Do you like pickles? I do.

Menjeruk ataupun pickling is a method of preserving food so that it can be stored and consumed for a longer period.
Maklumlah, orang dulu-dulu blum ada peti sejuk. Untuk mengelakkan pembaziran, sesuatu makanan itu disimpan dengan pelbagai kaedah seperti mengering, menyalai, menjeruk dan ada jugak yang dibuat jem.

Dalam banyak-banyak tu, paling senang ialah menjeruk. Terdapat pelbagai cara dan resepi untuk membuat jeruk. Kami buat jeruk simple-simple saja. Buat pun dalam kuantiti yang sederhana. Cukup sekadar untuk jadi appertizer ataupun bahan perasa tambahan dalam masakan.
Jeruk memang sedap dan sesuai dijadikan sebagai pembuka selera. Ummmpphh!


Antara koleksi jeruk kami --- jeruk timun, jeruk bunga kobis dan jeruk cabai melaka.
Slurpp!!! mouth watering tengok these jars...owh my!


Bahan:

1 jambak bunga kobis - potong kecil
1 cawan gula
5 cawan air [air mineral/air masak]
1 cawan cuka epal / apple cider vinegar
3tsp garam
Air untuk didih dan celur

Cara: 

1. Masak air hingga mendidih.
2. Celur bunga kobis 30-45 saat. Tos.
3. Rendam bunga kobis di dalam air sejuk atau air yang ditambah ketulan ais selama 10-15 minit. Tos
4. Di dalam bekas satukan air, cuka, gula dan garam. Kacau sebati.
5. Susun bunga kobis di dalam balang kaca dan tuangkan bancuhan cuka. Simpan di dalam peti sejuk. Sedia dinikmati selepas 24 jam.

Ini adalah pertama kali kami buat pickle menggunakan apple cider vinegar. Rasanya amat berbeza dari cuka biasa. Apple cider memberikan sedikit rasa manis dan aroma fruity kepada jeruk dan pada kami rasanya agak kuat dan ia hampir mengambil rasa asal bahan utama yang dijeruk. Namun begitu jeruk yang dihasilkan masih sedap. Jeruk bunga kobis ini sangat rangup walopun disimpan dalam tempoh yang lama. Lagi lama lagi sedap.

Untuk kepelbagaian, cikjah boleh juga gantikan bunga kobis dengan timun, bawang merah, cili padi, broccoli, carrot dan sebagainya.


Makan nasi beriani dengan jeruk sayuran...uh! memang terangkat!