Update citer pokok bunga pukul empat [petang kot bukan pagi...hahaa].
Alhamdulillah. Pokok bunga pukul empat tumbuh dan berbunga dengan jayanya. Proses tumbesaran tak lama. Cuma 2 bulan saja dari semaian biji benih hinggalah penghasilan bunga. Paling penting, tiada serangan penyakit. Tiada tanda-tanda pokok ini diminati oleh serangga dan haiwan tetangga.
Penat tukang kebun tunggu untuk dapat lihat bunga-nya kembang mekar. Untuk makluman cikjah, bunga ini tak kembang mekar pada waktu pagi okay. Ada sebab mengapa ia diberi nama bunga pukul empat.
Hahh! Ini kerana, bunga ini hanya kembang sekitar jam 3-4 petang. Berbeza dari kebiasaan tumbuhan berbunga lain yang lazimnya kembang mekar di waktu pagi. Hasilnya, tukang kebun hanya dapat lihat bunga nie kembang di hujung minggu saja, itu pun jika ada kudup bunga. Jika on weekdays mana bisa sebab kluar keja bulan, balik kerja pun bulan...heheee
Bunga yang kembang juga tidak lama, menjelang senja dah kuncup semula. Tidak pasti sekuntum bunga kekal segar selama brapa hari. Mungkin maksimum pun 2-3 hari sahaja.
Paling tukang kebun teruja ialah pokok induk dah mengeluarkan biji benih. Yeyy!!
Walopun cuma sebiji, tetap tukang kebun happy.
Bijinya hitam dan kelihatan seperti biji lada hitam.
Tukang kebun dengan tidak sabarnya telah menyemai biji benih sulung dari pokok induk sulung ini. Smoga ia tumbuh gembira seperti ibunya...heheee