Sebolehnya kami akan sentiasa pastikan di rumah kami sentiasa ada buah-buahan. Tak kisahlah buah tempatan ataupun luar negeri. Tapi selalunya, buahan luar negeri lah yang mudah didapati setiap masa dan tahan lama berbanding buahan tempatan. Kalo stakat epal dan orange sunkist tu, bleh tahan hingga sebulan kalo disimpan di dalam peti ais.

Tapi masalahnya kami nie, bila takdak buah, mesti nak makan buah, bila dah ada buah, tak termakan-makan....hahaaa
Cikjah pun sama? Aha!! samalah kita...heheee

Bila makan orange sunkist slalu kami terpikir apa nak buat dengan kulit-nya yang sangat wangi tu...macam sayang jar nak buang sebab wangi sangat. Kalo nak simpan kena di tempat bercahaya matahari ataupun dikeringkan betul-betul or else nanti kulit orange tumbuh kulat kerana kulit orange mengandungi tahap kelembapan yang tinggi. Bila dah tumbuh kulat, mula lar macam-macam hewan serangga dan bau muncul.

Kalo cikjah rajin, kulit orange boleh dijadikan manisan. Bagaimana? Senang saja!

Bahan:
Untuk 2 biji kulit orange

Kulit orange sunkist
200g gula
500ml air [bahagi 2 bahagian]

Cara:


1. Ambil kulit luar sahaja. Buang isi putih kerana rasanya pahit. Lebih mudah jika gunakan peeler atau potong seperti gambar di atas.


Isi putih tidak boleh digunakan.


2. Masak 250ml air hingga mendidih. Masukkan kulit limau dan masak selama 10 minit dan tos.


Didihan kali pertama ialah untuk membuang rasa pahit atau pedaq kulit limau.

3. Masak 250ml air dan 200g gula hingga mendidih. Masukkan kulit limau dan masak hingga kuantiti air gula tinggal separuh. Jangan kacau bahan di dalam periuk. Kemudian tos.



 4. Di dalam pinggan/tray, tuang gula pasir. Lumurkan kulit orange dengan gula secukupnya.


5. Biarkan kulit orange di atas parchment paper sehingga kering. Semalaman jugak lar nak tunggu kering. Sedia dinikmati.

Kulit orange ini rasanya manis dan sangat wangi. Selain dijadikan kudap, ia juga boleh di jadikan ramuan di dalam cake atau masakan.