Sambung cikjah....hehee
Seperti yang konon dikatakan surprise sangat tu kan..... Taraaa!!!
Jom kami bawa cikjah ke Pasar Tamu Gaya Street, Kota Kinabalu. Only on Sunday sekitar 6am until 1pm.
Inilah tempat yang kami nak sangat datang. Alhamdulillah sampai jugak. Happy!
Dari Boutec Hotel at Warisan Square kami berjalan kaki ke Pasar Tamu di Jalan Gaya. Dekat jar. 10 - 15 minit berjalan kaki. Pukul 7.30am kami dah keluar. Nyaman rasanya berjalan seawal pagi begitu. Tidak banyak kenderaan. Cuaca redup dan sejuk bayu pagi.
Yeyyy! Dah sampai. Deretan khemah biru adalah petandanya. Tergedix-gedix nak melangkah masuk ke pasar tamu. Tak sabar nak menjamu mata.
Inilah bahagian yang sangat-sangat kami tringin nak datang lihat, belajar dan merasai pengalaman baru. Bahagian sayur-sayuran. Heaven!
Barangkali cikjah pasti berkata, alah....sayuran dan buahan saja pun. Nothing special and interesting.
Well, tidak pada kami. I had so much fun here. Banyak sangat ilmu kami blajar di sini. Banyak sayuran dan buahan yang pertama kali kami lihat, pegang dan rasa. Menakjubkan.
Terdapat juga sayuran atau herba kampung yang dipandang sepi di Semenanjung, namun sangat dihargai dan dipandang tinggi oleh masyarakat Sabah. Malah dijadikan makanan dan sumber ubatan. Memang kami teruja. Mulut kami tak henti-henti bertanyakan soalan. Para penjual di Tamu pun ramah dan mesra. Sanggup melayan pertanyaan kami. Kalo Tamu Gaya Street nie sedekat kebun sayur di Cameron Highland, for sure kami dah borong berbungkus-bungkus plastik sayur dan buahan bawa pulang. Tapi apakan daya, 2 jam setengah perjalanan naik kapal terbang jauhnya.
Dalam keterujaaan dan kegembiraan kami berada di Tamu Gaya Street, terselit sedikit kisah duka. Tidaklah apa-apa pun tapi haruslah kami kongsi di sini sebagai panduan dan renungan kita bersama. Sedih juga kami sebab datangnya pelancong ke Tamu Gaya Street khususnya dan Sabah amnya bererti memberi rezeki dan membantu perkembangan ekonomi penduduk setempat dan pembangunan negeri. Apatah lagi, jika pelancong atau tetamu itu adalah rakyat negara sendiri.
Kisahnya, ada seorang ahso meroyan yang menjual anak pokok tanaman yang menopause di Tamu Gaya Street. Awas! cikjah, takut cikjah pula diserang hangin kus-kuss menopause dia tu. Ahaks!
Ketika kami berhenti di tapak jualan dia, kami terus amik gambar pokok-pokok jualannya. Tiada yang istimewa pun cuma sekadar sebagai koleksi untuk tulisan di blog nanti yang mana dapat mempromosi Tamu Gaya Street dan barangkali jualannya jika ada yang berminat. Sudah banyak gerai jualan yang lain kami amik gambar, bertanyakan soalan dan berkongsi maklumat. Sumernya baik-baik dan ramah mesra belaka. Ada seorang pakcik tu, disuruh kami amik gambarnya pula. Comel!
Pakcik yang sporting bersama buah tarap jualanya |
Tapi kat tapak jualan ahso pompuan nie lain pula jadinya....
Ahso: Kalo di Jepun, tidak boleh amik gambar tu... marah orang Jepun kalo diambil gambar begitu [dengan riak muka yang sombong dan memandang ke arah lain].
Me: Uh, mengapa kita nak jadi seperti orang Jepun? Kitakan orang Malaysia yang berada di Malaysia? Orang Malaysia kan baik-baik dan ramah-ramah. Tak sombong [sambil senyum sinis memandang tepat pada ahso menopause tu].
Ahso: Kalo di Jepun, disuruh delete gambarnya tu [dengan muka tak puas hati dan mulut mencebik macam tapir]
Me: No worries, saya dah delete gambarnya, tiada yang menarik pun. Well, selamat pagi untuk kamu, smoga murah rezeki jualan hari ini [sambil berjalan pergi].
Tersentap wajah ahso menopause tu. Barangkali termalu pada diri sendiri kot. Paling kami kesian ialah anak lelakinya yang berusia sekitar 9-10 tahun ada bersama dia di situ. Kesian budak tu punya emak seperti dia yang kurang budi bahasa dan sombong.
Kami faham, kalo jualanya hasil kraf tangan, robot, mainan, mesin atau apa skali pun yang hak cipta terpelihara dan hasil kreatif seseorang, memang lar tak boleh amik gambar macam tu saja. Paling koman pun kena minta permission. Bukan saja orang Jepun marah, orang asli Utopia skali pun marah....hahaaa
Tapi ahso tu jual pokok betik, pokok cabai, pokok terung, pokok bunga raya jar pun. Terang-terangan bukan hak ciptaan dia. Ciptaan Allah yang maha Esa!
Sungguhpun apa jua situasinya, cakaplah elok-elok. Tak perlu sombong dan buat muka vavi. Peranannya ialah sebagai seorang PENJUAL bukan tukang urut rumah tumpangan. Seorang penjual mestilah ada PR, mesra dan muka tidak ketat! Dah lar berniaga tak letak tanda harga. Repot nanti baru tau! Sebab tu lah selalu kami tekankan di blog kami. Budi bahasa dan budi bahasa dan budi bahasa. Muka segak, putih melepak tapi kalo takdak budibahasa....takdak maknanya. Sorry bai-baii.
Dia mulut jahat dengan kami. Kami balas dengan doa untuk dia. Smoga dia insaf dan kami gerenti dia terkedu dan berfikir dua puluh tiga kali atas perbuatan keji dia kat kami tadi. Sememangnya, tiada orang yang hampir di tapak jualannya. Barangkali orang-orang di situ dah maklum perangai sombong menopause dia.
Okay, macam tu lar kisahnya. Let's digest and forget her. Tak penting pun. Cuma kami rasa sayang skali sebab dia buat macam tu kepada pelancong dan tetamu negeri sendiri. Memberikan impak dan pandangan negatif kepada orang Sabah. Sememangnya dia perlu dihalau ke Jepun....hahaaaa
Baru dia taw dok dalam rumah kecik dan barangan mahai di sana. Nak tanam pokok pun takdak tanah taw!
Kelabu mata bila melihat pelbagai jenis buahan dan sayuran. Hasil jualan sangat dihargai. Hatta pisang skalipun, disusun cantik-cantik di tapak jualan. Orang Sabah memang suka makan pisang. Pisang dengan mudah terdapat dan dijual di mana-mana.
Kuantiti produk jualan tak banyak tapi pelbagai.
Inilah buah Bambangan. Di Semenanjung tak ada buah nie.
Isi buah bambangan selalunya dijadikan jeruk sebegini. Katanya enak dimakan bersama nasi sebagai pembuka selera. Mungkin konsepnya sama seperti jeruk maman kan?
Kemenyan asli pun ada dijual.
Lihatlah, produk jualan. Tak seberapa pun dan barangkali hanya hasil tuaian sekitar rumah tapi masih punya semangat untuk berniaga. Inilah yang terbaik!
Pokok-pokok tanaman seperti buahan dan bunga sangat popular di Tamu. Bukan seorang dua yang menjualnya, lebih dari 10 penjual menjual pokok-pokok yang hampir sama. Kami rasa, orang Sabah memang suka bercucuk tanam. Kami pun suka! Lihatlah bekas botol minuman plastik yang digunakan untuk menyemai anak-anak pokok, just like what I do. Hats off to this aunty. Cintailah alam sekitar.
Ini bukan bawang taw. Ini ialah sejenis pokok herba perubatan. Nama tempatan ialah bawang dayak. Sangat murah seikat cuma RM2.
Pelbagai jenis tumbuhan herba
Ini adalah tapai beras putih yang dibalut dengan daun keladi.
Selain itu, terdapat juga kuih muih tradisional Sabah. Amazing! Nearly 90% kami tak penah lihat dan makan kuih-muih Sabah yang sedap-sedap ini. Giless teruja! Murah-murah pula harganya.
Ini namanya kuih Bintanok Dalai atau Kuih Jagung. Diperbuat dari jagung muda. Dikukus dalam bungkusan kulit jagung. Sedap dan rasa pekat melekat seperti puding jagung. Sangat mengenyangkan.
Ini pula namanya kuih Celurut/Jelurut. Diperbuat dari tepung beras, santan dan dikukus. Kelongsongnya ialah daun nipah. Wangi dan sangat sedap!
Rugi beli sket...hahaaa
Enaknya menikmati kuih Celurut di kaki gunung Kinabalu. Wheww!
Ini pula kuih pulut udang/panggang. Pulut berinti sambal kelapa dipanggang di dalam daun nipah. Best!
Geramnya tengok buahan di sini. Segar dan cantik.
Inilah Tuhau atau umbut Tepus. Cara nak makan ialah buangkan semua lapisan kulit luar yang keras dan ambil umbut lembut di bahagian dalam batang sahaja.
Tuhau atau umbut tepus yang sudah dibersihkan.
Labu dan durian belanda di Tamu Gaya memang besaq-besaq.
Bunga betik, kulat sisir dan cili padi.
First time tengok terung putih. Berseri-seri cantik.
Sudah berpuluh tahun kami tak melihat daun gelenggang [the one with yellow flowers]. Makcik penjual pun terkejut bila kami bagitaw nama daun tu, katanya dia pun tak taw apa namanya. Daun gelenggang bagus untuk mengubati gatal-gatal di badan, kayap dan sebagainya.
Ini adalah campuran sayur kucai bawang atau lokio dan bunga kantan.
Sangat minima produk jualannya tapi menarik. Sebiji labu yang sudah dipotong, aloe vera, cili, sabut petola kering dan benih bunga balung ayam. Interesting!
Pakis Sabah. Owh! sedapnya ditumis belacan. Gulp!
Bunga geti. Masak lemak sedap nie...
Rugi skali kami tak beli kulit kayu manis ini. Frust!!!
Maklumlah excited melihat pelbagai barang sampai terlupa nak beli. Kalo tak, mesti bertambah sedap dan wangi masakan kami dengan kayu manis cantik ini.
Lemon-nya lonjong dan besar.
Fresh honeycomb
Dah puas menjamu mata, sekarang kami nak menjamu perut pula. Kalo dah di Gaya Street, mesti lah sarapan di Fook Yuen Cafe. Yummm!!! Cuma 8 minit berjalan kaki dari persekitaran Tamu Gaya. Berhampiran Anjung Senja food court kini dah siap satu shopping mall baru. Di situ pun terdapat Fook Yuen cafe.
Tempatnya selalu penuh. So, sabarlah menanti meja kosong yer...Alhamdulillah kami bernasib baik. Dapat meja best bawah pokok di kaki lima luar restaurant.
Janganlah cikjah tertejut. Ini adalah hidangan sarapan pagi kami....hahaaa
Penuh meja! Sumer nak makan. Memang favourite kami sebab makanan di sini adalah berkonsepkan [halal] chinese food. Nama restaurant pun dah taw kan. Suka! Suka! Suka! Total sarapan kami cuma RM20. Kenyang sampai petang...hehee
Bihun, mee, kueteow di Sabah nie memang warnanya gelap-gelap kicap blaka. Maklumlah pengaruh masakan Cina. Nampak macam plain biasa-biasa saja tapi flavourful.
Konsep servis di Fook Yuen Cafe ini ialah layan diri. So, cikjah kena amik tray dan pilih-pilih makanan at the display counter. Sebab tu rambang mata. Sumer best dan sedap. Sesuai dengan citarasa kami selaku penggemar chinese food. Kadang-kadang dok kat rumah atau opis tetiba craving for mee cina...haaaaa sudah! Mana nak pi cari mee cina halal kat KL nie. Ada memang ada, tapi limited choice dan tak sumer sedap. Ahaks!
Toast tangkap lelehhh.
Like! Like! Like!
Nasi lemak pun sedap.
Lepas sarapan, kami sambung exploring Tamu Gaya lagi. Besar rupanya Tamu ini. Ada macam-macam.
Rabbit
Pelbagai benih dan anak pokok.
Alorrrr...lorrr....tomei!
RM2500 bukan RM250. Ahaks!
Hamsters
Puppies
Pigeons
Ayam - itik pun ada.
Ikan
Kopi dikisar dan dibungkus digerai jualan.
Salah satu gerai yang menjual anak pokok buahan. Pokok-pokok dilabel dengan kemas dan menarik.
Lebih kurang pukul 10pagi, kami berjalan kaki kembali ke hotel. Siap sedia untuk check out dan meneruskan perjalanan ke Kundasang! Yeyyyy!!!
Kita sambung nanti yer cikjah....daaaaa