Satu lagi resepi yang mudah dan sangat sedap. Diulangi...sangat sedap.
Mungkin ada di antara cikjah yang belum pernah merasa atau melihat sayur ini. Nama bandar Chayote tapi kalo di kampung lebih mesra dengan nama Labu Siam.


Awas! Jangan tersilap geget sayur ini kerana disangka-kan buah jambu batu kerana rupa dan bentuk fizikalnya yang sangat mirip.

Tergolong dalam sayuran jenis labu membuatkan sayuran ini hampir tidak mempunyai bau dan rasa.
Namun begitu, bila dijadikan sayur sangat enak rasanya malah jika digoreng masih terasa akan kerangupannya.

Kami nak kongsi resepi mudah ala Vietnam style untuk sayur chayote ini:

Bahan:

1 biji chayote/labu siam - potong jullienn
Daging lembu
3-4 biji cili padi
Bawang merah
Bawang putih
3 tbsp sos ikan
1tsp sos plum [optional]
Serbuk kunyit
Garam
Gula
2-3 tbsp air [optional]

Cara:


  1. Perapkan hirisan daging dengan sedikit serbuk kunyit dan 1 tsbp sos ikan selama 5 minit. Kemudian goreng daging hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan daging, chayote dan cili padi. Kacau supaya mesra.
  4. Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan sos plum. Tambah air jika terlalu kering.
  5. Kacau goreng dan tutup kuali selama 3-4 minit. Angkat penutup kuali dan kacau goreng seketika.
  6. Tutup api dan siap. [anggaran masak sekitar 5-8 minit].



Hidangkan bersama nasi. Wahhh! sangat sedap. Chayote pun masih rangup dan daging pula sangat berperisa kerana penggunaan sos ikan. Bertambah selera bila dihidangkan dengan nasi beras perang kampung dari Sabah.