Sekarang tukang kebun tengah semai biji benih cabai melaka. Cabai melaka merah beli kat kedai, tukang kebun biarkan kering pada suhu bilik. Sebiji dah cukup. Kemudian, tukang kebun rendam biji benih dalam air masak semalaman. Esoknya, tukang kebun tabur dalam pot dan tabur nipis tanah diatasnya. Siram dan tunggu anak benih keluar. 

Tukang kebun ada baca, rendam biji benih sebelum tanam untuk menggalakkan pertumbuhannya. Rendam dalam air hujan sebaiknya atau air masak. Air paip kurang sesuai kerana kandungan klorin di dalamnya.


Selepas seminggu, cik cabai pun keluar ramai-ramai. Horeyy! Welcome cik cabai!


Apabila anak benih sudah mempunyai sekurang-kurangnya 4 helai daun, bolehlah dipindahkan ke pasu atau tanah.


Lepas nie jenuh tukang kebun makan cabai melaka. Sekarang tukang kebun ada berpuluh anak pokok cabai. Ahaks!