Kami suka suka suka suka suka makan sayur! Weeeeeeee
Alhamdulillah kami happy sangat sebab dari kecik kami dididik dan dimanjakan oleh ayah dan mak dengan sayuran. Tambah pulak dok di kampung...keliling rumah mak rajin cucuk tanam. Ulaman segar petik blakang rumah saja... best sangat. Mungkin di atas faktor itulah, kami suka makan sayur. Tak lengkap rasanya kalo makan nasi tanpa sayur mahupun ulaman segar.
Cuma kami kesian kepada anak-anak kita zaman sekarang. Kurang minat makan sayur. Tak tahulah di mana silapnya. Cuma kami percaya jika kita menyemai minat serta memberi galakan kepada anak-anak supaya suka makan sayur dari kecil, insyaAllah...anak-anak akan gemar makan sayur. Jika ibu atau bapa tak makan sayur, janganlah dijadikan alasan untuk kita tidak menggalakkan anak-anak makan sayur. Cukuplah satu generasi tak makan sayur, ajarlah generasi baru cikjah makan sayur.

Mungkin susah untuk memupuk minat anak-anak, tapi cuba lah pelbagai pendekatan dan teknik. Teknik paling mudah dan dekat di jiwa anak-anak ialah tunjukkan kepada anak-anak bahawa ibu bapa suka dan gemar makan sayur. Pastikan setiap hidangan makan di rumah ada satu atau lebih menu sayur.

Selain itu, ajar anak-anak mengenali tumbuhan terutamanya tumbuhan seperti sayuran atau ulaman yang boleh dimakan. Paling best ajaklah anak-anak berkebun bersama di rumah. Pasti seronok. 
Cikjah juga boleh luangkan masa bersama anak-anak menonton tv, membaca buku atau membuat kajian ringkas di internet mengenai kepelbagaian tumbuhan serta sayuran. Berikan mereka lebih ilmu mengenai sayuran yang boleh dimakan. Kembangkan minda mereka dengan khasiat serta kebaikkan sesuatu jenis sayuran. Latih mereka secara teori dan uji mereka secara praktikal. Sayuran kaya dengan kebaikkan dan hebat dengan pelbagai rasa. Cubalah.
Wahh! Panjang pula intro kami pasal sayur. Sebenarnya nak citer resepi sayur goreng Akar Teratai dan Broccoli saja...hahaaa

Kami juga suka mencuba pelbagai jenis sayuran terutamanya sayuran yang bukan hidangan kebiasaan masyarakat Melayu. Kami gemar makanan Cina. Hari nie kami nak kongsi menu lazat berasaskan lotus root atau akar teratai. Lotus root mempunyai rasa seperti kacang. Lemak, tawar dan rangup. 

Cara menyediakan akar teratai ialah cikjah mesti kupas kulit luar akar teratai yang keras. Kemudian cuci bersih dan potong nipis. Untuk mengelakkan akar teratai menjadi lebam [seperti epal], rendam akar teratai di dalam air yang dicampur sedikit cuka. Tos dan sedia dimasak.
Akar teratai jugak agak sedikit keras dan mengambil masa yan lama untuk dimasak. Oleh itu, cikjah boleh rebus/celur seketika sebelum digoreng.



Bahan:

1-2 batang kecil lotus root/akar teratai
1 jambak broccoli
1 batang carrot
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit udang kering [optional]
2 biji cili padi merah
1 tbsp sos ikan
1 tbsp sos tiram
1 tsp serbuk perencah ayam
Garam
Gula

Cara:

1. Rebus/celur akar teratai di dalam air panas selama 2 - 4 minit. Tos.
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
3. Masukkan akar teratai dan carrot. Goreng seketika 3 - 5 minit.
4. Masukkan broccoli dan cili padi. Satukan sos ikan, sos tiram dan serbuk perencah. Kacau sebati kemudian masukkan ke dalam kuali.
5. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Goreng mesra selama 3 minit dan siap.