Yeyy!!!

The world's biggest book sale is here again! Cepat pegi cikjah, jangan lepaskan peluang keemasan ini. 3 million books waiting for cikjah to take them home. Paling best, cikjah boleh pegi at anytime sebab it is open 24 hours from 6th - 15th Dec 2013 at MIECC at the Mines.


I went there on 7th Dec, Saturday. After watching action-packed movie 'Home Front' latest by Jason Statham yang macho dan sangat meletop serta turun naik mall ber-sopping ujung tahun sakan [uishhh! best! banyak sale!], kami terus heading ke The Mines at 11pm. Maklumlah, nak balik rumah macam awal lagi...Ahaks! Tapi untuk rekod cikjah, kami sangat jarang berjimba di luar sana till late night okay...takut balik lambat nanti antu geget...Erkk!

Rupanya! pukul 11pm tu, berderet keta dok Q atas jalan nak masuk simpang The Mines. Memang tahap kritikal lah tapi kami tetap sabar dalam iman...hehee

Parking is easily available at Basement of MIECC. The rate is RM3/entry. Mesti tokey parking untung berkepuk-kepuk sepanjang event nie. Memang mahai lar parking rate nie sebab dah tengah malam kot tapi apa-apa pun untuk keselamatan dan keselesaan, parkinglah di tempat yang sepatutnya. Jangan sebab nak jimat RM3, lain pula yang jadi.

Sebaik saja kluar dari kereta kat Basement, semerbak bau buku menusuk idung. Bau buku memang best! Macam masuk bank bau duit...hahaaa


Sampai dalam dewan, OooOooolalaaa!!!
Lautan manusia macam pukul 11 pagi walhal tatkala itu sudah pun pukul 11pm lebih dan hampir mencecah midnight. Penuh dan ramai sangat.

Pelbagai ragam. Ada yang tarik troli, ada yang menyandang beg galas belakang, ada yang sangkut beg kat bahu, ada yang pegang kotak, ada yang guna keta sorong anak dan ada yang tarik beg troli ala stewerdess kat airport.

Untuk makluman cikjah, kotak kosong boleh didapati secara percuma di sudut pintu masuk. Adalah langkah bijak jika cikjah berkunjung ke sini membawa beg troli atau troli pegi pasar. Lebih mudah nak isi dan tarik buku ke sana sini. Dewan jualan sangat luas dan banyak seksyen yang mesti cikjah excited nak pegi!

Juga terdapat ramai parents yang bawa baby samada dukung atau dalam stroller. Baby sekecil 2-3 bulan pun mak ayah hangkut sekali. Kanak-kanak pun ramai. Segar biji mata plak tu walopun dah pukul 1, 2 pagi.


Lautan manusia sekitar jam 1.30pagi. Masih aktif dan bertenaga.


Sedar tak sedar, kami berada di sini hampir 5 jam! Dari pukul 11 malam hinggalah 4 pagi!
Uiishhh!!! Sebenarnya kami sanggup tunggu sampai subuh tapi badan kami dah penat sebab kami beraktiviti dari siang hari. Badan masih cergas cuma pikiran dan minda dah tak boleh fokus. Kalo dah tak leh fokus, sukar untuk kami memilih buku....bila dah sukar memilih, sat gi abes kami amik sumer buku sebab malas nak pikiaq...hahaaa


Selain super super super cheap, buku-buku yang dijual sumernya berkualiti dan cantik-cantik belaka gambarnya. Sumer best!

Kalo cikjah tak minat membaca, pupuklah anak-anak cikjah agar minat membaca. Jangan pupuk minat main online game kat ipad saja hinggakan sanggup beli dan hadiah kan anak-anak ipad beribu. Buku RM10 jer pun kan.....Dang!

Purata harga jualan buku-buku di sini ialah serendah RM1 hingga RM25. Paling mahal kami jumpa RM50, an executive edition of World Atlas. Memang kayak executive. Kalo normal price maybe rm200 ke atas kot.

Buku kanak-kanak pun sangat best. Teruja kami hinggakan 40% porsi belian kami adalah buku kanak-kanak...hehee

Buku-buku ini sesuai dijadikan hadiah harijadi, hadiah cemerlang, hadiah berkelakuan baik ataupun hadiah Christmas.


Yeyy! Hasil belian kami. 28 number of books that cost me RM218. Ada macam-macam. Ada about travel, pets, cooking, design and deco, activities, kid's book and of course my most fav item; english novels. Hoorey! Resit simpan for income tax filing...hehee


Hats off to the organizer on their efficiency through out the event. Maybe sebab depa slalu buat jadi lama-lama dah cekap.

Kalo box atau beg cikjah dah penuh, cikjah boleh simpan dulu kat storage area then sambung 'browsing' lagi. Bila cikjah dah selesai, sila collect box atau beg dan beralih ke 'book sorting area'. Di sini, cikjah boleh sort buku-buku yang dipilih. Maklumlah tadi waktu memilih bertemankan nafsu...main amik saja kan....so, kat sini cikjah bleh buat final sorting. Mana buku yang taknak beli, himpunkan satu tempat di area sini.

Selesa untuk cikjah dan senang untuk organizer collect those unwanted books. Tak perlulah depa round keliling untuk kutip. And please be nice cikjah, kalo tak nak beli buku, jangan rosakkan atau campak baling buku tu sesuka hati. Buku kandungan-nya ilmu, jika dicampak, dipijak atau dilangkah sekalipun, adalah tidak baik. Ingat cikjah, kita orangnya berbudi bahasa, tertib dan bersopan santun. Tring!

Bila dah selesai sorting, silalah Q di kaunter bayaran. Boleh pilih samada nak bayar cash atau credit card.

Selain itu, terdapat banyak kiosk kecil menjual makanan dan minuman dan mereka ini beroperasi hampir 24 jam di ruang atas dewan jualan. Tersedia dewan besar untuk cikjah duduk makan dan minum dengan selesa. Juga terdapat DJ on duty jika cikjah nak buat Public Annoucement cari suami hilang dalam lautan buku....hahaaa

Happy book shopping dan bacalah buku walo di mana anda berada. Cheers!