Aiceh! Buat Pai Tee plak...sedap nie! :)



Saja nak asah kulineri skill...hehee


Memang mencabar cikjah. Berasap perut dok berdiri tepi kuali dok mengacu kulit pai tee. Kami beli acuan nie kat kedai barangan kek. RM15.90 satu.

Bahan kulit pai tee: 

65g tepung gandum
50g tepung beras
1 biji telur
200ml air
Sedikit garam

Cara:

1. Satukan tepung dan ayak ke dalam bekas.
2. Masukkan semua bahan dan pukul sebati.
3. Tapis. Rehatkan 20 minit sebelum diguna.
4. Panaskan minyak. Celupkan acuan ke dalam minyak hingga panas.
5. Keluarkan acuan dari minyak dan celup ke dalam bancuhan tepung.
6. Masukkan semula acuan yang bersalut tepung ke dalam minyak. Selepas seketika, longgarkan kulit pai tee dari acuan dan tanggalkan dari acuan. Goreng hingga kuning keemasan.

Mental note: Untuk acuan baru, memang standard cabaran minda akan berlaku sebab kulit asik melekat dan pecah jar...uh! Sabar yer :) Itu tandanya kena rajin buat, bukan beli acuan pastu simpan dalam lemari...hahaa

Tips: Bila dah celup acuan yang bersalut adunan tepung ke dalam minyak panas, goyang-goyangkan acuan dalam bentuk bulatan kecil. Ini akan memudahkan kulit pai tee untuk dikeluarkan dari acuan dan kalo cikjah terer, kulit akan tertanggal sendiri dari acuan.


Bahan inti pai tee:

Crab stik - potong memancang halus [crab meat tipu...hahaa]
Taugeh
Carrot - potong memanjang halus
Timun - buang biji potong memanjang halus
Sedikit daun bawang dan daun sup - hiris halus
Bawang putih
Garam dan gula


Cara:

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
2. Masukkan crab stik dan goreng 2 minit.
3. Masukkan carrot, taugeh dan timun. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Goreng 3 minit  atau sekadar layu dan tutup api.
5. Biarkan inti sejuk baru diisi ke dalam kulit pai tee. Sedap dimakan dengan sos cili buatan sendiri. Bukan dari botol taw! hehee


Dah siap. Walopun posa, tapi sebab terer kan, inti dan sos cecah tu memang lazat. Ahaks!

Memang kami dah niat [kalo sedap...hahaa] nak balas pinggan aunty neber sebelah rumah dan jugak kakak beliau. Jangan terkezut cikjah, setiap kali kakak aunty hantar kuih untuk aunty, kami yang jiran aunty ni pun dapat satu pinggan taw. Boleh dikatakan almost everyday...EEuuwww! Best jugak...heheee


Maka kami hantar satu bekas pai tee dan satu bekas pajeri nenas lazat untuk aunty neber sebelah rumah dan untuk kakak aunty jugak.  Muhibbah! :))