What is cat grass?

Cat grass adalah rumput yang menjadi kegemaran sang kucing. Cat grass terdiri daripada pelbagai variati rumput. Antara yang paling femes dan sedap ialah cat grass dari biji gandum. Selalunya cat grass digunakan sebagai 'special treat' untuk kucing dan paling utama untuk menggembirakan perut kucing yang berdukacita [sakit peyutt].

Kucin demok kami sangat suka cat grass. Disebabkan kucin demok ini asal dari Malaysia, maka cat grass kegemaran beliau ialah SERAI! hahaaa,....Malaysia campur Siam kot.

Jenoh dah kami dok marah kucin demok, asal pegi kebun dapur jar terus berdiri tepi pasu pokok serai. Meragut daun serai macam kambing. Hinggakan tak sempat kluar pucuk baru...lama-lama pokok serai mati...adeh...

Alternatively, kami tanam cat grass istimewa untuk kucin demok dari biji benih padi. Haa! kita kan orang Malaysia....cat grass padi lebih patriotik bunyinya...hahaa


Nak tanam pokok padi nie mudah saja. Tabur biji padi dan pastikan tanah sentiasa lembab. Selepas dua minggu anak padi akan mula bercambah.


Apa lagi, suka lar kucin demok dapat cat grass setalam macam tu...




Tapi dari pemerhatian kami, cat grass dari biji gandum lebih sedap dan lembut sebab kucin demok kami bleh habiskan one small pot sekali hadap saja. 

Cat grass dari biji padi nie daunnya berstruktur lebih keras.


Paling awesome ialah lebihan cat grass tu kami biarkan ia besar. Hasilnya selepas tiga bulan ialah kami ada pokok padi yang berbuah di kebun dapur! Hoyyeee!! Nak tukar profession kar? Dari tukang kebun ke pesawah padi? Ahaks!