Pienkcat in wheel pose

Okay lah, after a year been practising yoga, I am officially calling myself a yogi. 
How's life as a yogi? Well, I would say lebih nyaman. lebih lenturan, lebih kuat kudrat badan dan lebih mindful tentang diri sendiri. 

Harus difahami, walaupun konteks dan pemahaman yoga itu lebih luas dan sangat spiritual pada sesetengah yogi, namun  pada kami ia tidak lebih dari satu cara untuk bersenam dan memahami tubuh badan sendiri.

Yoga itu sangat lembut jiwanya hingga hampir tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Yoga adalah tentang kesedaran dan keberadaan pada waktu semasa atau sekarang [present]. Maksudnya segala tumpuan diberikan pada dan ketika itu. Tiada masa lampau atau tiada masa hadapan - hanya fikirkan tentang masa sekarang. Dari tumpuan itulah secara automatik kita akan fokus tentang badan dan minda sendiri. Lebih kesedaran secara total. Justeru, kita akan menjadi tenang, lapang dan berfikiran lebih positif.

Secara umum, mungkin ada yang berpendapat, baguskah ber-yoga? Paling utama bolehkah yoga menurunkan berat badan? Bolehkah yoga mengeluarkan peluh? Ahaa!

Kalo sekadar melakukan asanas [postures] memang lah hampir tiada apa yang dapat dirasakan melainkan meregangkan badan dan mungkin kesakitan kerana tidak menggunakan teknik dan cara yang betul. Yoga berkisar tentang melakukan asana dengan menggunakan bahagian dan anggota badan, otot [muscles] dan nafas yang betul. Ia bukan sekadar meregang atau melipat badan semata. 

Jika suatu asana itu memerlukan tangan di angkat ke atas, pastikan tangan itu diregang lurus seolah-olah ingin mencapai langit di atas, bukan macam angkat tangan nak jawab soalan di dalam bilik darjah...heheee

Harus diingat, yoga juga bukanlah suatu pertandingan. Maksudnya di sini, fleksibiliti, kekuatan dan stabiliti seseorang mungkin berbeza-beza. Janganlah di banding-banding sana sini. Jangan pula memaksa melebihi kemampuan badan sendiri - practise makes perfect. 

Pienkcat in headstand


Sejujurnya, adalah satu bonus jika mendapat tunjuk ajar dari guru yoga yang berpengalaman dan informative. Kerana, ada juga guru yoga yang sekadar menunjuk ajar di hadapan kelas, kurang maklumat dan tips tentang cara melakuan sesuatu asana dan tidak menegur betul atau salah setiap asana yang dilakukan oleh pelajarnya.

Sebagai pelajar pula, rajin-rajinlah membaca, bertanya dan membuat research tentang setiap asana yoga dan berlatih, berlatih dan berlatih. Yoga ialah rutin. Jangan pula pektis yoga pastu cuti 2-3 bulan, pastu pektis kembali tanpa sebab yang munasabah.




Pienkcat in Camel pose

Ha, hari tu kami promised cikjah gambar monkey business kan, nah! bukan main bersemangat Pienkcat buat monkey bar. Tinggi betul monkey bar nie, depa ingat nie monkey bar kat London kar? Mat saleh memang lar tinggi-tinggi, nie kat Asia, kat Malaysia kot....haiiihh
Tapi, kami tetap bergaya ber-monkey bar. Ahaks!

Nak capai monkey bar kena qabat dulu...hahaa

Pienkcat in skip a bar monkey bar routine


Okay, beautiful monkey hanging there! hahaaa