It is officially war!
War between brader mesin rumput and me! Yes! Perang!
Ini bukanlah pertama kali brader mesin rumput tu bertukar menjadi lembu, malah sudah lebih dari tiga kali. Uh! Sakit hati. Sakit haaaaaati okey!

Sudahlah mesin rumput menipu. Dalam jadual majlis perbandaran termaktub 2 kali sebulan. Tapi depa mai dua bulan sekali! Itupun kalo depa rajin. Selalunya 4 bulan sekali! Pernah juga 6 bulan tak mai mesin rumput. Apakah???


Pastu bila mai mesin rumput, ang mesin pokok bunga kami plak. Ini sudah lebih! Pokok bunga kami dijaga dengan elok. Kemas, bersih dan rapi. Every week kot kami pantau keadaan garden kami supaya tidak sakit mata memandang and everyday siram! Biasalah kalo pokok berjuntaian sini sana. Resam pokok. Kecuali pokok nyiok naik straight mencucuk langit. Setakat terjulur keluar masuk jalan perumahan dua tiga inci tu takdak maknanya aih! Itu lar baru nama styling. Nature pokok. Terjulur pun bukan merayap atas jalan. Berjuntaian saja. Cer tengok pokok bunga di atas tu, punyalah ngokngekk, depa pi putaq dengan mesin rumput. Apa salah pokok tu?


Last month depa mai, abes satu lingkaran pokok yang sama kami tanam keliling pokok besar tepi jalan depa mesin [Refer above picture]. Zero! Pokok yang kami tatang gone dalam sekelip mata. Kami tanam, baja dan hangkut ayaq everyday pi siram kena mesin macam tu saja. Awat  dengki sangat tak taw. Gambar di atas, kami baru tanam semula dua minggu lepas.

Tepi-tepi jalan dan  bukit yg penuh dengan paku pakis hutan setebai 20 inci tu depa takmo plak pi mesin. We all residents situ yang pakat-pakat tebas guna inisiatif sendiri. Mana tak nya, kalo dah tebai sangat takut ada binatang berbisa atau orang jahat bleh sembunyi kat situ. Kan merbahaya. Pokok bunga orang gatai tangan nak mesin!


This is the living proof! 3 meter jar dari garden kami, semak samun belukar, lalang tinggi sampai pinggang tapi awat hat nie depa tak mesin? Pokok bunga orang tanam dan jaga sibok nak mesin!!

Kalo Majlis nak bermajlis sangat pi lar buang banner-banner haram yang bergantungan sepanjang jalan raya tu. Dah lar menyemak, menyakitkan mata memandang pulak tu. Iklan haram ahlong lar, ubat kuat lar ntah hapa-hapa. Kena hujan, dipukul dek angin ribut, bertaburan banner jatuh atas tanah. Dah jadi sampah sarap!


Daun heliconia nie pun depa pi putaq? Awat?? Cucuk idung lembu ka?


Seperdu pokok fern depa tebas. Uh! Memang kecik besaq saja nie. Kalo malas gardening, jangan lar sakit hati kat garden orang lain. Kerja ko mesin rumput, mesin rumput sajalah. Jangan lar mesin pokok bunga orang. Garden kami bertemakan tropika. Of course lar ada fern. Fern tu memberikan effect tropika di celahan batu. Kalo kami takmo dah lama kami cabut fern tu. Jerk!


Adat daun memang terjulur dari perdu pokok, pun kena mesin! Mesin rumput tak seberapa, tak kemas dan rata sibuk nak mesin pokok bunga orang. Yang peliknya kami dah survey garden jiran lain, pokok bunga depa okay plak tak kena mesin walopun lebih terjuluq dari kami, awat pokok bunga kami saja? Siapa yang iri hati sangat nie? You tell me! Busuk hati!

Pokok bunga ta** ayam di atas pun dah brapa kali kena mesin walopun bunga tengah mekar berkembang. Depa tak pedulik!


Yang nie pun kena mesin jugak.


Cikjah judge sendiri lah apa yang menyakitkan mata sangat sampai tiada hati perut nak mesin pokok bunga kami. Memang itu tanah Majlis, tapi kami bukan tanam pokok ketum atau ganja. Malah jauh skali rumpai lalang. Kami tanam pokok bunga untuk mengindahkan kawasan sekitar. Menceriakan kawasan sekitar. Menambah oksiden dan menyedapkan mata memandang.

InshaAllah, laman rumah kami dan kawasan sekitar memang sentiasa bersih. Kami tak bleh tengok daun kering berselerakkan di atas tanah. Balik kerja walopun pukul 6.30pm terus pegang penyapu sapu. Sedangkan ada jadual dari Majlis untuk tukang sapu datang sapu daun empat kali sebulan, tapi dah 3 bulan tak mai pung! Sudahlah sekarang musim hujan. Daun kering bersepah atas jalan. Menggalakkan pembiakkan nyamuk selain mengotorkan kawasan rumah. Kata perangi denggi...uh!


Inilah hakikatnya. Jalan perumahan tak bersapu berbulan-bulan! Ini kawasan berhadapan rumah jiran kami, kebetulan, my jiran memang tak penah pegang penyapu [tak pasti dia kenal penyapu ke tak], memang tak bersapu. Depan rumah kami dan jiran aunty sebelah sentiasa sapu sebab we all SAPU SENDIRI! Sakit mata kot dok tengok daun berlonggok macam ni walopun sekadar di seberang jalan rumah.


Takkanlah kita nak harap Majlis mai sapu semata kan. Kalo Majlis tak mai 12 bulan, takkan 12 bulan laman rumah dan kawasan sekitar tak bersapu? Errrk!
Sehari pun kami tak tahan tengok...uh!


Kalo lembu juga kami tak taw lah. Kami plak kena labur duit dan lebih tenaga untuk menyekolahkan lembu. My signages nie akan kami paku kat sumer pokok terlibat. Harap lembu mampu membaca.

Jangan Mesin!





Memang resam manusia suka buat apa yang dilarang atau apa yang dijangan-kan. Mana yang dilarang, itulah yang tergedik-gedikk skali nak buat juga. Hanya mereka yang mempunyai disiplin yang tinggi dan integriti diri yang faham maksud 'JANGAN'.