Ini adalah tempat makan yang sangat best. Terletak di Petaling Jaya berhampiran PPUM, restaurant pemilik penyanyi tanah air ini sememangnya sudah lama terkenal dan ini adalah cawangan pertama sebelum cawangan kedua di Setapak.


Hiasan dalaman yang menenangkan seolah seperti berada di rumah.




Konsep hidangan di sini adalah ala carte dan terdapat pelbagai jenis menu yang lazat! Serious banyak pilihan. Kami sendiri pun bingung nak makan apa. Terdapat food counter yang mempamerkan bebeapa jenis lauk pauk utama yang tertulis di dalam menu.

Antara menu yang sangat lazat ialah udang lemak nenas. Sangat-sangat sedap. Cukup sempurna adunan rempah ratus dan lemak pedasnya. Memang perfect! Udang lemak nenas tempoyak juga ada dan kami pasti rasanya juga enak, but too bad kami tak makna tempoyak.

Menu yang tidak kurang hebatnya ialah sotong masak hitam. Ia antara menu popular di sini. Terus terang kami katakan sepanjang hidup kami, hanya beberapa kali kami makan sotong masak hitam dan tidak pernah masak menu ini. Barangkali, kami tidak suka  kerana sotong dimasak dengan dakwatnya. Terasa pelik. Tapi apalah sangat dakwat sotong jika dibandingkan sesetengah komuniti yang sudah biasa makan menu perut ikan...Errkkk!

Rupa-rupanya sedap lah sotong masak hitam nie! Mengancam.

Untuk melengkapkan hidangan kami mestilah ada sayuran. Kami memilih terung goreng ditabur sambal belacan dan ikan bilis....arrghhh sedap.


Usai makan tengahari, kami berborak seketika dan kemudian order minuman petang pula. Amboi! nampak tak betapa hebat kalorinya itu? hahahaaa
Well, banyak makan banyak exercise is okay. Yang tak okay banyak makan tapi takmo exercise...eeeuuww takut! Ahaks!

Kami order ubi rebus cecah sambal ikan bilis. Sambalnya sedap cuma bekas hidangan kurang sesuai. Comot sampai meleleh sambal di pinggan yang sangat kecik potet itu.


Juga order cucur udang [tapi udang takdak sebab jauh di dalam laut]...heheee
Rasanya okay macam cucuq tok goreng kat rumah. Favourite kami ialah kopi panas. Lebih sedap kopi panas ini kalo dihidang di dalam cawan yang beralas piringnya. Lebih sesuai dan terasa homey gitu.

Mee rebus
Ini pula mee rebus. Porsi-nya memang banyak sampai nak melimpah. Mana tumpah kuahnya kalo tak atas baju yer dak? hahaa...

Bihun Siam berkuah
Favourite kami ialah bihun goreng. Namun, teringin pula nak mencuba bihun goreng Siam berkuah. Sedap sebab kami hantu bihun goreng!


Hiasan di luar restaurant juga dititik-beratkan. Setiap sudut pandangan mata pasti terlihat rimbun hijau. Sangat menenangkan. Kami suka! Melangkah masuk dan keluar dari restaurant, hidung pasti tergoda dengan wangian bunga jeliti yang tumbuh merimbun di pintu masuk restoren.


Di bahagian tepi luar restoren juga dihiasi dengan tumbuhan dan sangat bersih. Tersedia surau di sini untuk kemudahan tetamu.


 InshaAllah, kami pasti kembali lagi untuk mencuba pelbagai menu lain yang kelihatannya sangat menarik di dada menu itu.