It was a beautiful weekend. I had a fantabulous shopping day at JPO. Woohooo!
Seawal jam 8.15am kami dah sampai di Skypark Airport. Tak perlu kalut-kalut nak check in or drop baggage sebab kami dah buat web checked-in and I didn't carry any baggage. Kami terus ke boarding hall dan menunggu pesawat kami yang akan berlepas pada jam 9am.
Cuaca sepanjang 60 minit perjalanan dari Subang ke Johor Bahru sangat indah. Ketika menghampiri ruang udara negeri Johor, hampir semua sudut pandangan dipenuhi awan putih yang berkepul-kepul cantik di ruang langit hingga terlindung pandangan bumi di bawah sana. SubhanaAllah.
Sekali lagi kami mengalami pengalaman menarik di dalam pesawat. My seat as usual was a window seat. The passenger sitting next to me was a bangla guy. Owhhhh my......
He looks clean, decent and nasib baik takdak bau keti...hahaa. Adalah kelemahan kami sebab terlalu mudah kesian kat orang. So, my first impression was he is a nice guy. Aiceh!
But he has a little problem - every minutes tak bleh duduk diam. Asik nak bergerak jar. Rimass plak ahkak. Lepas tu suka dok hela nafas kuat-kuat and menguap brapa ratus kali. Uwek! Kalo dia tahap batuk melampau memang kami minta tukar seat.
Matahari yang baru bangun pagi mula memancarkan sinarannya. Terang panas bercahaya menyusuk ke tingkap pesawat. Kami turunkan window shade separuh.
Tiba-tiba....tangan bangla tu zuppp! lalu depa idung kami dan hangkat the window shade. Cisss bedebah! Biadap ko bangla! Apa lagi, kami pun terus bagi pandangan maut kat dia for 2 minutes macam tu. Nak sound sah-sah dia tak faham. Cakap melayu out, cakap omputih pun out. Lepas tu ahkak tarik window shade turun sampai abes. Padan muka! hahaaa
Tepat jan 10am, kami tiba di Senai International Airport. Kami berjalan pantas memasuki balai ketibaan dengan harapan sempat untuk menaikki bas percuma yang disediakan oleh Causeway Link dari Senai airport ke JPO pada jam 10am.
Arghhh....I was too late by 7 minutes! Tak sempat kami nak naik bas percuma tu. Kalo lah kapten flight tadi tekan minyak laju sket, mesti kami sampai sebelum pukul 10am kan....Ahaks!
Next bus scheduled at 1pm. Aiyoo! Takkan nak tunggu melepek kat airport kan. Masa itu emas okay...hahaaa
Kami pun naik airport taxi ke JPO dengan bayaran RM33/sehala. Mahaii sehh...Jaraknya cuma sepelaung 10 minit perjalanan. Tapi nak buat macam mana...kapten takmo tekan minyak lebih sket.
So, next time kalo cikjah nak pi JPO, make sure flight touch down before 10am. Kami dah penah naik bas tu dari Senai airport to JPO last year, memang sangat mudah dan murah! Masa tu masih dikenakan tambang. RM1.60 ja. Tapi sekarang dah PERCUMA dan pastikan cikjah dapatkan tiket di kaunter bas Causeway Link sebelum menaikki bas.
Kami tiba di JPO pada jam 10.40am. Keadaan masih sunyi dan tenang. The time was perfect. Memang hajat kami to fly from KL to JB in the morning, pegi JPO untuk sopping dan pulang semula ke KL pada sebelah petang. Mental dan fizikal sudah siap siaga. Get set, ready, GO!
Orang ramai termasuk pelancong dan orang tempatan mula membanjiri JPO sekitar jam 12noon. Keadaan semakin meriah menjelang pukul 3pm. Sedar tak sedar sudah 5 jam kami keluar masuk kedai dan masih blum lunch. Huh! Walopun cuma breakfast 2 keping biskut atas flight tadi, tak terasa lapar pulak walopun dah pukul 3pm. Kenyang sopping! hahaaa
Tapi kami berpendapat, break sekejaplah untuk makan tambah energy supaya lebih bertenaga untuk sopping lagi! heheee
One of my things to buy di JPO ialah seluar jeans. Sesuatu yang luar biasa bagi kami sebab kami tak minat sopping seluar. Malas nak try dan kami perlukan mood untuk sopping seluar sebab it is really time consuming dan leceh. Tapi di JPO nie kami sangat bersemangat. Kluar masuk kedai try jeans. GAP, Armani, Padini, Calvin Klein, Levi's. Senak juga lah dok buka pakai dalam fitting rooms tu. Dah jumpa awesome jeans kat GAP and Armani....jatuh cinta pandang pertama. Memang it fits all my requirements. Skinny cutting yang sexy, warna biru yang sexy, perfect cropped length yang sexy tak perlu alter, tapi tak muat! huwwwaaaa!!!!!!!!! Menangis golek-golek atas lantai!
Almost all shops jual jeans size 24 to 25. Kalo ada saiz 26 mostly low rise cut. Saiz 27 ibarat 1 dalam 20 gitu...hahaa
It was unbelievable that I fit in jeans size 26! Owh my!! Last time I checked it was 28! However I don't really like jeans with low rise cut. Rasa kurang selesa sebab montot asik nak terkluar jar...hahaa Memang teriak. Tidur mandi makan terbayang Armani jeans..........................and the price is to die for. 60-70% discount.
Untuk makluman cikjah, kat shopping outlet memang takdak full range of products. Selalunya sama ada saiz paling kecil atau paling besar. Maklumlah, depa jual pun dengan harga murah diskon berpuluh-puluh percent kan.
Namun begitu, kami tetap tak putus asa. Lepas lunch kami sambung shopping for another 1 hour and I found a pair of good jeans at Levi's. The last and only size 26 with high rise cut. Pheww! Lucky me.
Namun begitu, Armani jeans tetap di hati....Ahaks!
Pengalaman shopping di JPO kali ini lebih meriah berbanding tahun lalu. Barangan jualannya lebih semenggah dan menarik. The Bath & Body Works is opening their outlet there soon.
Alhamdulillah happy!, hajat nak beli Lancome skincare tercapai sebab ada stok. MAC takdak stok dan Channel perfume memang takdak. Kalo cikjah peminat beg tangan, memang juling mata. Puas kami mengawal nafsu dari terjebak membeli beg tangan. It was a mental torturing!
Untuk pulang ke Senai Airport dari JPO, cikjah boleh ambil bas percuma pada pukul 3.30pm Namun, kami blum habis shopping...hahahaa. Next bus is at 6.35pm, terlalu lewat dan memang tak sempat nak catch my return flight.
Kami kembali ke Senai airport dengan teksi pada jam 4.30pm. Harga teksi adalah mengikut penggunaan meter dan ditambah airport surcharge sebanyak RM12. Ting tong ting tong harganya sama jugak RM33....they are so smart. RM66 untuk dua hala teksi dari Senai airport ke JPO tu memang agak melampau mahai.
Pukul 5pm kami sudah sedia menanti di dalam boarding hall untuk flight pukul 6.10pm ke Kuala Lumpur. 6 jam shopping di JPO sungguh tak terasa. Begitu pantas masa berlalu. Sepatutnya kami pulang dengan flight pukul 7.50pm tapi biasa lah airlines nie...suka-suka re-time their flight lepas kita beli tiket. Pulun kami planned dan bajet time yang sangat perfect waktu beli tiket tetiba depa re-timed. It is between 6.10pm and 9.30pm flight. Lewat sangat 9.30pm tu.
Perkara utama jika nak shopping di JPO macam kami ialah jangan lupa bawa shopping bag. Memang kami bawa shopping bag untuk isi barang belian, tapi terjumpa fabric bag di Cotton On yang sangat murah. RM6 for that purle pink flower bag. Dirt cheap! Sumer barang belian masuk beg dan siap sedia untuk on-board flight.
Pegi shopping naik flight balik hari....wahhh! Ini bukan kerja gila tapi kerja gigih! hahaaa
It was a brilliant plan. A day shopping trip to JPO from KL. Sangat puas hati. Be back soon JPO! Errrr....inshaAllah sebab Mitsui Outlet Park KLIA is opening by end of this May 2015.
Happy shopping girls!