atau rebus buat ulam cecah sambal belacan power...Fuhhhyo! Memang lazat!

Dulu kami tak pandai sangat makan daun ranti nie, maklumlah bukan makanan kebiasaan di kawasan penempatan kami. Sayur nie lebih terkenal di kalangan Javanese terutamanya di Johor nun.
First skali kami kenal sayur nie adalah melalui jiran kami yang berasal dari Johor. Beliau transfer kerja ke Kedah, jadi sebagai bekalan beliau banyak tanam sayur ranti kat sekitar rumah beliau. Mak kami minta benih dan tanam di rumah kami jugak. Pokoknya berbatang lembut dan disiang seperti pucuk manis.


Fuh! Maka lengkaplah hidangan tengahari lazat di rumah kami. Jemput makan :)