Kenanga Wholesale City atau KWC yang terletak di Jalan Kenanga off Jalan Hang Tuah nie mesti dijadikan satu tempat sopping wajib bagi cikjah untuk dikunjungi. Mesti!


Terletak di tengah pusat bandar yang super-jammm dan dikelilingi oleh penempatan rumah pangsa. Depa buka tingkap jar terus nampak KWC. Pagi-pagi depa tak mandi pun bleh jenjalan mai KWC...hahaaa. Giles macet kalo datang ke area sini. Umpama bunuh diri. Dari Jalan Parlimen - Jalan Pudu - Jalan Hang Tuah - KWC, kami terpaksa 'bergumbira' 2 jam dalam kereta! Pheewww!!! Kiranya kalo kami bake a cake, memang dah masak siap bleh makan skali....huh! Tapi bila sampai KWC, terus lupa penderitaan yang dua jam tu...hahaaa. Kalo kluar awal [bajet sampai KWC before 10am] perjalanan yang dua jam tu sebenarnya hanya 20 minit saja!

Untuk makluman cikjah, kami memang jarang turun downtown. Setahun skali bulih kira.  Itupun kerna terpaksa jika nak beli atau dapatkan sesuatu. Slalunya during sopping  raya saja. Tapi sejak 6-7 tahun yang lalu, kami dah tak sopping raya kat KL lagi. Tak suka bersesak-sesakk dengan ramai orang. Kami headed to downtown cuma untuk ke KLCC & Shangri-La saja. Jalan-jalan kat KL tu bukannya kami terer sangat pun...Ahaks! Penah lar skali dua pegi Sungai Wang, Lot 10 & etc tapi parking kat KLCC, pastu naik cab....hahaa... lagi senang dan tak payah penin nak cari parking.

Well, memandangkan KWC pun dah buka, maybe kami 'berpeluang' drive to downtown more often? heheee


Untuk sampai KWC dari Jalan Hang Tuah, belok kiri bila nampak Balai Bomba di sebelah kiri cikjah. Go down the lane sampai nampak big high rise building grey in colour. Dekat jugak dengan stesen monorail Jalan Hang Tuah, tapi berfeluhh jugak lar nak jalan kaki ke KWC.

KWC almost similar like Tanah Abang di Jakarta ---Pusat grosir atau borong. Ada macam-macam dan paling best murah! Murah cikjah...like sangat murah!! Tapi jangan mai lewat sangat sebab operating hours 10am - 8pm. Some shops pukul 7pm dah tutup. Sungguhpun operation hours bermula jam 10am,  namun tak semua kedai open at 10am. Depa bangkit lambat kot...hehee.  All shops opened completely by 11am. Ada jugak yang tutup on Sunday.


Sepanjang perjalanan ke KWC, cikjah akan nampak deretan shophouses yang juga menempatkan pemborong pakaian. Huh! Hati terus jadi berdebar-debarr. Tapi tak semua kedai welcome retail okay.  Depa specialised for wholesale saja.



KWC ada 17 floors. Parking located at 8th - 14 floors.  Tinggi jugak lar kena naik...huhuu


Kalo cikjah drive MPV/SUV pastu tak lar cekap sangat [Ahaks!], kami recommend cikjah supaya hati-hati memandu naik dan turun ke tempat parking. Lorong naik agak besar tapi lorong turun sangat kecil. Nak belok pun just nice. Pastu lorong naik dan turun sebelah menyebelah. Kalo takat drive kedek-kedekk...keta plak manual...urmmm....kena balik pektiss banyak kali dulu kowt...hahaa


Ruang parking yang luas [tapi 'sold' out fast]. As at this entry was posted, parking is FOC. Terdapat banyak lif yang selesa dan agak luas di setiap penjuru tingkat.


Tudia! cikjah ready? Nak start floor mana dulu nie? ERkkkk!! memang nebess...


Terpulanglah nak start dari mana, tapi tolonglah pegi every floor. Mesti ada something untuk cikjah. My favourite floors are G, 6 and 7.

First time datang, kami sempat cover level LG till 5th floor saja. The rest tak sempat....frust...hahaa. Second time datang, kami cover sumer floor skali...Wheeee!!
Sopping kat sini best. Pertama sebab one stop centre---sumer ada in one building. Sejuk aircond, tak panas dek terik mentari dan tidak terlalu sesak dengan ramai orang. Restaurant pun ada tapi tak banyak. Kami recommend cikjah makan kat Sajian Enak kat level 4 [3A]. Memang enak...sesuai dengan namanya. Untuk bulan puasa nie, depa menyediakan  menu set. Set Nasi Tomato sangat lazat! Set Ayam Penyet pun sedap! No regret. 


Washroom. baru lagi nampak santek dan bersih lar...hehee


Tara!!!! lalalaaalalaaaa
Julinn bijik mata kami....owh no!!! This is level 6. Owhsemmm!!!
Quality wise, kami bleh katakan baik dan dan sangat-sangat berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Mengikut pengalaman kami, boleh beza antara kualiti china, korea dan vietnam. Kalo pandai pilih dan rajin survey kedai, cikjah akan jumpa barang yang sangat hebat yang mana cikjah selalu beli kat small boutique located at shopping mall,  fashion boutique yang kat shophouses tu or even online shops! Di sini lah peniaga ambik stock. Kat kedai depa jual RM60-80, tapi beli kat sini dalam RM20-30 saja. Serioussss! NO kidding.

Tapi syaratnya cikjah mesti beli 3 ke atas untuk melayakkan cikjah dapat harga borong. For example, beli satu dapat harga RM30, tapi kalo beli 3 barang [bleh campur barang] cikjah dapat 50% off untuk setiap barang. Bayangkan handbag at RM15????? Bleh bayangkan? atau dah pengsann?? hahaaa. My sopping habit plak kalo sesuatu barang tu santek dan ada pelbagai kaler, kami akan jadi sedikit keliru dan sukar untuk buat pilihan. Secara statistik, end up kami akan beli dua atau lebih barang yang sama cuma berlainan kaler....hahaaa...kacau! Tapi kalo beli kat sini,  kami untung! Dah lar dapat banyak, murah plak tu...Yeyyy! Pastu simpan dalam lemari...erkk! hehee


Tempat nie memang an ideal place untuk kami mendapatkan buah tangan raya untuk my nieces and nephews kat kampung. Depa saja dah 8 orang tak termasuk adinda, kekanda dan ipar duai. Borong sumer kat sini and I'll definitely get cheaper price than outside with the same quality. Memang berbaloi. Tapi tunggu next year lar, sebab this year sumer dah beli...heheee.  For example baju kurung sempena hari raya ni kan, melambak kat KWC. Santek & lebih murah. Kami dah round Kompleks PKNS [ada orang paksa teman dia...uh!] huh! tak best langsung. Dah lar sesak dan sempit. Pening kepala kami dibuatnya.  Baju-baju tak lawa sangat dan mahal.

Namun, di KWC ini ada jugak some shops yang tidak menawarkan kaedah borong 3 ini, tapi masih pada harga yang menarik dan murah.  Manakala some shops tidak menerima retail kerana mereka adalah wholesaler semata. Berada di sini, membuatkan kami ingin membuka fashion boutique sendiri....Aiceh!


Jatuh chenta with this pink velvet track suit [sorry the iphone camera can't capture the exact colour].
Super gojess...Kami dah siap terbayang-bayang dah kami pakai nie pi gym...eeuww! but I won! sebab berjaya control the unwanted 'craving'...hahaa. Velvet track suit yang sedia ada pun kami jarang-jarang pakai :B

Sekarang kan tengah hot pesen korea, so raya tahun nie pakat pakai baju raya chiffon korea lar...hahaaa. The quality is good taw. Ada jugak yang medium quality but again as I said, ada taste, pandai memilih maka menang-lah memakai :)


Kenapa kami suka 6th floor? Ahaaa...sebab this floor selling fashion accessories. 
Kami memang pengumpul hairband. So, sangat  sangat sangat suka!



Beading hairband yang sangat santek dan murah.


Kat shopping mall and butik mau depa jual RM30-40. Kat sini below RM20 dah bleh dapat. All from Korea and not China :)

Salah satu kedai yang menjual pelbagai jenis ribbon, bunga and etc untuk dilekatkan sebagai brooch. Woww!!! best tengok. Ada macam-macam kaler dan design.



Harga normal RM2/piece. Harga borong RM1/piece, minimum purchase 20 pieces.


Bukan saja bleh lekat kat pin untuk buat brooch, tapi kalo cikjah kreatif bleh lekat kat headband, beg, kasut, baju and etc.


Well? Is that informative enough? heheee.....
Bleh lar cikjah cuba gosok-gosokk abang john kat rumah tu ajak mai sini. Untuk rombongan cikgu skolah plak, tak payah lar pi Nilai 3 lagi, dah lar hangat lit-lit pastu kena jalan jauh. Apa kata masukkan KWC dalam agenda lawatan. Mesti tak menyesal. Cuma I wish, soon kat KWC nie akan ada satu floor khas untuk barangan perkahwinan. Mesti lagi hebat dan mengancam!!!

Slamat bersopping tapi jangan membazir okay! heheee


Update January 2013

Mesti baca nie cikjah! My point of view based on my recent visit to KWC after 5 months of this entry being published.

Sekarang nie tokey dan kuli kedai KWC dah eksen gedebak gedebukk dah cikjah taw dak?! Kalo dulu kita boleh beli baju at least 3 helai boleh campur-campur baru dapat wholesale price yang sangat menguntungkan, tapi sekarang mesti beli 4 helai sama warna atau 6 helai boleh campur warna. EEuuwww! sapa nak beli 4 helai baju sama patern sama kaler??!! Kami bukan ada butik nyata atau maya..uh!

Kalo dah cenggitu gayanya, buat apa buka this 8 storey shopping building to public. Baik open to wholeseller jar. Individual buyer or normal retail macam kami, cikjah dan yang lelain macam mana? Tak kanlah nak expect kita orang beli tahap kodi kot??!  Memang boleh beli pada harga normal, tapi tak sepadan dan setanding kualiti barang terutamanya pakaian apa gunanya? Maklumlah cap Taiwan, Korea and China.

On top of that,  paling bakkutteh  ialah beli baju tak boleh try!!!!!!!
Hat nie memang kami tak suker. Sapa nak beli baju tak mo try??!!! Nampak sangat jual barang menipu. Tak ikhlas dan cepat nak cari untung. Kami sebagai pembeli dan pengguna hanya mampu berdoa bisnes yang sebegini cepat tutup kedai. Berniaga  mesti ikhlas dan sama sekali tidak boleh menipu walau apa jua alasan. Haram. Nasihat kami janganlah cikjah mudah terpedaya dengan alasan freesize. Kalo dah baju Taiwan atau Korea,  agak-agaklah freesize depa macam mana. Tahap size S or XS taw!

Workmanship memang very poor. Takdernya nak jahit-jahit tepi. Main jahit janji nampak macam baju jar. Baru pakai setengah jam, dah terbeqetas jahitan. Apakah??! Memang setimpal pun dengan harga sehelai RM15. Tapi kalo tak dapat beli pada harga borong dan mesti beli pada harga biasa, apakah itu setimpal?

Namun begitu, pada kami prinsip berniaga depa adalah salah dan menipu untuk cepat kaya. Itu kalo beli kat sana dapat RM15 sehelai, tapi yang cikjah dok beli online dengan harga RM30 - RM40 untuk barang yang sama? Aha! Think cikjah think.

Well, apa-apa pun ini adalah pendapat peribadi kami berdasarkan pengalaman peribadi kami sendiri. Mana yang baik dan elok blehlah jadi panduan :)

Update November 2013

Lagi info dan pemerhatian terkini dari kami.
Rata-rata kedai di KWC ini jurujual-nya adalah warga asing. Ada Indon, Bangladesh, Myanmar and Vietnamese. Sungguhpun begitu, Alhamdulillah masih ada jurujual tempatan walopun sangat sedikit.

Kami nak komplen sket pasai jurujual warga asing nie. Meluat kami! Pertamanya, dah tak rasa macam sopping kat Malaysia. Keduanya mereka ini agak biadap dan kurang ajar. tiada budi bahasa dan sopan santun seperti rakyat Malaysia. Sombong dan perasan macam nak jual tak nak jual. Padahal kerja sebagai jurujual. Uh! Cakap bahasa Malaysia pun kokak pastu nak berlagak sombong. Giler meroyan kot sebab pagi tadi before nak mai keja tak sempat tonyoh bedak tanaka kat pipi...Uh! geram betul kami kepada orang yang takdak budi bahasa nie. Bukannya payah pun. Dah resam hidup depa lagu tu kot nooo...tapi Hey! you are in Malaysia by the way!

Hopefully, pelancong asing yang datang ke KWC ini dapat membedakan mana jurujual tempatan dan mana jurujual warga asing yang lokek dengan budi bahasa dan senyuman.

Sudah lar tak pamer dan letak harga pada barangan, bila ditanya berapa harga barangan jualan, macam nak jawab tak nak jawab. Jawab pun dengan memek muka macam hanjeng tertelan spender. Geram sangat! Kita membeli dan bayar dengan duit, bukan amik free atau curi. Di mana budi bahasa????

Ada tu plak, dengan selambanya makan depan pintu kedai. Apakah? Kalo time rehat sekali pun, makanlah di bahagian belakang sket. Bahagian di mana customer tak bleh nampak secara terang-terangan. Sudahlah makanan berbau satu kedai, pastu makanan  dalam mulut nak cakap-cakap dengan customer...Eiiii! geli aku! Uwek!