Wahhh....cuti sekolah dah start nie...mesti ramai yang pegi  jalan-jalan kan?
Pagi-pagi nak pi office pun siokk jar, kat tol plaza tu lapang dada sket. Ahaks!
Kalo cikjah pegi bercuti pandu kereta, hati-hati di jalan raya. Kalo naik kenderaan awam, pastikan segalanya dah dirancang dengan baik.

Jika last 2 weeks kami flew balik hari dari KL ke JPO untuk sopping, minggu yang lepas pula kami flew dari KL to Penang and stayed one night just for makan. Yes, MAKAN-MAKAN! Memang superb! Lagi sekali bukan kerja gila tapi kerja awesome tambah kalori....hahaaa

Perjalanan kami bermula dari KLIA2. Flight pukul 10am dan tiba di Penang International Airport [PIA] pada jam 11am. Walopun cuma 1 jam penerbangan, tapi ramai penumpang pakat beli  makanan atas flight. 10 minit after flight take off, cabin crews dah start jual makanan. Sebagai prosedur, lagi 15 minit nak mendarat cabin crew akan buat announcement "we will be landing shortly", tapi masih ada yang sedang menyuap nasi lemak Pak Nasser. Memang masa sangat terhad. Agak kelam kabut.  Jadi, pada pandangan kami, kalo 1 hour flight, tak payah lar kecoh-kecoh beli dan makan atas flight. Boleh jar alas perut dengan roti azan 3 kupang sebelum fly.

Selalu naik flight nie, macam-macam pengalaman menarik dan pelik kami alami. Kali ini pengalaman yang sangat super gross! Sebab tujuan kami adalah Penang, maka orang Penang selau cakap loqlaqq! Memang teruk pun..... nyonya lewat 30-an next to my seat korek idung! korek idung yang sangat fefeeling tanpa segan silu. Dia korek idung pastu gentel-gentel buang kat tepi tingkap...uwekk!!!! pengotoqqq!!!!!!!!!!!!!!!!
Bodosss sangat. Kalo pun nak sangat korek idung, at least cover lar dengan tisu atau apa-apa. Ni tak....terang-terangan!  Hinggakan kami plak yang terpaksa duduk senget pusing 180 darjah ke kiri sebab tak lalu nak hadap dia. Kami berdoa tahap gaban takut-takut waktu standing nak amik beg kat atas tu tetiba tangan dia tersentuh kami...uwekkk!!!! Bila landed, cepat-cepat kami standby to stay away from her. Pengotoq!


Sebaik tiba di PIA, kami terus keluar dari bangunan terminal menghala ke arah kiri bangunan menuju ke hentian bas Rapid Penang. Di situ kami naik bas menuju ke pusat bandar.

Sepatutnya kami naik bas bernombor 401 kerana tujuan kami ialah ke Chulia Street. namun, bas 401 baru saja berlalu pergi. I was 3 minutes late. Sebab tak nak membazir masa selama 20 minit, maka kami naik bas 401E yang memang dah siap sedia nak bertolak. I was early by 1 minute. Fuh!  Bas 401E akan berhenti di Komtar. Tambang cuma RM2.90. Murah sangat! Jika naik airport taxi harganya sekitar RM50. Masa perjalanan dengan bas adalah 40 minit sebab ada banyak stops. Menaikki bas Rapid Penang adalah mudah dan selesa pada perkiraan kami. Terdapat banyak bas yang tiba di airport cuma laluannya saja yang berbeza. Sila sediakan tambang yang mencukupi kerana tiada wang baki akan dipulangkan.


Keadaan dalam bas sangat selesa dan bersih. Sepatutnya, bas-bas sebegini disediakan di setiap airport di Malaysia. Jadi tak lah kerugian sangat kalo nak kena naik airport taxi yang sangat cekik darah.
Airport Alor Setar tu, sepatutnya disediakan bas, barulah akan menggalakkan pertumbuhan perlancongan. Bukan minta free shuttle pun, kalo kena bayar tambang bas RM2-3 pun apa salahnya.
Setakat ini, airport Senai & Penang sangat memudahkan.

Pienkcat di dalam bas Rapid Penang 401


Hentian terakhir bas 401 ialah Komtar. Komtar ialah tempat hentian bas yang menghubungkan bandar-bandar dan kawasan sekitar Penang. Di sini, kami naik pula free shuttle atau CAT bus menuju ke Chulia Street. Hentian CAT bus di Komtar ialah nombor 9.


Kemudian, kami turun di hentian No. -  15 Kampung Kolam. Dari sini kami berjalan kaki selama 10 minit menuju ke hotel kami di Love Lane, Chulia Street. Berjalan tak penat, cuma cuaca agak panas terik.

Usai check-in, kami terus ke kedai motor. Kami sewa scooter dengan kadar RM25/day. Kadar standard di sini ialah RM30-35/day. Jadi, pandai-pandai lar ayat...heheee
Dengan motor, kami boleh pandu dengan leeeeebih jauh. Yeeha!
Tak susah nak sewa motor sebab banyak kedai terdapat di sekitar Chulia Street.


White curry mee at Bee Hwa Cafe 
Destinasi pertama kami di Penang ialah Bee Hwa Cafe yang terletak di Lebuh Dickens betul-betul depan pintu masuk Balai Polis HQ Penang. White curry mee is the highlight here. Rasa kuahnya sangat mild and subtle. Bila cili digaul mesra dalam kuah, rasanya sangat meletop! Lazat! Harga sekitar RM5-RM6 kot...tak pasti sebab kami bayar saja tanpa fikir sebab sedap dan berpuas hati...hahaa


Selepas 1 jam, kami singgah makan lagi. Next is Mee Sotong Hameed! Yaahuuuuuu!!!!
Sedapnya ke bintang! Sambal sotong tu memang ummmphhhh! Mee dia sedap biasa-biasa saja.


Satu pinggan cuma RM5. Kalo nak pinggan besar RM7. Okay, dalam 2 jam, kami dah makan 2 pinggan mee...sila kira kalori. Sekian.

Notes: Stall Mee Hameed nie bersebelahan dengan Fort Cornwalis bukan yang kat food court satu lagi tepi laut tu.


Memang santek lar makan mee sotong dengan cendol di kala cuaca hangat. Macam mana lar kalo dok Penang nak stay kurus-murus? Awww!


Masa kat Padang Kota tu, kebetulan Crown Princess  cruise ship sedang berlabuh di Pengkalan. Besarnya cruise ship nie....amazing!


Kemudian, kami ke Batu Ferengghi. Lebih kurang 40 minit naik motor. Nothing interesting sekadar jalan-jalan saja. Kalo cikjah bertujuan nak mandi pantai, this area is good to stay. Last kami datang Batu Feringghi was few years back. Waktu tu kondo-kondo mewah masih lagi di awal pembinaan, baru dalam kerja-kerja tanah dan tolak hutan. Sekarang, pusing kiri kanan nampak kondo mewah tersergam indah di lereng dan atas bukit yang rata-rata dimiliki oleh mat saleh dan orang kaya-kaya saja. Ahaks!


Singgah stall tepi pantai makan laksa dan rojak buah. Dah 2-3 kali makan sini. Tapi kali nie terkejut sebab laksa mangkuk kecik potet nie RM4! 6 kali suap pun RM4?? Kedai tepi jalan bawah pokok jer pun bukan kena bayar sewa mahai-mahai ada kipas ada aircond.....haishhh


Paling tak sangka ialah rojak buah nie pun RM4!!!! Memang mahai! Tapi kami dah lama mengidam nak makan rojak buah macam nie.....redha.

Kemudian, selepas 40 minit makan laksa, kami makan pula rojak pasembor di Gurney Drive. Yahooooo!!!

Memang makan saja sepanjang hari nie. Suka sebab sedap-sedap!



Dari Batu Feringghi, kami singgah di food court Gurney Drive yang berhadapan laut. Mulanya confuse jugak sebab kat situ majoriti stalls chinese, Halal ker tak halal nie?
Tanya adik-adik dok lepak tepi pantai tapi jawapan depa pun tak meyakinkan. Kami pun nak baliklah. Sedang nak kona motor, kami terpandang di penghujung food court [near roundabout] tu terdapat beberapa stall mamak muslim/melayu yang halal. Kecik jar kawasan dia. Kat situ majoriti jual rojak pasembor. Kami pun singgah. Yeyyy! bleh makan rojak.

Udang, ketam dan sotong yang mega size

Kami kebingungan lebih kurang 10 minit. Tak taw nak makan rojak stall mana. Pulun dok scanning meja kiri kanan depan belakang dok order rojak dari stall mana. Siap google tapi takdak info yang meyakinkan.  Ada macam-macam pendapat tapi tak banyak pilihan sebab rata-rata hanya sebut secara general. Akhirnya, kami pilih Stall No. 9 sebab dari gaya food display tu sangat menghairahkan!


Penuh udang!


Ada macam-macam! Memang terliur!


Inilah hidangan kami. 2 pcs cucur udang [sangat banyak udang!], 1 pc tauhu dan 1 pc sosej wrapped with fucuk skin. Total RM16. A bit pricey tapi lazat! Hebat! Ternyata Stall no. 9 adalah pilihan yang baik.

Cikjah kira tak dah berapa kali kami makan sejak dari jam 12 tengahari hingga sekarang nie? ada kira kalori tak? Ahaks!

Pukul 9pm kami pulang ke hotel. Pulang sebab nak charge iphone. Bateri tinggal 1% . Too bad kami takdak power bank and never ever thought that I am gonna need one. Will definitely get one! Tempat yang kami stop pulak mostly roadside stalls bukan starbucks, so tak der kemudahan untuk charge henpon. Bateri abes sebab banyak guna Waze and amik gambaq...heheee
Tak kesah pun ulang alik sebab lokasi hotel kami sangat convenient. Dekat dengan segalanya. Lagipun kami ada scooter...hahaa

Namun, cerita makan-makan kami untuk hari pertama masih belum berakhir! kami kluar semula pada jam 10pm sebab nak minum susu badam di Restoran Kapitan. 
Almond milk atau susu badam ini hanya dijual pada waktu malam. Rasanya?


ERrkkk.... very acquired taste I would say. Not everyone's favourite. Rasanya a bit gingery.  Ada bau dan rasa cardamon yang kuat dan ada bau lembu! hahaaa
RM3 segelas. Kami hanya mampu minum setengah gelas sahaja.


Inilaha rupanya cara penyediaan susu badam itu.


Terdapat beberapa kedai sewa basikal di sekitar street art walk.


Antara bangunan menarik di sekitar street art walk.




Terdapat banyak mural yang sangat santek di sekitar street art walk. Namun hanya beberapa sahaja yang tinggal sekarang. Selebihnya sudah agak kabur dan ada yang hilang terus kerana dimamah cuaca dan usia.




Pienkcat with mural Little children on a bicycle - Day 1
Pienkcat with mural Little children on a bicycle - Day 2

Kepada penggemar nasi kandar atau mamak food, Penang is their heaven. Beratus-ratus kedai mamak tersedia menanti anda. Tunjuk saja nak lauk apa dam sediakan perut...hahaaa

Too bad, kami bukan lah penggemar nasi kandar / mamak. Namun, mouth watering jugak lah kan bila tengok lauk-pauk kat display counter tu.

Nasi kandar Restoran Kapitan

Rajin depa dok susun noooo



Pada hari terakhir, kami makan juga sepinggan nasi kandar Line Clear di airport. Mestilah cuba walopun skali sebab dah datang Penang. Cikjah teka berapa harga hidangan ini? Nasi separuh berlauk ayam madu, 3 bendi, 1 cili hijau dan telur sotong?
Cer teka...


Okay, tak taw? Harganya ialah RM25! Toink!!
Haaa...jangan main-main cikjah. Mahai betoi nasi kandar nie. Telur sotong? uurmmm...biasa saja rasanya.


Pada hari kedua, kami bangun awal sebab nak pegi sarapan kat tempat best di Astaka Taman Tun Sardon di Gelugor.  Jauh jugak naik scooter. Lebih kurang 20 minit perjalanan. Tapi sumer itu sangat berbaloi! Makanan di sini sedap-sedap dan banyak pilihan. Ada menu melayu, cina dan india. Paling kami suka ialah di sini takdak mamak food...hahaa

Nasi lemak daun Lemuni sambal bilis. RM1.50

Nasi lemak biasa sambal bilis. RM1.50

Apom. RM0.80 /pc
 Apom India adalah salah satu makanan idaman kami jika ke Penang. Sedap!


Nasi lemak ini harganya RM8. Nasi separuh, lauk udang, satu sotong dan sayur. Agak mahai tapi sedap! Terasa masakan melayu kampung. Memang fefeeling.






Serabai biasa
Satu lagi kuih melayu tradisional yang unik ialah Serabai...uhhhh! sedapnya! Harganya RM0.70/pc. Dihidangkan bersama kuah kaya. Bayangkan kalo kuah durian....confirm kami makan 10 keping!

Serabai gula merah/hangus




Inilah hotel backpackers kami selama 1 malam berdekatan Love Lane - Dreamcathers Traveller Refuge. Harganya sangat murah namun selesa, bersih, masih baru dan lokasi menarik. Kami suka dengan design bangunan ini. Konsep ruang terbuka di bahagian bawah tu sangat mengujakan. Kalo kami dapat satu rumah macam nie...I know what I'm going to do...owh my! I'll plant hundred of pokok for sure!


That's is my most favourite plant - Fiddle Leaf Fig Tree atau Ficus Lyrata


Biliknya [twin sharing] sangat simple, berhawa dingin dan ada kipas dengan kadar RM70/night termasuk sarapan.
Sudah menjadi konsep backpackers hotel to have shared washrooms.  Namun, ianya bukan lah suatu masalah kerana hotel ini masih baru dan sumernya berada dalam keadaan baik dan bersih.

Inilah pertama kali kami meginap di hotel sebegini. Mulanya ragu-ragu jugak. Namun kami berpuas hati kerana trip kami cuma 2D1N untuk makan-makan sekitar Penang.  Kami pulang ke bilik hotel pada lewat malam untuk tidur dan membersihkan diri sahaja. Alhamdulillah, other checked-in guests pun sopan santun sumernya. Tiada bising dan aksi melampau sebab setiap bilik hanya dipisahkan dengan dinding plywood. Pandai sumer orang cakap bisik-bisik. Spirit macam tu lah yang kita mahukan - saling hormat menghormati sesama sendiri dan tak fikir kepala sendiri sahaja. Cuma mat saleh yang berbadan besar tu bila jalan kat hallway macama anak gajah menapaknya...hahaaa




Laluan untuk ke bilik



Meet Nekko the hotel's resident cat.

Pada hari keberangkatan pulang ke KL, kami pulangkan scooter ke kedai motor yang terletak di Chulia Street. Kemudian, 2 minit berjalan kaki ke tempat menunggu bas. Untuk makluman cikjah, kat Georgetown nie kalo nak naik bas mesti tunggu di tempat yang sepatutnya. Tak boleh main tahan-tahan bas macam tu saja. Bas tak layan. Tambang dari Chulia Street ke Komtar seringgit atau kurang kalo tak silap.

Setiap bas yang lalu Chulia Street akan berhenti di Komtar. Jadi dari Komtar kami naik bas 102 ke airport. Tambangnya cuma RM2.70/seorang. Terdapat banyak bas yang akan melalui airport, salah satunya ialah bas 102. Laluan bas 102 agak berbeza dengan bas 401 dan 401E. Jarak perjalanan lebih jauh dan memakan masa selama 1 jam. Namun, kami punya banyak masa, jadi kami enjoyed the bus ride. Dah lama tak naik bas kot kannn....hahaaa

Masa nak naik bas ke airport terdapat sepasang suami isteri warga Indonesia yang agak berusia. Mungkin mid 50-an. Fizikal nampak tua kerana dek kerja keras, bersusuk tubuh kecil dan bawa 5 beg besar. Nak balik Indon agaknya. Si suami menghulurkan duit RM10 kepada driver bas sebagai bayaran tambang. Driver bas takmo amik duit tu sebab tiada baki akan dipulangkan. Tambang cuma RM5.40 untuk dua orang. Si isteri terus kalut-kalut nak turun bas nak tukar duit kecik di kedai yang cuma sedepa cuma dari jarak bas berhenti. Driver bas marah dan suruh depa turun sebab nanti lambat, bas dah nak jalan. Si suami dan isteri pun terbongkok-bongkok mengangkat 5 biji beg besar untuk turun dari bas. Kami yang dari awal memerhatikan kejadian itu terus menghulurkan duit RM5.50 kepada si isteri untuk bayaran tambang. Kes selesai.

Kejam betul driver bas tu. Sanggup nak suruh orang tua hangkat beg 5 ketoi turun bas untuk naik bas lain semata-mata tak boleh tunggu 1 minit. Orang tu bukan nak pi Feringghi beach, nak pi airport kot. There was flight needed to be catched on time. Takkan lah tak boleh bertolak ansur untuk 1 minit?
Setelah selesai, si suami menghulurkan duit kepada kami, namun kami tak amik. Memang niat kami nak membantu. Smoga urusan pakcik dan makcik tu dipermudahkan hingga sampai ke kampung halaman.

Di pertengahan jalan, ada awek anak mami tahan bas. Dari bawah lagi dia dah sengih to the driver bas. Bila naik mereka bercakap-cakap. Kami tak dengar. Awek tu terus ke belakang untuk duduk. Selepas 12 minit, awek tu tekan butang sebab dah sampai ke destinasinya. Sebelum turun, awek tadi datang bayar tambang. Owwhhhh....rupanya awek tadi tu pun tak ada duit kecil untuk bayar tambang...mungkin dia dah tukar wang kecil dengan penumpang lain di atas bas. Tapi, tak pulak si driver tadi suruh turun yer? Hurrmmmm....



Penang is awesome tapi dari pemerhatian dan pengalaman kami sepanjang 2 hari berjalan dan makan di Penang, boleh disimpulkan terdapat banyak pengemis di sekitar Penang. Ada yang nampak kemas dan bersih seperti orang biasa tanpa segan silu datang ke meja makan untuk minta makan. A few kami jumpa tidoq di tempat awam dan di tepi jalan pada siang hari, ada yang berkeliaran di sekitar bandar dan ada yang datang dari meja ke meja minta sedekah walopun sihat tubuh badan. Ada dua orang sakit mental [kurang waras] datang bercakap dengan kami. Takut juga tapi kami control dan stay calm takut di apa-apa kan. Tak pernah kami jumpa pengemis dan orang kurang waras seramai itu di sekitar ibukota. Mungkinkah sesuatu perlu dilakukan?

That's all about my yummilicious Penang trip. Memang best sebab dapat makan sedap-sedap. Suka!!!
Banyak lagi tempat makan menarik yang kami tak pi sebab untuk dua hari nie pun kami dah baaaanyak sangat makan. Kami takdak beli apa-apa walopun buah pala sebiji...hahaa...memang niat datang nak makan. Jenuh lar balik nanti nak workout kat gym...Ahaks!