Alhamdulillah, last weekend kami berkesempatan balik kampung lagi. Sengaja kami tak balik waktu cuti CNY walopun kami cuti sampai 10 hari. Tiket flight since end of last year lagi dah sold out, maklumlah chinese dah booked dulu sebab nak balik raya kan. Memandu? Erkkk!...Tak lalu dah nak sempit semput atas highway 10 - 12 jam. Lagipun, kami baru jar balik kampung 4 weeks ago. Biaq pi lah kak yam, kak nah, kak ton pakat dok balik, kami nak rehat-rehat di ibu kota saja. Hujung-hujung minggu, bukan cuti umum atau cuti sekolah baru lar siok balik kampung. Tak ramai orang. Tenang saja. Paling penting tak perlu berebut. Cemuih dah dok berebut setiap pagi atas jalan raya nak pi kerja. Uh!


Kami naik Malindo sebab Fireflyz takdak time yang sesuai. Dah dua kali naik Malindo dan dalam 4 trips pegi balik tu kami experienced stewardess Malindo sembang kuat! hahaaa....sembang macam kat rumah tu. Ahaks! Kami suka seat row belakang. So dekat lar dengan seat stewardess. Belakang pun tak lar belakang sangat, at least 4 rows from behind. Lambat naik tapi cepat turun. So, tak kecoh sangat. ATR aircraft ada pintu satu jar kat blakang.


Masa kami balik last month, tengah musim menuai, this trip sumer padi dah selesai dituai. Bendang sumer kering kontang! Cuaca sangat panas terik. Hangat lit-lit!


Kalo cikjah nak taw, hat warna hitam tu ialah jerami padi yang telah dibakar. Pesawah bakar jerami untuk bersihkan bendang for next season plak. Bulan 5 nanti baru start tanam semula untuk season baru. So, sekarang nie, sapa yang rumah tepi bendang, penuh lar salji hitam berterbangan masuk dalam rumah dan lantai car porch. Kalo keluar rumah tak pakai kasut, abes hitam tapak kaki. Pastu lari-lari masuk rumah pijak karpet mahai. Hiappp!! pantang taw. Jangan buat lagu tu noohh...hahaa


Naik flight KL - Alor Setar cuma 1 jam. Tetiba sebaik turun flight, kekanda ajak jadi driver pi Berlin...eh! Baling. Fuh! jauh cikjah...pegi balik 5 jam perjalanan. 5 jam tu bersamaan dengan naik keta dari KL - Alor Setar taw.
Tapi nasib baik perjalanan ke Baling tu best. Kampung-kampung kat sana pun best. Kebanyakkan kampung mesti ada sungai. Rugi datang sini tak bawa bikini. Ahaks!


Perjalanan kami agak jauh kerna kami kona [singgah/lalu] kot Kulim. Singgah rumah baru niece. My kekanda as usual memang superb. Kami touched down Alor Setaq pukul 10.30am, kekanda dah siap masak gulai kepala ikan. Yeyy!! dah lama tak makan gulai. Berkelah lah kami di rumah niece. Sebaik sampai kami terus sinsing lengang goreng sayur, rebus relur masin dan potong ulam. Bayangkan cikjah, turun flight then drive 1 hour pastu terus masuk dapur memasak. Orang Kedah memang rajin. Ahaks! [orang negeri lain pun rajin jugak tapi sila puji kat blog masaing-masing okay...hahaa] Menu simple tapi menarik tertarik abes! Lazat!!

Owh! Untuk makluman cikjah, kalo balik kampung memang wajib lar makan nasi 3 kali sehari. Pagi nasi lemak, tengahari mesti lar nasi lauk gulai dan malam makan nasi lagi. Menangis lar bila balik ibu kota nanti. Gaining 1 - 2kg is super easy, Losing 1 - 2kg....OMG! it is a super strict workout routines and meal intake plan. Tidoq kat gym lar..........


Ini ialah pokok bunga Akar Dani atau Ranggon Creeper at mum's house. Memercik-mercik bunganya sekarang ini. Bila waktu malam, baunya sangat wangi. Kalo awal pagi buka pintu dan tingkap rumah, baunya masuk hingga ke dalam rumah. Harum!


Di waktu malam,jelas kelihatan kuntuman bunga bewarna putih.


 Bila dah tengahari ke petang, sumer bunga berwarna merah.


Dah lar segak, wangi plak tu.



Aiceh! Pelakon hindustand mana plak nie? Mandi bunga kar? hahaa
This is a stray cat yang lama-lama jadi resident cat at mum's house.





Ikan kembong / termenung kat pasar sekarang murah-murah. Kekanda beli banyak dan buat ikan kering. Cuaca panas terik memang sesuai untuk jemur ikan kering. Sedap woo bila makan dengan nasi. Erkk! nasi lagi...hehee


Seperti biasa, kalo balik kampung kami akan pastikan groceries stock at mum's house berada pada paras selamat. Bukan apa, tak mo bonda susah-susah dok pi kedai plak nanti. Tak banyak nak beli sebab stock bulan lepas masih ada. Stock up bahan asas yang panjang jangka hayat saja.


Berada di kampung, kami mesti tak lepaskan peluang ke pasar minggu. Tujuan kami ialah shopping ulaman kampung. Macam-macam jenis ulam ada. Murah-murah plak tu. Sedang shopping tetiba....eh! Dato Seri lar turun melawat rakyat. Wahhh! Excited cikjah! Dapat jugak kami snap picture sekeping dua dengan Dato Seri. Happy! Tapi segan nak tunjuk cikjah sebab dua-dua sepadan. Ahaks!


Alhamdulillah. Rumah ayahnda pun kami sempat kemaskan. Dah ensem dah! Al-Fatihah.


Ha tudia! Sumer ini kerana kekanda. Sampai dua kotak. Just nice 15kg for all checked-in luggage. Macam-macam kekanda bekalkan untuk adinda-adinda di ibu kota. Sumernya makanan. Sampai ada yang terpaksa kami tolak sebab tak celuih kotak dah...hahaa
My kekanda memang best.


Alhamdulillah, satu lagi trip balik kampung 4D3N sudah selesai. InshaAllah, nanti balik lagi...yahoooo!