I am not a foodie, tapi suka jika sesuatu itu unik, sedap dan cantik. I think, this restaurant concept is unique and rustic. Boat Noodle saves a lot on the interior decoration. Hahaaa
Sumer kayu perabot beli kat kedai kayu terpakai kot.

Hidangan di sini ialah Thai. Mengikut asal usulnya dari Thailand, mee ini biasanya dijual diatas bot. Di atas bot kecil tu tersedia kerusi meja untuk pelanggan duduk dan makan. Ada juga yang jual di pinggiran sungai di sekitar floating markets. 


At Jaya One, there are two types of noodle soup, one is Pathumthani and another one is Ayutthaya dengan pilihan daging atau ayam. 

Pathumthani ialah clear soup [without santan] with sour and sweet taste manakala Ayutthaya sedikit creamy with santan and with sour and spicy taste.
Sukar dibezakan rasa di antara dua sup ini tapi kami lebih sukakan Ayutthaya kerana pedas.


Semangkuk noodle soup hanya RM1.90. Dua kali suap habis...hehee
Sebab harganya yang murah setanding kuantiti hidangan, maka sebab tu lar sumer orang pakat makan sampai mangkuk bertingket-tingkett.


Ini pula ialah kuih Kanum Tuay atau coconut milk pudding. Sama macam tepung pelita. Dijual dengan harga RM1 untuk dua mangkuk kecil.

Kami order empat. Terkejut bila sampai it was actually lapan pieces. Toinkkk! Habislah kalori bertingket-tingkettt nie....hahaaa

Di dalam menu tidak dinyatakan RM1 for 2 pieces. Rupanya satu 5kupang. Nasib baik sedap maka habislah juga kan. Balik rumah pulun buat core workout. Ahaks!



 Seperti biasa lepas makan mesti kemas elok-elok okay --thanks!
Namun, dari pemerhatian kami, rata-rata tetamu pakat susun mangkuk bertingkat-tingkat macam nie sebab nak amik gambaq post kat twitter, instagram, facebook and blog konon sapa makan mee paling banyak. Kalo depa sesaja nak kemas meja lepas makan sebegini mungkin tak ramai yang buat kot kan? Ahaks!
But I do, always do and hope cikjah too #smile#