cerita 1:::Masak lemak cili api ayam dan timun. Mengikut kata tetamu yang menjamah::: "sedapnya! cukup sumer rasa walopun bukan orang nogori yang masak"
me?::: "ahemm!..ahemmm! tengok chef lar cik jah, sebab tu malaih nak pi makan kat luar, sebab makan kat rumah lagi lazat" awwww! :) ~~~sila jangan jelesss, rajin2lah memasak cik jah yer...hihiiiii
mentalnote: cooking any kind of masak lemak menggunakan santan dari perahan kelapa parut sesungguhnya amat mencabar! lol Consistency kepekatan santan amat penting [aceh!], kalo santan cair, alamatnya masak lemak tu kurang kick!...kalo pakai santan segar segera tu memang lar terer. Pejam mata pun buleh buat [sorry yer, chek telah berhenti dari menggunakan santan segar segera siap dibungkus yg dijual di kedai2 kerana amat mengkhuatiri kandungan eleman tambahan dalam santan tersebut] ....the best way is renehkan dulu masakan dengan santan cair, bila di akhir rancangan, eh! 5 minit terakhir, baru ditambah santan pekat. Baru lar masak lemak cun & gojes tak berkepala dalam mangkuk :)
cerita 2:::Sambal belacan with hard boiled egg..Phewww! ini resepi tok aloq setaq chek :)
Kalo letak atau gaul2 dengan isi ikan rebus pun lazat! cecah dengan ulam makan nasi tepi bendang o.O Gulp!
cerita 3:::Masak lemak pucuk manis dengan sweet potatoes. Al-kisah nak masak sayur lemak pucuk labu, tapi bila sampai village grocer, pucuk labu tak dak, yang ada pucuk manis jer, boleh jugaklah.
Pastu makan nasi kuah banjir....whewwww! lazat! :)
cerita 4:::Di suatu weekend tu, setelah balik dari berlari~larian kira-kira 6km jauhnya, teringin plak nak breakfast nasi lemak. Wow! dahsat!! a sinful breakfast O.O
Sepatutnya, 'harus' dielak lar kan, tapi oleh kerana 6km berlari, burned calories pun banyak, nearly 1000kcal lebeyyyy, maka heavy breakfast like nasi lemak ini boleh di terima :) and this was my breakfast cum lunch too. So, totally acceptable ok! hahaahaaa :)
psstt! kalo cik jah stakat lari~lari anak 1~2km, sila lupakan niat untuk breakfast nasi lemak ok! tak der maknanya dok pulun lari lenguh lutut bagai, pastu makan ibarat 3km! toink!!
Sekarang, chek dah tak braper suker sangat nak beli nasi lemak kat luar/kedai. Sejak kes santan segar segera dicampur ubat & tepung untuk pekat. EEiiii! tak lalu nak makan! So, alternatively, kena lar masak sendiri guna santan perah sendiri dari kelapa parut :)
mentalnote: kalo kat kampung dulu, kena kukoq nyioq guna kuda. Bowing betul :P kalo mak suruh, ada jar alasan nak ngelat...hihihiiiii....Bila dah moden sket, ada jiran beli mesin kelapa, so sapa nak tumpang mesin kelapa kat rumah dia dialu-alukan, tapi kena bayaq 2kupang untuk sebijik kelapa :) cute kan? Chek pun kayuh lar beskal bawa kelapa dah siap belah kontang kanting gantung kat handle :) tapi sekarang lagi hebat, mesin kelapa tu dah ibarat blender. Almost setiap rumah kat kampung nun pakat ada sorang sebijik :)
Nasi lemak + sambal sotong kering + ayam goreng kunyit + telur rebus...Owh! tidak!!! such a heaven weekend breakfast at home! :)))